top of page

Tuhan Telah Mati


' … janganlah kuatir akan hidupmu, akan apa yang hendak kamu makan atau minum, dan janganlah kuatir pula akan tubuhmu, akan apa yang hendak kamu pakai. Bukankah hidup itu lebih penting dari pada makanan dan tubuh itu lebih penting dari pada pakaian ? " ( Matius 6 : 25-34, ayat 25).


Meditasi:


Terdapat beberapa arahan alkitabiah yang perlu kamu ikuti apabila menghadapi masa hadapan iaitu, apabila Yesus menekankan petikan ayat alkitab yang mengatakan :Jangan khuatir. Pertumbuhan rohani kita sering dihancurkan oleh rasa kekhuatiran di dalam diri kita. Bagi saya, khuatir boleh didefinisikan dengan “Kebimbangan akan sesuatu hal; membiarkan masalah tinggal di dalam minda dan fikiran kita”. Pada pendapat saya, kita boleh prihatin atau bimbang akan sesuatu perkara, akan tetapi kita tidak boleh membiarkan perkara itu tinggal di dalam minda dan fikiran kita sehinggakan ia menghentikan aktiviti harian kita.


Seorang penulis berkata, 'khuatir' baginya adalah sebuah bentuk ateisme-yang bermaksud ketidakpercayaan akan kewujudan Tuhan. Ia berkata, "Saya tidak pasti jika Tuhan dapat mengendalikan perkara ini, maka saya akan mengambil alih dan menyelesaikan perkara ini dengan rasa khuatir." Perkataan ‘Mengapa percaya jika kamu boleh merasa khuatir?' dipaparkan pada sebuah papan tanda yang terletak di luar gereja yang saya injili.


Martin Luther, Reformis Jerman, sering merasa khuatir dan bimbang. Pada suatu hari, apabila dia merasa khuatir, isterinya muncul di dalam biliknya dengan berpakaian serba hitam dari kepala hingga ke kaki. Luther bertanya kepada isterinya, “Adakah seseorang telah meninggal dunia?”, isterinya menjawab, “Ya, Tuhan telah mati…Tuhan telah mati.” Kemudian Luther berbalas kepadanya, “Jangan mengarut, Tuhan tidak mati. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?”. “Baiklah,” isterinya menjelaskan “Kelakuan mu sekarang ini menjelaskan segalanya.” Luther memahami tujuan isterinya berkata sedemikian, lalu mengetepikan segala kerisauannya dan memuji Tuhan akan segala perkara yang baik yang telah berlaku di dalam kehidupannya.


Bapa saya menulis ini di dalam alkitab pertama yang saya pernah miliki iaitu:


Kerisauan adalah seperti orang tua yang memiliki kepala yang bengkok dan tidak lurus, Ia seumpama membawa beban bulu yang difikirkan adalah besi.


Percayalah, apabila kamu memikirkan sesuatu adalah besi, ia akan merasa berat seperti besi.


Pelajaran selanjutnya:


Filipi 4:4-7

1 Petrus 5:6-7


Doa: Oh Tuhan, ampunilah saya, walaupun saya seorang Kristian, saya telah melakukan sesuatu perkara dalam bentuk ateisme. Apabila aku cuba untuk mengendalikan segala masalah dan kerisauan ku dengan cara ku, aku tidak membiarkan Engkau menjadi Tuhan ku. Saat ini, aku serahkan segala kekuatiranku di dalam tangan-Mu. Dalam nama Yesus, Amin.


Rev Gerawat Maran

Comentários


bottom of page