top of page

Mengasihi


“..Apabila Yesus turun dari perahu dan melihat orang ramai itu, Dia mengasihani mereka dan menyembuhkan orang sakit di situ....” Matius 14:14


Ketika Yesus tiba, dia pun turun daripada perahunya, lalu Dia melihat orang banyak yang besar jumlahnya, sudah berkumpul di situ. Maka tergeraklah hati Yesus oleh belas kasihan kepada mereka, lalu Dia menyembuhkan orang-orang sakit di antara mereka.


Oleh kerana Yesus dikuasai oleh belas kasihan maka Yesus menjadi sangat peka terhadap keadaan orang yang ada disekelilingNya. Belas kasihan Yesus ini mendorong diriNya untuk terus melayani orang banyak.


Ingat tanpa belas kasihan dan iman tidak ada seorang pun dapat menyenangkan hati Allah, demikian juga tanpa dikuasai belas kasihan tidak ada orang yang sanggup untuk melayani orang yang dalam keperluan.


Oleh itu marilah kita membiarkan diri kita dikuasai oleh belas kasihan, sebab dimana ada belasa kasihan, di situ ada kepekaan terhadap keadaan orang yang disekeliling kita.


Doa: Bapa Syurgawi, ajar kami untuk mengasihi orang sekeliling kami. Biarlah kami dapat menjadi seperti Yesus yang sangat mengasihi orang dan mahu melayani sesama.



Amen!

Pr Patrick Taie

bottom of page