Sentiasa Mengampuni Orang yang Bersalah terhadap Kita
- Komuniti Digital 05

- 3 days ago
- 1 min read

'Jika dia berdosa sebanyak tujuh kali terhadapmu dalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu serta berkata, ‘Aku bertaubat,’ kamu hendaklah mengampuninya.” '(Lukas 17:4) AVB
Yesus mengajar para pengikut-Nya supaya sentiasa memberi pengampunan kepada mereka yang berulang kali melakukan kesalahan terhadap diri mereka. Mereka harus terus mengampuni apabila seseorang itu sedar akan dosanya dan datang memohon pengampunan.
Sebagai orang yang percaya, kita harus sentiasa memberikan pengampunan kepada mereka yang bersalah terhadap kita, kerana seorang pengikut Yesus perlu memiliki hati yang sentiasa sedia mengampuni tanpa batas. Kita harus memikirkan yang baik terhadap orang itu tanpa menyimpan prasangka atau dendam.
Sikap yang sentiasa mengampuni orang yang bersalah terhadap kita ialah sikap Yesus sendiri. Dia sentiasa mengampuni orang yang bersalah terhadap-Nya tanpa menolak mereka. Oleh itu, sebagai pengikut Kristus, kita juga harus meneladani-Nya dengan mengampuni mereka yang bersalah terhadap kita.
Yesus berkata kepada para pengikut-Nya agar sentiasa bersedia mengampuni setiap orang yang melakukan kesalahan terhadap mereka — sekalipun orang itu berdosa tujuh kali dalam sehari, dan setiap kali datang meminta ampun, mereka tetap harus mengampuninya.
Sikap mengampuni menurut Yesus tidak mempunyai batas atau penghujungnya. Maka kita harus sentiasa bersedia mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kita, sebagaimana Tuhan sentiasa mengampuni kita.
Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk terus memberikan pengampunan kepada setiap orang yang berdosa terhadap aku. Berikanlah aku hati yang penuh kasih dan sedia mengampuni, sebagaimana Engkau telah mengampuniku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments