top of page

Pengampunan Yang Sejati



Bacaan Alkitab : Matius 6 :5-15


“Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.”. Matius 6:12


Kadangkala perkara yang paling sukar untuk dilakukan bukanlah melakukan banyak pelayanan bagi Tuhan, tetapi mengampuni orang yang bersalah kepada kita. Dasar untuk kita dapat mengampuni orang yang bersalah kepada kita ialah, kerana Tuhan Yesus Kristus terlebih dahulu telah mengampuni kita atas segala dosa kita.Ampunilah orang yang bersalah kepada kita, kerana Allah juga mengampuni kita.


Bahan Doa

1. Sepakat berdoa bagi orang-orang sakit secara fizikal.

2. Doakan juga supaya Tuhan berkerja melalui orang-orang sakit supaya mereka disembuhkan melalui mukjizat Tuhan. Supaya mereka semakin percaya dan diyakinkan bahawa Tuhan Yesus Kristus ialah Tuhan dan juruselamat.

3. Doakan juga orang-orang percaya yang dahulunya selalu ke gereja, tetapi kerana situasi yang dihadapi ketika pandemik, pada hari ini mereka tidak lagi datang ke gereja.Berdoa supaya mereka akan dapat membuka hati mereka kembali kepada gereja tempat mereka beribadah.



Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)

(Sabah, Sarawak, Semenanjung)



bottom of page