top of page

Siapakah Tuhan Bagi Dirimu


“…Tetapi Allah ialah penolongku, Tuhan ialah pembelaku..…” Mazmur 54:6


Pemazmur berkata kepada kita bahawa Tuhan adalah penolong dan pembela hidupnya, dengan itu pemazmur rela mempersembahkan korban kepada-Nya; dan mengucap syukur kepadaNya kerana kebaikan-Nya.


Selain itu pemazmur berkata kepada kita bahawa Tuhan adalah penolong dan pembela hidupnya, kerana Dia telah menyelamatkan dirinya daripada segala kesusahan, dan telah melihat musuhnya dikalahkan.


Oleh kerana pengalaman peribadi pemazmur bersama-sama dengan Tuhan maka dia dengan penuh berkeyakinan berkata “...Tuhan adalah penolong dan pembela hidupnya..”. bagaimana dengan diri kita pada hari ini? siapakah Tuhan itu dalam hidup anda?


Sewaktu pemazmur dalam kesukaran dan kesulitan oleh kerana ancaman musuh-musuhnya, Tuhan menolong dan menyelamatkannya. Oleh kerana Tuhan berpihak kepada pemazmur., maka dia mendapat pertolongan di dalamNya, sehingga dia tidak perlu takut terhadap kuasa apa pun yang dikerahkan melawannya.


Meskipun manusia dan kuasa yang jahat berusaha untuk menghancurkan dirinya, namun kemenangan tetap dinikmati oleh pemazmur. Bagaimana dengan diri anda hari ini? apakah anda tetap berkeyakinan bahawa Tuhan adalah penolong dan pelindung hidup anda hari ini?


Secara manusia kita lemah tetapi didalam Tuhan kita kuat, oleh itu jika Tuhan dipihak kita siapakah yang dapat melawan kita... dengan itu bersandarlah kepada Tuhan untuk pertolongan dan pelindungan


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hidup saya kepadaMu, hanya Engkau sahaja tempat perlindungan dan pertolongan hidup saya,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page