top of page

Orang yang Rendah Hati


“..Dia memimpin orang yang rendah hati ke jalan yang benar, dan mengajar mereka kehendak-Nya......” Maz 25:9


Pemazmur berkata bahawa Tuhan akan memimpin orang rendah hati dan mengajar mereka kehendak-Nya, iaitu mengajar mereka cara-cara yang benar dan yang terbaik, apak yang harus mereka harus lakukan.


Siapakah orang yang rendah hati menurut pemazmur? Orang yang redah hati ini merujuk kepada mereka yang tidak percaya pada diri mereka sendiri, mereka yang ingin diajar, dan yang dengan jujur bertekad untuk mengikuti bimbingan Tuhan.


Oleh itu Tuhan akan membimbing mereka menurut hukumNya iaitu membimbing mereka tentang apa yang harus mereka kerjakan, apa yang berkaitan dengan dosa dan kewajiban yang mereka perlu lakukan, sehingga mereka dapat memelihara hati nurani sentiasa.


Hasilnya mereka akan menjadikan jalan Tuhan sebagai jalan hidup mereka setiap hari sehingga mereka dapat memelihara hati mereka tetap bersih dan murni dihadapan Tuhan dan hidup mereka menyenangkan hati Tuhan sentiasa.


Oleh itu jalanilah hidup yang rendah hati selama kita masih hidup didunia ini kerana ianya tidak merugikan diri kita malah menguntungkan kita, sebab kita akan menerima bimbingan daripada Tuhan tentang apa yang harus kita akan lakukan.


Semua jalan Tuhan adalah kasih setia dan kebenaran..


Doa: Bapa yang di surga, ajar saya untuk hidup merendahkan diri dihadapanMu setiap hari dalam perkataan dan perbuatan saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page