top of page

Pengampunan Membawa Pemulihan Hubungan

ree

Saya pernah melalui saat paling sukar dalam hubungan saya dengan ayah. Ketika ayah memaksa saya berpisah dengan pasangan pilihan saya yang sudah 8 tahun bersama, saya sangat terluka. Saya rasa tidak dihargai, tidak difahami, dan dipaksa memilih sesuatu yang bertentangan dengan hati saya. Akibatnya, saya menjauhkan diri daripada keluarga dan memilih untuk “melarikan diri” ke bandar besar. Bertahun-tahun lamanya, saya tidak pernah menghubungi ayah, kerana kelukaan itu masih terasa dalam hati saya.


Namun, satu hari dalam kelas pemuridan, kami belajar tentang mengampuni orang yang telah melukakan kita. Dalam saat doa bersama mentor saya, nama pertama yang muncul dalam fikiran saya adalah: ayah. Saya sedar, selama ini saya terikat dengan kepahitan yang belum saya lepaskan.


Dengan bimbingan dan doa mentor saya, saya mula melangkah, mendoakan ayah saya, dan perlahan-lahan belajar mengampuninya. Dalam proses itu, Tuhan melembutkan hati saya dan memulihkan luka-luka lama yang saya simpan. Akhirnya, saya berani menghubungi ayah semula dan memohon ampun kerana menjauhkan diri. Perbualan pertama kami dipenuhi air mata, tetapi juga kelegaan. Tuhan memulihkan hubungan kami.


Saya belajar bahawa pengampunan bukan bermaksud melupakan apa yang terjadi, tetapi memilih untuk melepaskan kepahitan dan membiarkan Tuhan menyembuhkan. Bila kita melepaskan pengampunan, Tuhan akan menggantikan luka itu dengan pemulihan.


"Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri."

(Kolose 3:13, AVB)


Kalau kamu masih menyimpan luka terhadap seseorang; ibu, ayah, pasangan, atau sesiapa pun, saya dorong kamu untuk datang kepada Tuhan. Biar Tuhan bantu kamu mengampuni, seperti Dia juga sudah mengampuni kita.


Segala pujian hanya kepada Tuhan. Dia bukan hanya memulihkan hati saya, tetapi juga mengembalikan hubungan yang saya sangka sudah hilang.


Evelyn



Anda ada kesaksian yang anda ingin kongsikan? Hantar kepada kami di general@komuniti-digital.com

Comments


bottom of page