Filipi 2:9-11 (AVB)
9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya
dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama, 10 supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, 11 dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.
Kisah Para Rasul 4:12 (AVB) Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia yang dapat menyelamatkan kita.
2 Korintus 10:1- 6 (AVB) 1 Sekarang aku, Paulus, yang gementar ketika berhadapan denganmu tetapi berani ketika berjauhan, memohon sesuatu kepadamu atas sifat Kristus yang lemah lembut dan rendah hati. 2 Aku memohon kepadamu, apabila aku datang nanti, janganlah sampai aku terpaksa menunjukkan keberanian di hadapanmu. Aku memang berniat untuk bertindak begitu terhadap beberapa orang yang menyangka bahawa kami hidup seperti orang duniawi. 3 Walaupun kami hidup di dunia, kami tidaklah berjuang secara duniawi. 4 Senjata-senjata kami bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng-benteng, 5 mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus, 6serta bersedia menghukum segala keingkaran terhadap Allah apabila ketaatanmu disempurnakan.
Bila kita berhadapan dengan peperangan rohani, kita akan terdorong untuk berlawan dengan musuh yang nyata. Tetapi kita tidak melawan musuh dengan darah daging, kita tidak akan mendapat kemenangan dengan kebijaksanan, penaakulan atau kehendak semata-mata. Seperti Paulus memberitahu senjata- senjata kita bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng - benteng.
Senjata yang paling berkuasa yang Tuhan telah lengkapi kita dengan satu syarat. Kita perlu menggunakan senjata rohani dibawah kewibawaan Yesus dan dengan kuasa yang diberi atas nama Yesus. Untuk setiap peperangan kita perlu tahu kuasa nama Yesus, berdoa dengan nama Yesus dan mengambil kuasa keatas musuh dengan nama Yesus.
Dengan kuasa manusia kita kita tidak boleh melawan iblis. Kita tidak boleh berhadapan dengan iblis atau menggunakan nama Yesus dengan baik sekali tanpa mengetahui maksud kuasa yang dibawaNya. Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia yang dapat menyelamatkan kita. (Kisah para nabi 4:12).
Bertafakurlah dan renungkanlah dengan kuasa nama Yesus Kristus. Dapatkan wahyu dengan kuasa diatas nama tersebut sebelum memasuki peperangan.
Kita melihat autoriti di dalam nama Yesus Kristus dan kita akan mencapai kemenangan.
Komuniti Digital
留言