top of page

Mengenal Tuhan bererti Mempercayai Dia


Bacaan Alkitab: 1 Samuel 1-6

“...dan para tua-tua berkata: “Kamilah menjadi saksi. TUHAN kiranya membuat perempuan yang akan masuk ke rumahmu itu sama seperti Rahel dan Lea, yang keduanya telah membangunkan umat Israel...” (Rut 4:11)

Kisah Rut merupakan salah satu kegemaran saya di dalam Alkitab. Kisahnya bermula secara tragik dengan kematian suami Naomi, Elimelekh dan kemudian kedua-dua orang anak lelakinya, Mahlon dan Kilyon, meninggalkan Naomi dengan dua orang menantu perempuannya, Rut dan Orpa.


Keputusan Rut untuk tetap bersama ibu mertuanya dan mengikutinya ke mana pun dia pergi sangat berbeza dengan keputusan Orpa untuk kembali kepada bangsa dan tuhan-tuhannya. Rut menyatakan bangsa Naomi sebagai bangsanya, dan Tuhan mereka, Tuhannya.


Apa yang Rut ketahui tentang Tuhan adalah melalui Naomi, dan itu sudah cukup baginya. Dia memutuskan untuk sepenuhnya mempercayai-Nya dan berkata kepada Naomi, “Beginilah kiranya TUHAN menghukum aku, bahkan lebih lagi dari pada itu, jikalau sesuatu apapun memisahkan aku dari engkau, selain dari pada maut!” (Rut 1:17)

Dan kita semua tahu bagaimana cerita berakhir bagi Ruth, ketika dia mendapat nikmat Tuhan yang luar biasa dan akhirnya berkahwin dengan Boaz. Rut, yang pernah menjadi orang luar dan asing bagi Tuhan, bukan hanya menjadi bahagian dari Israel tetapi juga merupakan keturunan Kristus.


Sepanjang pandemik, kita telah mendengar kesaksian demi kesaksian tentang umat Tuhan yang menyatakan kebaikan dan kemurahan-Nya yang luar biasa meskipun dalam keadaan sulit. Beberapa orang pernah mengalami kesembuhan kerana Tuhan menyembuhkan penyakit yang serius. Tuhan memang melakukan pekerjaan yang luar biasa pada mereka yang mengenal-Nya dan percaya kepada-Nya.


“TUHAN itu baik; Ia adalah tempat pengungsian pada waktu kesusahan; Ia mengenal orang-orang yang berlindung kepada-Nya” (Nahum 1:7)


Elder Lee Choong San, NECF

bottom of page