top of page

Mengampuni Untuk Hidup Yang Merdeka

Bacaan Alkitab : Matius 6 :5-15


“Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga”. Matius 6:14


Betapa pentingnya melepaskan pengampunan kepada orang lain. Yesus berkata bahawa kita tidak akan dapat masuk ke dalam kerajaan syurga jika kita tidak bertaubat dan menjadi seperti anak kecil (Matius 18:3). Anak kecil selalu bergaduh sesama mereka, tetapi mereka tidak pernah menyimpan kesalahan mereka dan saling mengampuni. Kita dituntut seperti anak kecil di dalam hal mengampuni orang lain kerana itu adalah tanda dari kehidupan seorang Kristian yang benar-benar telah mengalami pengampunan dari Allah.


Bahan Doa

1. Doakan bagi suhu/situasi rohani gereja SIB/BEM se-Malaysia. Sepakat berdoa supaya gereja ini sentiasa di dalam keadaan yang bersemangat dan berkobar-kobar untuk memuliakan Allah di bumi Malaysia.

2. Doakan supaya melalui kebaktian-kebaktian kebangunan rohani yang diadakan di seluruh negara oleh gereja ini, jemaah Tuhan semakin dibangkitkan, dipulihkan, mengalami terobosan(breakthrough) dan memuliakan Allah.

3. Doakan keadaan jemaah pada hari ini yang sentiasa dihadapkan dengan cabaran- cabaran hidup kerana kecanggihan teknologi yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.



Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)

(Sabah, Sarawak, Semenanjung)




bottom of page