Tuhan Menyediakan Pada Waktu yang Tepat
- Komuniti Digital 03
- Jul 19
- 1 min read

Saya perlu berpindah dari bilik sewa ke sebuah unit rumah atas beberapa sebab tertentu. Namun pada ketika itu, belum setahun pun dari waktu saya memulakan pekerjaan dan tidak mempunyai simpanan untuk membayar deposit rumah. Lebih mencabar lagi, saya hanya ada kurang daripada dua minggu untuk menyediakan beberapa ribu ringgit.
Secara manusia, saya rasa ia mustahil. Tetapi saya memilih untuk tidak panik. Saya mengambil masa untuk berdoa dan mencari Tuhan. Dalam doa, Tuhan memberi saya visi tentang rumah tersebut bahawa tempat itu bukan sekadar tempat tinggal, tetapi sebahagian dari rancangan-Nya dalam hidup saya. Apa yang saya mampu lakukan waktu itu hanyalah taat dan melakukan bahagian saya.
Pada hari terakhir tarikh untuk membayar deposit rumah, saya sedang melakukan pelayanan di luar kawasan, dengan internet “no service” dari pagi. Tepat jam 12 tengah hari, jumlah penuh yang diperlukan berjaya dikumpulkan dan dikirim kepada pemilik rumah baru. Ia bukan kerana usaha saya semata-mata, tetapi jelas kerana kemurahan dan penyediaan Tuhan.
Saya belajar bahawa apabila Tuhan memberi visi, Dia juga akan sediakan jalan. Tuhan tidak pernah terlambat dan tidak pernah terlalu awal. Waktu-Nya sempurna, dan penyertaan-Nya nyata.
"TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun."
(Mazmur 23:1, AVB)
Kalau kamu sedang hadapi keperluan mendesak, jangan putus harapan. Datanglah kepada Tuhan dalam doa. Bila kamu ikut pimpinan-Nya, kamu akan lihat penyediaan-Nya tepat pada waktu-Nya.
Segala pujian dan kemuliaan hanya bagi Tuhan. Dia setia, dan tidak pernah gagal menepati janji-Nya.
Anda ada kesaksian yang anda ingin kongsikan? Hantar kepada kami di general@komuniti-digital.com
Comments