top of page

Sebab dalam Rumah Tuhan Lebih Baik


“…Lebih baik sehari di dalam Rumah-Mu daripada seribu hari di tempat lain; aku lebih gemar berdiri di pintu Rumah Allahku daripada tinggal di rumah orang jahat.....” Mazmur 84:11


Pemazmur mengatakan tentang kerinduan dan keluh kesah hatinya terhadap berada didalam rumah Tuhan, betapa dia rindu untuk berada didalam rumah Tuhan. Sebab dia sudah merasakan bagaimana berada didalam Rumah Tuhan dan jauh daripada rumah Tuhan.


Oleh kerana keadaan pemazmur pada saat ini, maka dia tahu bahawa sehari berada di dalam pelataran Rumah Tuhan lebih baik daripada seribu hari di tempat lain, iaitu Aku lebih suka menjadi penjaga pintu rumah-Mu daripada hidup dalam istana kejahatan.


Sebab sewaktu pemazmur menghadiri ibadah-ibadah yang sepenuhnya, dia terpisah daripada perkara-perkara dunia. Oleh itu pemazmur dapat membezakan diantara berada dipelantaran Rumah Tuhan daripada seribu hari ditempat lain. Tempat lain ini merujuk kepada tempat di dunia ini yang penuh dengan semua kenikmatan dunia ini daripada keindahan berada didalam pelataran Tuhan.


Dengan itu bagaimana dengan diri kita apakah kita sedar bahawa keindahan berada didalam rumah Tuhan lebih jauh baiknya daripada kenikmatan dunia yang hanya bersimpat sementara dan tidak kekal. Dimana keindahan dalam rumah Tuhan memenuhi segala keperluan dalaman hati kita, dibanding dengan kenikmatan dunia ini hanya berbentuk kedagingan.


Dengan itu marilah kita datang kepada Tuhan bersama-sama orang yang percaya menyembah Dia didalam rumahNya, sebab berada dalam pelataranNya keinginan hati kita akan dipenuhi, pergumulan hati kita dapat dijawab.


Apakah anda dapat melihat bahawa berada dalam Rumah Tuhan lebih baik daripada seribu hari di tempat lain sehari di dalam Rumah-Mu.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page