top of page

Orang Rendah Hati Menikmati Istirahat

  • 1 hour ago
  • 2 min read

Manfaat Kerendahan Hati - Hari 21

Matius 11:28-29


“Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu. Pikullah kuk yang Kupasang dan belajarlah pada-Ku, karena Aku lemah lembut dan rendah hati dan jiwamu akan mendapat ketenangan.”


Tuhan Yesus mengundang kita—umat-Nya—untuk menemukan istirahat sejati bagi jiwa kita. Dia memanggil kita untuk berhenti bergelut di bawah beban berat cuba mengendalikan hidup sendiri dan sebaliknya menjalani setiap hari dengan penuh damai sejahtera dan keringanan hati-Nya.


Jika kita lemah lembut dan rendah hati, kita akan dibebaskan daripada tekanan dunia yang menekan jiwa kita. Kita tidak perlu lagi menanggung beban yang meletihkan dan tidak tertanggung daripada perbandingan yang terus-menerus, kebimbangan menghitung keuntungan dan kerugian kita, dan persaingan tiada kesudahan yang hanya menggangu hati kita dan mencuri sukacita kita.


Jika kita enggan melepaskan dan berkeras untuk menempuh jalan kita sendiri, kita akan kehilangan kedamaian batin dan kebahagiaan sejati yang hanya datang melalui kepuasan dan kesyukuran.


Marilah kita belajar kelembutan dan kerendahan hati daripada Tuhan, dengan teguh percaya pada janji-janji Bapa, dan beristirahat dalam iman. Tinggallah dalam hadirat Bapa, mengetahui bahawa Dia mengetahui segala sesuatu, dan bahawa kita tidak perlu berpegang teguh pada rungutan kerana itu. Walaupun dalam keadaan yang kelihatan tiada harapan, kita dapat tetap tenang kerana kita yakin bahawa Bapa syurgawi kita berkuasa dan memerintah atas segala sesuatu. Kita milik-Nya; Dia adalah Tuhan Allah.


Orang yang rendah hati dan lembut beristirahat dengan tenang dalam kasih-Nya—aman, dan tidak takut akan badai atau serangan. Dia menenangkan hati kita dan memberi kita ketenangan. “Allah itu bagi kita tempat perlindungan dan kekuatan, sebagai penolong dalam kesesakan sangat terbukti.” (Mazmur 46:2). Kerendahan hati dan kelembutan memungkinkan kita untuk menikmati ketenangan dan dalam keamanan dan ketenangan itu, kita akan mengenal, melihat, dan mengalami hadirat Allah.


Doa

Ya Tuhan, betapa kayanya kedamaian yang kami hilang apabila hari-hari kami dipenuhi dengan kesibukan yang tiada henti! Ajar kami untuk menghargai saat-saat berharga ketika kami berdiam diri di hadapan-Mu dan mendengar daripada Engkau.


Gereja

Tuhan, kami mengutamakan keperluan dan kepentingan orang lain. Ini bukanlah penghinaan diri dari pihak kami; ini menyebabkan tumpuan kami berkembang melampaui diri kami sendiri dan fikiran kami untuk mempertimbangkan orang lain.


Bangsa

Malaysia perlu menggalakkan lebih banyak pelaburan untuk meningkatkan pengeluaran makanan kita. Berdoalah agar Kerajaan kita merangka pelan lestari dengan rakan kongsi asing untuk masa depan, dan bukannya terlalu bergantung pada import.

Comments


bottom of page