top of page

Muka Bahagia

Updated: Jun 26


ree

Jane suka tolong ibunya buat biskut berbentuk orang. Dia rasa sangat seronok bila buat biskut itu.


Jane buat satu orang biskut yang comel dan letak senyuman besar di muka biskut itu.


Bagaimana dengan kamu hari ini? Adakah kamu pakai senyuman gembira?


Senyuman di muka menunjukkan hati kita pun gembira.


Tuhan beri kita banyak sebab untuk gembira. Dia sayang kita.

Dia jaga kita. Dan Dia juga kawan kita.


Tuhan boleh bantu kita rasa gembira di luar dan dalam hati.


Ayat Alkitab:

Hati yang gembira membuat wajah ceria. Amsal 15:13



Doa saya:

Tolonglah saya, Tuhan, untuk bergembira hari ini semasa saya bekerja dan bermain.

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page