top of page

Yohanes & Herodes


“..Yohanes sentiasa menegur Herodes, katanya, “Tuan bersalah kerana berkahwin dengan Herodias!” Herodes berniat membunuh Yohanes, tetapi Herodes takut akan orang Yahudi kerana mereka menganggap Yohanes sebagai nabi...” Matius 14:4-5


Oleh kerana keberanian Yohanes yang sentiasa menegur Herodes maka dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Yohanes menegur Herodes oleh kerana dia merampas Herodiana istri dari adiknya sendiri, iaitu Filipus.


Yohanes Pembaptis menegur Herodes berulang-ulang berdasar pada “Hukum Taurat yang tidak membenarkan dirinya berkahwin dengan istri adiknya.” Teguran Yohanes bukan berfokus pada kepentingan dirinya tetapi atas kebenaran Firman Tuhan.


Oleh itu Herodes memerintah agar tentaranya menangkap Yohanes dan memasukkannya ke dalam penjara dengan keadaan terikat dengan rantai besi. Sebenarnya Herodes mahu membunuh Yohanes, tetapi dia takut kepada orang banyak yang sudah percaya bahwa Yohanes adalah seorang nabi.


Apakah anda berani untuk berkata tentang kebenaran terhadap seseorang yang berlaku salah?


Doa: Bapa Syurgawi, ajar kami untuk berani seperti Yohanes dalam menyatakan kebenaran tentang Engkau. Berikanlah kami hikmat dalam menegur orang sekeliling kami dengan kasih Engkau.


Amen!

Pr Patrick Taie

Commentaires


bottom of page