top of page

TUHAN Berpegang pada JanjiNya



“...Tetapi Dia menyelamatkan mereka menurut janji-Nya, untuk menunjukkan kuasa-Nya yang besar...” Mazmur 106:8


Pemazmur menceritakan tentang kebodohan bangsa Israel sewaktu Tuhan menyatakan kebaikanNya yang berkelimpahan didalam kehidupan mereka, walaupun Tuhan telah melakukan banyak perbuatan-perbuatan yang ajaib disepanjang hidup mereka namun mereka tidak mengerti . Mereka melihat perbuatan-perbuatan itu, tetapi tidak memahami makna dan tujuan perbuatan-perbuatan Tuhan itu.


Mereka seperti nenek moyang mereka yang telah melakukan yang jahat dan keji, ketika mereka di Mesir dimana mereka tidak memahami perbuatan-Nya yang menakjubkan; mereka lupa akan kasih-Nya yang berlimpah, dan mereka memberontak terhadap Yang Maha Kuasa di Laut Gelagah. Sebab mereka menggangap bahawa tulah yang Tuhan turunkan kea atas penduduk di Mesir sebagai untuk menyelamatkan mereka.


Namun tulah itu diturunkan oleh Tuhan ke atas orang Mesir bagi maksud untuk pengarahan dan bimbingan bagi menginsafkan mereka dan juga untuk mengeluarkan mereka dari tanah Mesir, serta meluruskan mereka daripada cenderung ke arah pemujaan berhala Mesir.


Ditengah-tengah keadaan mereka yang sangat jahat ini, Tuhan datang dengan menyelamatkan mereka demi diri-Nya sendiri, supaya keperkasaan-Nya menjadi nyata. Hal ini bermaksud Tuhan menyelamatkan mereka kerana Dia berpegang pada janjiNya kepada mereka, bagi menunjukkan kuasa-Nya yang besar.


Tuhun menyelamatkan mereka dari tangan pembenci, iaitu Firaun yang tidak pernah mengasihi mereka dan malah semakin membenci mereka oleh karena tulah yang telah diturunkan oleh Tuhan ke atas mereka, lalu menyebabkan mereka menderita. Telah melepaskan mereka daripada tangan musuh-musuhnya, yang sudah siap untuk menangkap mereka.


Didalam keadaan yang sedemikian Tuhan menyelamatkan mereka sebab Dia berpegang pada janjiNya kepada mereka. Demikian juga dengan hidup kita pada hari ini, Tuhan tidak sekali-kali membiarkan kita daripada binasa oleh ancaman musuh-musuh kita, tetapi Tuhan sentiasa bersedia untuk menyelamatkan kita.


Oleh itu marilah kita datang kepadaNya berharap padaNya, sebab didalamNya kita akan merasa aman dan damai.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu kerana didalamMu saya kuat dan aman. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

댓글


bottom of page