Sombong Seperti Burung Merak
- 2 hours ago
- 2 min read

Berjalan dalam Kerendahan Hati - Hari 9
Ayat Fokus: Filipi 2:3
Apa khabar kamu semua? Adakah kamu semakin memahami tentang kerendahan hati dan apa maksudnya meneladani kerendahan hati Kristus? Sangat penting untuk kita sedar bahawa kita boleh menganggap orang lain lebih utama daripada diri kita sendiri. Itu bermakna kita perlu melihat mereka sebagai berharga dan mengambil berat tentang apa yang mereka katakan dan fikirkan.
Jika kita mempunyai cita-cita yang mementingkan diri atau kesombongan, kita tidak akan melakukan perkara itu. Kepentingan diri” bermaksud kita mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu. Itu baik, tetapi jika kita melakukannya hanya untuk diri sendiri, itu tidak baik.
Kesombongan pula ialah berasa sangat bangga, seperti burung merak. Pernahkah kamu melihat burung merak jantan mengibas-ngibaskan ekornya sehingga terbuka menjadi kipas yang sangat cantik berwarna hijau dan biru? Kemudian ia berjalan dengan megah sambil bersuara, “May-awe! May-awe!” supaya semua orang melihat dan mengagumi ekornya.
Adakah kamu fikir Yesus bersikap begitu semasa Dia berada di bumi? TIDAK! Dia tidak pernah begitu. Dia hanya melakukan kebaikan dengan tenang dan menolong orang lain. Dia mengasihi mereka dan mengambil berat tentang mereka. Dia taat kepada Bapa-Nya, Dia adalah seorang hamba yang rendah hati, yang memperhatikan kepentingan orang lain. Inilah yang dipelajari oleh Suzie - meletakkan Tuhan terlebih dahulu, orang lain kemudian, dan diri sendiri terakhir. Inilah sikap yang kita perlukan - untuk melakukan segala sesuatu dengan rendah hati dan menganggap orang lain lebih utama daripada diri kita sendiri.
Renungkan: Anggaplah orang lain lebih utama daripada dirimu sendiri.
DOA
Tuhan Yesus, terima kasih atas teladan-Mu yang begitu rendah hati. Tidak selalunya mudah untuk tidak menjadi sombong, terutamanya apabila saya benar-benar mahir dalam sesuatu perkara. Bantulah saya meneladani kerendahan hati-Mu dan menganggap orang lain juga penting. Bantulah saya melakukan perkara-perkara dengan diam untuk menyenangkan hati-Mu, bukan melakukannya untuk mendapatkan perhatian orang lain, seperti burung merak.
Gereja
Tuhan, ajarlah kami untuk mengambil berat terhadap orang lain seperti Engkau mengambil berat terhadap kami. Dalam nama-Mu saya berdoa. Amin.
Bangsa
Berdoalah untuk golongan miskin di Malaysia yang bergelut untuk memberi makan kepada anak-anak mereka. Berdoalah supaya Kerajaan akan berjaya membantu mereka mendapat makanan setiap hari dan dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah.




Comments