top of page

Terobosan Rohani 


Bacaan Alkitab : Lukas 18:14

“Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” AVB


PEMERHATIAN:

Tuhan Yesus menceritakan ibarat tentang dua orang yang pergi ke Bait Suci untuk berdoa. Seorang adalah orang Farisi dan seorangnya lagi adalah pemungut cukai.

Orang Farisi dalam doanya, dia menyampaikan syukurnya kepada Tuhan atas semua kebaikannya serta membandingkan dirinya lebih baik dari pemungut cukai yang turut masuk ke dalam Bait Suci itu untuk berdoa. Sementara itu, pemungut cukai itu juga berdoa dan hanya menyatakan, “Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini,” sambil mendebah dada dan tidak berani menengedah ke langit.


Ayat firman Tuhan dalam renungan ini menyatakan dengan jelas dari Yesus sendiri bahawa pemungut cukai itulah yang mendapat perkenan dan ditinggikan oleh Allah. Kenapa? Pemungut cukai itu datang berdoa kepada Allah dengan kerendahan hati serta membandingkan dirinya sendiri dengan Allah yang Mahakudus, bukan membandingkan dirinya dengan orang lain.


PENERAPAN/APLIKASI:

Terobosan rohani yang sebenar adalah kita mendapat perkenan Allah dalam apapun yang kita lakukan atau apa pun yang kita lakukan, ianya harus sesuai dengan perkenan Allah sendiri. Merendahkan diri sepenuhnya di hadapan Tuhan serta memberikan penghormatan tertinggi kepada Tuhan adalah kunci kepada terobosan rohani.


Mahukan engkau datang kepada Tuhan dengan kekudusan dan kerendahan hati serta meninggikan Tuhan dalam doamu hari ini?


“JADILAH SEPERTI ORANG FARISI DALAM KESALEHAN, TETAPI SEPERTI PEMUNGUT CUKAI DALAM KERENDAHAN HATI.”


PENYATAAN/DEKLARASI:

“...lalu umat-Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah- Ku dan berpaling dari jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka.” 2 Tawarikh 7:14 (AVB) Biarlah terobosan rohani terjadi kepada saya melalui pertaubatan sejati dari dosa serta sungguh-sungguh merendahkan diri serta memuliakan Tuhan dengan penuh sukacita dan tulus ikhlas.


Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)

(Sabah, Sarawak, Semenanjung)



댓글


bottom of page