top of page

Setiap Keperluan Dipenuhi Dengan Kuasa Kebangkitan

Mar 29, 2023
2 min read

Updated: Mar 30, 2023

Minggu Kedua: Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan



Pembacaan Kitab Suci hari ini:

(Markus 16:17-18; Wahyu 19:13)

Ada kuasa yang begitu besar dalam kekuasaannya sehingga ia berjaya mengatasi sebarang masalah, sebarang percubaan dan apa jua keadaan. Iblis melarikan diri daripadanya, penyakit tidak boleh tinggal di hadapannya, kekurangan dan ketakutan hilang di hadapannya, dan setiap kegelapan serta-merta dihancurkan olehnya. Malah kematian sendiri tidak dapat melawannya. Apa itu?

Nama di atas semua nama. Nama Yesus.


Kuasa dan kekuatan Nama Yesus adalah hak milik anda sebagai seorang Kristian yang dilahirkan semula. Yesus mengharapkan anda menggunakannya! Selepas kebangkitan Yesus, dan sejurus sebelum Dia naik untuk duduk di sebelah kanan Bapa syurgawiNya, Dia berkata, “Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi” Matius 28:18). !


Apa yang Dia lakukan dengan kuasa namaNya? Dia menyerahkannya kepada kita (lihat bacaan hari ini).

Nama Yesus adalah kuasa kebangkitan yang dilepaskan ke dalam hidup kita. Ini bermakna anda boleh menyantumkan Nama Yesus agar dapat bekerja dalam setiap bidang kehidupan anda—besar atau kecil. Setiap keperluan dipenuhi dengan kuasa kebangkitan.


Sama seperti anda tidak akan bertolak ansur dengan seseorang yang menceroboh masuk ke dalam rumah anda dan mengambil barang-barang anda, anda tidak sepatutnya bertolak ansur dengan iblis dan segala percubaannya untuk mengambil apa yang menjadi hak anda dalam Nama Yesus.


Jadi, apabila kekurangan cuba datang ke dalam keluarga anda, tegurlah ia. Katakanlah, “Kekurangan, saya menegur(rebuke) kamu dalam Nama Yesus. Kekurangan tidak boleh masuk ke dalam keluarga saya. Kamu tidak boleh masuk ke akaun bank saya. Yesus telah datang supaya saya mempunyai hidup dan memilikinya dengan kelimpahan. Saya menerima BERKAT saya sekarang, dalam Nama Yesus.”


Apabila roh jahat cuba membawa penyakit, kemiskinan, kemurungan atau apa-apa sampah lain ke dalam rumah anda, tuding jari anda kepadanya dan berkata, "Dalam nama Yesus!" Ini adalah kerana Alkitab mengatakan Nama Yesus itu dipanggil “Firman Tuhan”, jadi tindakan itu seperti melemparkan seluruh Firman Tuhan ke mukanya sekaligus! Amin!


BERDOA:…………………


Pr Roland Satu Ukab

Related Posts

See All
Kita ialah Umat Allah

“ Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Ef

 
 
 
Hidup Kita Harus Dijiwai oleh Kasih

“Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.” Efesus 5:2 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efes

 
 
 
Hiduplah Mengikut Teladan Yesus

“Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi.” Efesus 5:1 (AVB) Jemaat di Efesus telah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat serta menjadi anak-anak Allah yang dikas

 
 
 

Comments


bottom of page