top of page

Renungan Natal 2 : Sunyi


“Segala ini berlaku supaya terlaksanalah firman Tuhan melalui nabi-Nya: "Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamai Dia Immanuel" yang bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani.” Matius‬ ‭1‬:‭22‬-‭23‬ ‭AVB‬‬


Didalam kehidupan kita, setiap insan tidak pernah lari dari perasaan sunyi. Kita merasa sendiri - walaupun di tengah keriuhan orang ramai.


Bila kita berada di tempat kerja kita, tempat kita menuntut ilmu, tempat kita bertemu bersama rakan riadah ataupun rakan perniagaan, kita - pernah kah kita terfikir, bagaimana keadaannya di dalam? Adakah dia bergumul tentang sesuatu yang dia tidak boleh ungkapkan? Atau sedang mencari jalan penyelesaian dalam masalah hidupnya?


Kita bersyukur kerana kelahiran Yesus ke dunia ini - supaya hadirat Allah akan sentiasa ada bersama kita di dalam setiap situasi hidup kita. Immanuel - Allah beserta kita. Dimana ada Allah, disitu ada kekuatan dan damai sejahtera untuk orang yang percaya dan menerima Dia.


Doa : Bapa, Terima Kasih kerana memberi Anak-Mu Yesus lahir ke dalam dunia ini untuk kami. Saat kami dalam permasalahan dan tekanan, ingatkan kami tentang Immanuel - Allah beserta kami. Terima Kasih atas penyertaan-Mu. Amen.

bottom of page