top of page

Renungan Natal 1 : Melawan Arus Dunia


“Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi bahawa malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, "Hai Yusuf, anak Daud! Janganlah takut mengambil Maria sebagai isterimu kerana anak di dalam kandungannya adalah daripada Roh Kudus. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka." Matius‬ ‭1‬:‭20‬-‭21 AVB‬‬


Setiap tahun, pada bulan Disember, dunia akan tahu bahawa tibalah waktunya untuk meraikan hari Natal.


Peristiwa agung tentang kelahiran Yesus ke dalam dunia ini. Apa yang menariknya di sini, nama YESUS telah di tetapkan dari semula untuk bayi yang lahir dari Roh Kudus ini.


Sebelum Dia dilahirkan, nubuatan demi nubuatan telah di katakan mengenainya di dalam kitab kitab yang sebelumnya. Dan tujuan kelahiran-Nya ke dunia ini adalah untuk menyelamatkan umat-Nya dari dosa dosa.


Ketika kita dikelilingi banyak hal hal duniawi di tempat pekerjaan kita, sangat mudah untuk kita jatuh. Berkompromi. Mungkin teman sekerja yang sering menarik kita jauh dari jalan kebenaran, sehingga kita mengabaikan perintah Tuhan.


Berita baiknya, Yesus yang diraikan kelahirannya itu boleh menyelamatkan kita dari dosa dosa kita. Hanya perlu bertaubat, akui dosa kita, akui dan terima Yesus sebagai Juruselamat kita.


Doa : Tuhan Yesus, saya mengakui kelalaian saya yang mengikuti arus dunia di tempat kerja saya. Ampuni saya dan saya mengakui dan menerima Tuhan sebagai Juruselamat saya. Amin.

bottom of page