Perbandingan Rohani
- 22 hours ago
- 2 min read

Penghalang kepada Kerendahan Hati - Hari 27
Baca Lukas 18:9–14; 2 Korintus 10:12
Beberapa perkara melemahkan kerendahan hati lebih cepat daripada perbandingan. Yesus mengungkapkannya dalam perumpamaan tentang orang Farisi dan pemungut cukai. Seorang mengukur dirinya dengan orang lain; yang lain berdiri dengan jujur di hadapan Tuhan. Hanya satu yang pulang dalam keadaan dibenarkan.
Perbandingan mengalihkan pandangan kita ke tepi daripada ke atas. Paulus memberi amaran bahawa mereka yang membandingkan diri mereka dengan orang lain “...alangkah bodohnya mereka!” (2 Korintus 10:12). Perbandingan menghasilkan kesombongan ketika kita rasa lebih unggul, dan putus asa ketika kita rasa rendah diri—tetapi kedua-duanya berpusat pada diri sendiri dan bukannya Tuhan.
Kerendahan hati tidak ditemukan dengan menilai diri kita secara tepat, tetapi dengan berdiri dengan jujur di hadapan Tuhan.
Bagaimanakah kita mengatasi keiniginan untuk membandingkan?
Dengan kembali kepada doa yang jujur. Seruan pemungut cukai—“Tuhan, kasihanilah aku”—memulihkan kerendahan hati. Ketika kasih karunia menjadi titik rujukan kita, perbandingan kehilangan cengkamannya. Puasa menyingkirkan ukuran-ukuran lahiriah dan membawa kita kembali kepada Tuhan sahaja, di mana transformasi sejati bermula.
Doa
Tuhan, bebaskan saya daripada membandingkan perjalanan hidupku dengan orang lain. Ajar saya untuk berjalan dengan setia dalam panggilanku. Saya meletakkan perbandingan dan pengukuran diri di hadapan-Mu. Bersihkan hati saya daripada kesombongan, iri hati, dan rasa tidak selamat. Ajar saya untuk berdiri dengan jujur di hadapan-Mu, bukan menentang orang lain. Bentuklah saya dengan kasih karunia-Mu, bukan dengan perbandingan.
Gereja
Kesombongan adalah penghalang utama bagi kerendahan hati, yang mewujudkan sifat mementingkan diri sendiri, keangkuhan dan mencari pujian. Doakan agar kita dapat mengenali ancaman ini dan tetap berada di landasan yang benar dalam perlumbaan yang telah Tuhan tetapkan bagi kita.
Bangsa
Doakan agar Kementerian Kewangan (MoF) diberi keberanian untuk mengurangkan hutang negara meskipun negara harus menghadapi rintangan geopolitik yang kuat di bidang ekonomi.




Comments