top of page

Tuhan Yang Menyediakan


Bacaan Alkitab : Matius 6 :5-15

“Berilah kami makanan untuk hari ini” Matius 6:11


Salah satu dari aspek doa orang-orang percaya yang sentiasa konsisten ialah supaya kita sentiasa diberkati dan dicukupkan dalam segala hal, terutama dari segi keperluan sehari- hari. Tuhan Yesus juga mengajar supaya kita berdoa memohon kepada Bapa tentang apapun keperluan kita sehari-hari disertai dengan ucapan syukur.


Bahan Doa

1. Berdoa secara khusus bagi ekonomi gereja SIB/BEM supaya sentiasa stabil.

2. Doakan kesemua sumber kewangan gereja supaya kewangan tetap stabil.

3. Doakan sumber-sumber ekonomi jemaah SIB/BEM supaya sentiasa diberkati Tuhan. Tidak kira bekerja dengan kerajaan atau bekerja sendiri/perniagaan sendiri.

4. Doakan usaha gereja untuk membantu jemaah Tuhan untuk memantapkan ekonomi jemaah Tuhan.



Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)

(Sabah, Sarawak, Semenanjung)

bottom of page