top of page

Takut pada Manusia

  • 2 days ago
  • 2 min read

Penghalang kepada Kerendahan Hati - Hari 26

Baca Amsal 29:25; Galatia 1:10


Kesombongan tidak selalunya kelihatan seperti keangkuhan. Sering kali ia tersembunyi sebagai pencarian penerimaan. Kitab Suci menyebut ini sebagai takut pada manusia—membentuk pilihan kita berdasarkan pengakuan manusia dan bukannya ketaatan kepada Tuhan.


Amsal memberi amaran, “Takut kepada orang mendatangkan jerat...” (Amsal 29:25). Apabila penerimaan menjadi pusat perhatian, kerendahan hati runtuh menjadi prestasi. Pegangan diubah-ubah, ketaatan menjadi selektif, dan kesetiaan diukur dengan tepuk tangan dan bukannya kebenaran.


Paulus berkata dengan jelas: “Sekiranya aku masih mau mencoba berkenan kepada manusia, maka aku bukanlah hamba Kristus.” (Galatia 1:10b). Takut pada manusia bukanlah kerendahan hati; itu adalah kesetiaan yang salah tempat. Kerendahan hati sejati mengalir daripada penghormatan kepada Tuhan mengatasi semua suara lain.


Bagaimanakah kita mengatasi takut pada manusia?


Dengan memusatkan kembali identiti kita di dalam Kristus. Ketika kita tahu milik siapa kita, kita tidak perlu lagi menjadi milik semua orang. Takut akan Tuhan menyelaraskan semula keberanian, kejelasan, dan ketaatan. Berpuasa menenangkan suara-suara yang saling bersaing dan memulihkan kewibawaan Tuhan di pusat kehidupan kita.


Doa

Tuhan, bebaskan saya daripada penjara menyenangkan hati orang. Ajar saya untuk takut akan Engkau dengan benar. Saya menyerahkan keperluan saya akan mendapat persetujuan daripada orang lain dan rasa takut akan pendapat manusia. Teguhkanlah identiti saya dalam kasih dan kebenaran-Mu. Berikanlah saya keberanian untuk mentaati-Mu walau pun itu memerlukan pengorbanan. Kiranya rasa hormat kepada-Mu mengatasi setiap suara yang lain.


Gereja

Yohanes 15:5 menegaskan bahawa Yesus adalah sumber kehidupan, dan orang percaya terhubung dengan Dia seperti ranting-ranting terhubung dengan pokok anggur. Berdoalah untuk persekutuan yang dalam dan berterusan dengan Yesus yang kita akui sebagai Sumber makanan rohani kita. Tanpa Dia kita tidak dapat berbuat apa-apa.


Bangsa

Dua pembaharuan penting yang disebutkan adalah Akta Pembiayaan Politik dan pemisahan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Memulakan pembaharuan ini akan menjadi peristiwa penting bagi Kerajaan sekarang. Berdoalah agar mereka diberikan keberanian dan kebijaksanaan untuk melaksanakan banyak pembaharuan.

Comments


bottom of page