Yesus Sang Hamba

Berjalan dalam Kerendahan Hati - Hari 6
Ayat Fokus: Filipi 2:7, Lukas 1:26-38
“Apa itu hamba?” Cikgu Hannah bertanya kepada kelas remajanya. Charlotte menjawab, “Seseorang yang melakukan banyak kerja untuk orang lain, biasanya di rumah, seperti seorang ‘amah’.” “Ya,” celah Suzie, “mereka perlu melakukan apa sahaja yang tuan mereka suruh.” “Bagus sekali, murid-murid,” puji Cikgu Hannah. “Ada sesiapa boleh fikirkan siapa dalam Alkitab yang merupakan hamba terbaik?”
“Petrus atau Paulus?” tanya Ah Ming. “Bagaimana pula dengan Febe?” cadang Gimbang.
“Ya, mereka semua pastinya hamba Yesus Kristus yang baik, tetapi saya ingin katakan bahawa Maria, ibu Yesus, adalah salah satu contoh yang terbaik,” jawab Cikgu Hannah.
“Mengapa cikgu berkata begitu?” Suzie ingin tahu.
“Jika kamu membaca Lukas 1:26-38, kamu akan melihatnya. Malaikat Gabriel datang dan memberitahunya bahawa dia akan melahirkan anak yang akan:
“Dia akan digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi.”
Jawapan rendah hati Maria adalah:
“Aku ini hamba Tuhan. Semoga terjadilah kepadaku seperti yang engkau katakan itu.”
“Maria tidak membantah dan merungut. Tidak, dia rendah hati, taat dan menerima berita serta ‘tugas yang perlu dilakukan’ ini seperti seorang hamba. Saya sangat menyukai sikapnya. Maria bersukacita dan bergembira di dalam Allah, Penyelamatnya, walaupun tugasan itu adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan (lihat Lukas 1:46).
“Oh, dia memang ada bertanya satu soalan yang munasabah tentang berita ini, tetapi bukan dengan sikap memberontak. Dia benar-benar ingin tahu. Malaikat itu menjawabnya dengan penuh ihsan (lihat ayat 34-35).”
“Ini serupa dengan sikap Yesus apabila Allah, Bapa-Nya, meminta-Nya mati di kayu salib untuk kita. Yesus melakukannya dengan rendah hati dan taat. Itu adalah sikap seorang hamba. Itulah sikap yang patut kita pilih supaya kita dapat meneladani kerendahan hati Kristus,” jelas Cikgu Hannah.
Renungkan: Mahukah kamu belajar menjadi hamba yang rendah hati dan taat seperti Yesus?
DOA
Tuhan Yesus, Engkau adalah hamba Allah yang paling rendah hati dan taat yang pernah hidup di bumi ini! Terima kasih atas teladan-Mu dan dan juga kerana menceritakan kisah Maria kepada kami. Saya minta maaf atas setiap kali saya tidak taat kepada-Mu. Tolonglah aku, Tuhan, supaya mempunyai sikap yang rendah hati, taat, dan seperti seorang hamba seperti Engkau. Dalam nama-Mu aku berdoa. Amin.
Gereja
Berdoalah agar kita akan bersikap baik dan cepat memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti atau melakukan kesalahan kepada kita.
Bangsa
Marilah kita berdoa untuk para guru di sekolah, gereja, dan kelas-kelas lain supaya mereka dikuatkan dan didorong untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar mereka dalam setiap pelajaran.




Comments