top of page

Cari

6127 results found with an empty search

KD Post (3258)

  • Hidup Dengan Iman Dan Pengharapan, Bukan Ketakutan

    Teks: 2 Timotius 1:7 “Kerana Allah memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melainkan roh yang membangkitkan kekuatan, kasih, dan ketertiban.” Renungan: Ketakutan sering timbul apabila kita menilai keadaan hidup berdasarkan pandangan dan kefahaman manusia semata-mata. Namun demikian, firman Tuhan mengingatkan kita bahawa kehidupan orang percaya tidak dipimpin oleh ketakutan, sebaliknya oleh iman dan pengharapan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Iman menolong kita untuk terus percaya bahawa Tuhan berdaulat, walaupun keadaan kelihatan tidak menentu. Pengharapan pula memberi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan, kerana kita yakin bahawa Tuhan memegang masa depan setiap orang yang percaya kepada-Nya. Apabila kita memilih untuk hidup dengan iman, kita memilih untuk berpegang kepada janji-janji Tuhan. Apabila kita hidup dengan pengharapan, kita bersandar sepenuhnya kepada kesetiaan-Nya. Ketakutan akan kehilangan kuasanya apabila kita menyerahkan seluruh kehidupan kita kepada Tuhan dan membiarkan Dia memimpin setiap langkah kita. Doa Ya Tuhan, ajarlah kami untuk hidup dengan iman dan pengharapan kepada-Mu, dan bukan dikuasai oleh ketakutan. Kuatkan hati kami agar kami terus percaya bahawa Engkau sentiasa menyertai serta memimpin setiap langkah kehidupan kami. Dalam nama Tuhan Yesus, kami berdoa. Amin. Rev. Ali Langgit

  • Daud Dan Nebukadnezar

    Raja Daud ialah raja bangsa Israel. Raja Nebukadnezar ialah raja empayar Babilon. Selang masa antara mereka adalah sekitar 900–1100 tahun. Daud memerintah Israel pada zaman kegemilangannya, manakala Nebukadnezar dibangunkan Tuhan untuk menghukum Israel yang telah menjauh daripada-Nya, dan dalam masa yang sama “menyelamatkan” sisa umat Tuhan melalui pembuangan ke dalam empayarnya. (2 Samuel 5; Yeremia 27:5–7). Apakah persamaan antara dua raja ini? Saya tidak menyenaraikan semua persamaan, tetapi pagi ini ketika merenung tentang pemimpin dan kepimpinan dalam Alkitab, satu persamaan utama muncul dengan jelas. Pada titik kemuncak kejayaan, kedua-duanya bergelut dengan kesombongan hati. Mereka mula melihat pencapaian sebagai hasil kekuatan sendiri. Daud menghitung jumlah tenteranya (2 Samuel 24:1–4), manakala Nebukadnezar bermegah dengan kebesaran kota Babilon yang dibangunkannya (Daniel 4:29–30). Akibatnya amat serius. Disebabkan kesombongan Daud, murka Tuhan turun dan 70,000 orang mati (2 Samuel 24:15). Terhadap Nebukadnezar pula, Tuhan merendahkannya sehingga dia hilang kewarasan dan hidup seperti binatang untuk suatu tempoh, sehingga dia mengakui bahawa Tuhanlah yang berdaulat (Daniel 4:31–34). Alkitab jelas menyatakan bahawa Tuhan membenci kesombongan. “Kecongkakan mendahului kehancuran, dan tinggi hati mendahului kejatuhan.” (Amsal 16:18) Dan firman Tuhan juga mengingatkan kita: “Jika bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya.” (Mazmur 127:1) Oleh itu, apabila seorang pemimpin mula merasakan dirinya terlalu penting, dan menganggap segala pencapaian berlaku kerana kekuatan, kebijaksanaan, atau kelebihannya sendiri, itu adalah tanda amaran rohani. Itulah masa untuk berhenti seketika dan mengambil masa untuk menyembah, berdoa, dan berserah kepada Tuhan. Jika kesombongan hati sukar dibendung, dan kita masih berpegang pada fikiran bahawa diri kita hebat dan tidak tergantikan, maka kadang-kadang langkah yang lebih sihat ialah berundur sementara untuk berdoa, berpuasa, dan mencari kehendak Tuhan, sama ada untuk terus memimpin atau dengan rela dan hormat memberi laluan kepada orang lain. Prinsip ini berlaku bukan sahaja dalam gereja, tetapi juga dalam dunia kepimpinan dan politik. Kiranya Tuhan memelihara hati kita supaya sentiasa rendah di hadapan-Nya, kerana kepimpinan yang sejati lahir daripada kebergantungan kepada Tuhan, bukan daripada kebesaran diri. Oleh Pr Jubilie Apin Sumber : Facebook @jubilie apin

  • Serahkan Semua Perancangan Kepada Tuhan Dan Izinkan Dia Memimpin

    Teks: Mazmur 37:5 “Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN; percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak” Menyerahkan hidup dan segala perancangan kepada Tuhan tidak bermaksud kita berhenti berusaha. Sebaliknya, penyerahan ini bermaksud kita meletakkan kepercayaan sepenuh hati bahawa Tuhanlah yang memimpin setiap langkah kehidupan kita. Penyerahan sedemikian menuntut iman — iman untuk percaya walaupun jalan di hadapan belum jelas, dan iman untuk taat walaupun pimpinan Tuhan berbeza daripada kehendak serta perancangan kita sendiri. Apabila kita merelakan Tuhan memimpin kehidupan kita, kita belajar untuk tidak bergantung kepada kekuatan dan kebijaksanaan diri sendiri, tetapi bersandar sepenuhnya kepada hikmat Tuhan. Firman Tuhan memberi jaminan bahawa Dia akan bertindak menurut waktu-Nya yang sempurna. Tuhan tidak pernah lalai, dan setiap rancangan-Nya sentiasa membawa kebaikan bagi mereka yang percaya dan bersandar kepada-Nya. Kesimpulan: Oleh itu, marilah kita melangkah setiap hari dengan doa, menyerahkan segala perancangan kepada Tuhan, serta hidup dalam ketaatan kepada-Nya. Di situlah kita akan mengalami damai sejahtera, keyakinan yang teguh, serta berkat pimpinan Tuhan dalam setiap musim kehidupan. Doa Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, kerana Engkau telah menyertai serta memberkati setiap usaha dan pekerjaan, perniagaan, persekolahan anak-anak kami, pelayanan, serta segala kegiatan kami sepanjang tahun 2025. Dengan iman kepada Yesus Kristus, kami melangkah sepanjang tahun 2026 ini dengan keyakinan bahawa Engkau akan terus menjaga dan memelihara kehidupan kami, mulai hari ini dan untuk selama-lamanya. Amin. Rev. Ali Langgit

View All

Other Pages (647)

  • SolusiTVMalaysia1

    Share Solusi TV Malaysia Solusi TV Malaysia adalah satu siaran video kisah benar untuk membangunkan jemaat-jemaat Kristian dan ia juga memberikan peluang untuk sama-sama berbincang tentang kebaikan Kristus di dalam kehidupan seharian. Jom kita chat ! Tekan icon chat di bawah ...... Solusi TV Malaysia adalah satu program kerjasama CBN Malaysia dan Komuniti Digital, yang menyiarkan video-video kesaksian nyata mengenai orang-orang yang menemui solusi di dalam Tuhan.

  • AjaranKrisitan

    Continue Ajaran Kristian Share Apologetik Bersama Ezra Kuasa Mukjizat Apologetik Pengertian Profetik Bulan Ibrani Memimpin Seperti Yesus Anggur Baru 7 Prinsip Kewangan 7 Prinsip Pelaburan Semai Tuai Memiliki Hati Bapa

  • Gospel-EddyMarson

    Injil : Siri Injil (Pr. Eddy Marson) Continue

View All

Events (5)

View All
bottom of page