top of page

Pencubaan Kristus

  • 3 days ago
  • 2 min read

Meneladani Kerendahan Hati Kristus - Hari 5

Baca Matius 4:1-11


Setelah Yesus berpuasa selama 40 hari di padang gurun, Setan mencubai Dia untuk mengubah batu menjadi roti, untuk melompat dari puncak tertinggi Bait Suci di Yerusalem, dan untuk menerima kerajaan dunia dan segala kemuliaannya. Yesus tidak menyerah pada pencubaan itu.


Apakah Yesus menang atas iblis kerana Dia adalah Tuhan? Bagaimanakah pencubaan itu menunjukkan kerendahan hati Kristus?


Yesus tidak menggunakan keilahian-Nya untuk menang atas iblis. Kitab Suci berkata, “Kemudian Yesus dibawa oleh Roh ke padang gurun untuk dicobai oleh iblis. Selama empat puluh hari empat puluh malam Dia berpuasa dan sangat lapar.” Roh Kudus dengan sengaja membawa Yesus ke dalam pencubaan untuk menunjukkan bahawa Anak Tuhan akan tetap sepenuhnya tunduk dan bergantung pada Tuhan bahkan di bawah tekanan terbesar sekalipun. Hal yang sama terjadi pada Musa dan Elia ketika mereka berpuasa selama 40 hari 40 malam di Gunung Sinai dan Gunung Horeb.


Yesus menunjukkan kerendahan hati ketika Ia tidak bertindak balas terhadap tantangan iblis. Mengalah kepada pencubaan dan menggunakan autoriti serta kuasa-Nya atas ketiga-tiga pencubaan itu akan membawa akibat yang serius kerana itu bererti Yesus telah gagal tunduk kepada Roh Kudus.


Dengan cara yang sama, ketika orang percaya gagal tunduk kepada Roh, itu mencerminkan kurangnya kerendahan hati. Keangkuhan Lucifer menyebabkan kejatuhannya ketika ia berkata, “Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi!”


Kerendahan hati Kristus menyebabkan Ia sepenuhnya mengosongkan diri-Nya ketika Ia berkata, “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.”


Doa

Tuhan, jalan-Mu lebih tinggi daripada jalanku dan fikiran-Mu lebih tinggi daripada fikiranku. Saya ingin mengikuti teladan-Mu untuk sepenuhnya bergantung kepada Roh Kudus. Tolonglah saya untuk tunduk kepada rencana-Nya dan mengikuti perintah-Nya.


Gereja

Sama seperti Yesus mengosongkan diri-Nya dan menunjukkan kasih-Nya, penyerahan diri, dan ketaatan kepada Tuhan yang tidak mementingkan diri, biarlah sikap gereja-Mu pun sama. Tuhan, kiranya Engkau menegakkan keamanan dan keharmonian dalam kerajaan gabungan kami dan pembangkangnya. Kiranya semua pihak mengutamakan menjaga hubungan kerja yang baik demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Comments


bottom of page