top of page

Meninggalkan Dosa


Pembacan Firman: Matius 3:8, Yesaya 13:15, Lukas 5:31-32, Roma 12:2, 2 Korintus 7:9-10


Firman Renungan: Lukas 5:31-32

5:31 Lalu jawab Yesus kepada mereka, kata-Nya: "Bukan orang sehat yang memerlukan tabib, tetapi orang sakit; 5:32 Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertobat.”


Kini, cara hidup dunia dan pemahaman dunia mendominasi Iman generasi muda. Semakin parah lagi apabila tubuh Kristus membenarkan cara pandang dunia dalam iman untuk kekal relevan dan kompromi dengan prinsip Tuhan. Kesannya, anak-anak Yahweh semakin tenat dan memerlukan kebenaran yang menyembuhkan. Ketika kita hidup di luar kristus, masih dalam keadaan manusia duniawi, banyak hal didunia yang mengikat kita untuk tidak percaya kepada Tuhan. Realitinya, Kehidupan dunia tampil menyenangkan tetapi kita tetap menuju kebinasaan kerana masalah dosa. Setiap perbuatan kita akan mempunyai kesan, seperti itulah dosa bekerja. Firman Tuhan menunjukkan bahawa hukuman dosa adalah maut dan dalam Firman banyak mengambarkan kematian kerana dosa adalah sangat mengerikan (Yesaya 13:9-16). Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada hukuman ini? Didunia ini hanya Tuhan Yesus Kristus sahaja yang punya kuasa mengampuni dosa dan Dialah yang mampu menyelamatkan kita. Janganlah takut untuk keluar daripada hidup yang lama atau meninggalkan dosa kita kerana Tuhan berjanji, apabila kita mengasingkan diri daripada dunia ini maka dia akan menerima kita. Walaupun meninggalkan manusia lama menyakitkan tetapi ingatlah ganti dukacita adalah sukacita yang berkelimpahan dan kehidupan yang berkekalan.


Soalan refleksi

1. Apakah kesan pertaubatan terhadap hidup saudara?

2. Kita dapat bertumbuh dalam kebenaran setelah bertaubat dan berbalik dari jalan kita yang lama. Nyatakan pertumbuhan-pertumbuhan rohani yang anda ingin capai dalam menjadi murid Kristus.


Bahan Doa:

1. Berjalan dalam pertobatan. Berdoa supaya Tuhan mengampuni dosa-dosa anda seperti dalam Firman-Nya, “Aku datang bukan memanggil orang yang benar, tetapi orang berdosa supaya mereka bertaubat”

2. Berdoa supaya Firman Tuhan menjadi pelita hidup kepada generasi penerus. Doakan agar foundasi Firman teguh melalui pengajaran yang tegas dirumah Tuhan dan tubuh Kristus memainkan peranan dalam melihat sekeliling jiwa-jiwa yang dalam kesakitan yang nemerlukan Yesus Kristus.

3. Kecukupan dalam Tuhan. Berdoa supaya tubuh Kristus tidak lemah ketika berhadapan dengan tawaran dunia yang tidak benar dan yang hanya sementara sahaja. Doa supaya diberikan Hikmat membezakan mana kehendak Yahweh, apa yang benar & berkenan kepada-Nya.


Enedy

bottom of page