Tema: Memahami Masa (Roma 13:11)

Gunakanlah sebaik-baiknya setiap kesempatan yang ada padamu, karena masa ini adalah masa yang jahat. (Efesus 5:16)
Kata kerja ‘Gunakanlah’ juga bermaksud ‘menebus’ – biasanya digunakan dalam perniagaan seperti membeli balik dan mendapat kembali apa yang sudah hilang. Perkataan ini boleh digunakan untuk menebus masa yang sudah berlalu. Walaupun seseorang tidak boleh kembali pada masa berlalu, tetapi dia boleh menggunakan ‘peluang’ dan ‘ruang’ yang ada sekarang untuk melakukan apa yang gagal dilakukan pada masa lalu. Contohnya, gagal memberi persepuluhan, tidak melakukan kebaikan kepada orang lain dan selalu jatuh dalam dosa.
Dalam hal ini, Allah memberi kita peluang untuk ‘menebus’ segalasesuatu yang telah gagalatauhilang danmenggunakan peluang yang ada sekarang untuk melakukannya. Dalam konteks ‘zaman durjana’ kita berpeluang menggunakan hidup kita serta peluang dan ruang yang ada untuk melaksanakan kehendak Allah dan masuk dalam rancangan-Nya di bumi ini.
Dengan itu, masa kita di bumi ini adalah perjuangan menentang segala jenis kedurjanaan dan oleh sebab itulah Kristus datang “melepaskan kita daripada zaman durjana ini, menurut kehendak Bapa kita Allah.” (Galatia 1:4). Dengan pengertian ini, karya penebusan Kristus berkait-rapat dengan ‘menebus masa’ kita yang telah disia-siakan dan digunakan untuk kedurjanaan. Tindakan ‘menebus masa’ ini boleh dilakukan kerana karya Penebusan sudah dilakukan. Maka sekarang kita boleh memilih untuk mempergunakan segala peluang dengan baik iaitu untuk digunakan melakukan kehendak dan rancangan Allah.
DOA HARI INI:
Ya Tuhan, saya sedar masa lalu tidak boleh dikembalikan. Saya juga terlepas banyak peluang untuk berubah dan melakukan kebaikan. Puji Tuhan, hari ini saya diingatkan bahawa Tuhan sentiasa memberi peluang untuk ‘menebus’ masa yang terlepas pada masa lalu. Saya berdoa supaya kali ini saya tidak mensia-siakan masa yang ada dan menggunakannya untuk melakukan kehendak Tuhan dalam hidup saya. Dalam nama Tuhan Yesus. Amin.
Berdoalah agar konsep pemuridan akan ditanamkan dalam minda dan kehidupan anak-anak kecil walaupun mereka mengikut di Sekolah Minggu. Berdoalah agar anak-anak memupuk hati untuk yang hilang dan yang memerlukan, dan agar mereka membesar dengan beban untuk negara dan rakyat.
Berdoalah agar semua kaum di Malaysia dapat berhubung antara satu sama lain dengan penuh kasih sayang, keamanan dan keharmonian, dan agar tidak ada yang menimbulkan isu yang boleh menyebabkan sensitiviti kaum. Berdoalah agar parti politik tidak menggunakan isu perkauman untuk menimbulkan ketegangan yang tidak perlu di kalangan rakyat.
40 Hari Doa & Puasa NECF Malaysia: Desakan Masa (Lukas 14:23)