top of page

Tuhan Pelindungku




“...TUHAN ialah pelindungku; Dia bagaikan kubu yang kuat bagiku. Allahku tempat perlindunganku, aku selamat bersama dengan Dia. Dia melindungi aku seperti perisai; Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat.,.... Mazmur 18:3


Pemazmur mengungkapkan rasa syukurnya kepada Tuhan atas keselamatan yang Allah telah kerjakan bagi hidupnya. Dengan itu dia mengagungkan karya keselamatan yang telah dilakukan oleh Allah bagi dirinya.

Pemazmur mengisytiharkan bahawa Tuhan adalah pelindung peribadi hidupnya, yang bermakna bahawa Tuhan bagaikan kubu yang kuat bagi dirinya, tempat perlindungan hidupnya da dalam Dia meletakkan segala harapan hidupnya.


Oleh kerana Tuhan adalah pelindung bagi dirinya maka dia akan selamat daripada ancaman musuh-musuhnya, dengan kata lain bersama dengan Dia pemazmur merasa aman. Sebab Dia melindungi dirinya seperti perisai dan membela dan menjaga dirinya sehingga dia dalam keadaan yang selamat.


Dengan itu siapakah pelindung hidupmu pada hari ini? Tempat anda untuk mendapat perlindungan sewaktu anda menghadapi berbagai ancaman dalam hidup ini. Kita sangat memerlukan pelindung bagi hidup kita hari ini.


Ingat sekiranya Tuhan adalah tempat perlindungan hidup kita hari ini maka hidup kita akan terjamin dan selamat. Oleh itu jadikanlah Tuhan pelindung hidup anda hari ini, jangan bergantung pada hal-hal dunia ini.


Doa: Bapa yang di surga, saya mengucap syukur kerana menjadi pelindung bagi hidup saya, didalam-Mu hati saya merasa aman dan tenang, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, Amin. Oleh Pr Patrick Taie

bottom of page