Support Us
Support Us
Cari
3262 results found with an empty search
- Doa Rasul Paulus Untuk Jemaat Tesalonika
Oleh Pr Helfidiana Paris
- “Diam bersamaNya”
‘Anak itu kelihatan seperti mayat sehingga semua orang berkata, “Dia sudah mati!”’ (Markus 9:14-32, ayat 26). Renungan: Kita harus sedar tentang kepentingan untuk berpegang teguh pada iman. Ini bermakna kita mungkin bersendirian dalam hidup kita. Oleh itu, perkara seterusnya yang ingin kita mempertimbangkan adalah kerelaan untuk menjadi minoriti. Firman Tuhan menjelaskan bahawa para pahlawan iman ialah lelaki dan perempuan yang rela menjadi minoriti. Dalam pembacaan kita hari ini, kita mendapati Yesus mengusir roh jahat daripada seorang budak lelaki. Sebelum roh itu keluar daripada badannya, budak itu berguling-guling dan kelihatan seperti mayat. "Kebanyakan orang berkata, 'Dia sudah mati!'" (ayat 26, Moffatt). Perhatikan ayat "kebanyakan orang". Sekiranya ada undian, keputusan mereka ialah budak itu sudah mati dan harus dikuburkan. Namun, kebenaran itu ada di kalangan minoriti, iaitu Yesus menukar keadaan budak itu daripada kelesuan kepada kesihatan. Selepas menjadi orang percaya, Gladys Aylward, seorang pembantu rumah di London, percaya bahawa Allah ingin menghantar beliau ke negara China. Walaupun ditolak oleh sebuah persatuan misi, beliau tetap yakin dengan panggilan Allah. Pada tahun 1932, beliau berangkat ke China secara bebas dan memberitakan khabar baik kepada orang di sana. Apabila tentera Jepun menyerang, beliau memimpin berpuluh-puluh kanak-kanak pelarian ke tempat yang selamat. Beliau menulis dalam suratnya: "... jika kamu yakin dengan panggilan Allah ke negara China atau tempat lain, jangan biarkan apa-apa menghalangimu.” Anda tidak akan bertumbuh secara rohani sehingga anda rela menolak pendapat majoriti. Apabila Yesus berada seorang diri di Taman Getsemani, murid-muridNya dekat kepadaNya. Pada masa yang sama, ada sejumlah besar orang yang dihantar oleh Imam Besar dan para tua-tua lebih jauh dariNya. (Matius 26:47). Apabila di kalangan orang ramai, kamu mungkin akan terasa diri berada paling jauh dari Yesus. Sebagai orang percaya, kita harus berdiam bersamaNya. Ayat Rujukan: Bilangan 13:26-14:4, 23-24; Yohanes 6:61-69 Doa: Ya Allah, selidiki dan lihatlah jika ada ketakutan atau kelemahan yang tersembunyi dalam hatiku. Singkirkanlah supaya tidak menjangkiti seluruh rohaniku. Bebaskan aku daripada kebimbangan menjadi minoriti dalam kehidupan saya. Dalam nama Yesus aku berdoa. Amin. Rev. Gerawat Maran
- Mengembalikan Yang Terhilang
Oleh Pr Helfidiana Paris
- Hukum Tuhan itu Benar
“...Hukum TUHAN itu benar, menggembirakan hati..... Maz 19:9a Pemazmur berkata hukum TUHAN itu benar dan menggembirakan hati. Hukum Tuhan ini merujuk kepada ajaran TUHAN atau Peraturan TUHAN. Semua ajaran Tuhan itu baik dan tepat, sehingga segala yang diajarnya memberikan semua yang menerimanya kebahagian dan kegembiraan. Ajaranya menyenangkan hati mereka yang mendengarnya. Apakah anda merasa kuathir atau ragu dalam hidup ini? Mari hayati Firman Tuhan pasti hati anda akan dipenuhi dengan sukacita. Sebab segala yang firman Tuhan itu adalah betul dan menyukakan hati hati orang yang mendengarnya. Mendengar hukum Tuhan akan membuat kita merasa berbahagia, sebab didalamnya segala perkara terbuka dan dinyatakan bagi kita baik yang ada pada hari ini mahpun yang akan datang. Hukum Tuhan merupakan dasar penghiburan kita yang teguh pada hari ini, didalamnya dinyatakan dasar pengharapan yang kekal bagi kita. Peraturan itu berguna untuk membuat kita menjadi bijaksana dalam segala perkara. Oleh itu jadilah hukum Tuhan sebagai dasar hidup kita pada hari ini, supaya hati kita tetap bahagia sepanjang perjalanan hidup kita. Doa: Bapa yang di surga, terima kasih atas hukumMu yang Engkau berikan kepada saya hari ini, sehingga saya tetap merasa tenang dan bahagia didalam hidup ini, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie
- Bolehkah Orang Kristian Bertatu?
Saya percaya bahawa orang Kristian harus membuat keputusan dengan penuh hikmat dari Tuhan sekiranya mereka ingin membuat tatu. Sebelum saya teruskan, let me give the context. Soalan ini adalah berkaitan orang-orang kristian yang membuat tatu pada tubuh mereka SELEPAS mereka mengenal dan menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Mungkin sebelum ini mereka tidak terfikir mengenai tatu kerana mereka melihat itu sebagai dosa. Namun sesuatu mungkin terjadi, pengaruh kawan, pengaruh persekitaran, media sosial dan sebagainya, dan itu membuatkan mereka merasa mereka mahu membuat tatu. Sepertinya mereka mendapat “perwahyuan” dari Tuhan. Walau bagaimanapun, hanya Tuhan yang tahu isi hati setiap kita namun kita tahu bahawa setiap pohon dikenal dari buahnya (Matius 7:16-20) Walaupun tiada larangan secara langsung dari alkitab terhadap tatu, orang Kristian masih tetap harus mempertimbangkan potensi implikasi untuk mendapatkan tatu pada tubuh mereka. Saya senaraikan beberapa ayat yang saya sendiri gunakan sebagai prinsip-prinsip yang saya pegang selama ini. Berdasarkan pengalaman saya, prinsip-prinsip ini boleh diaplikasikan untuk semua jenis pertanyaan yang bermula dengan “Boleh kah seorang kristian…..” Roma14:13-23 “13Karena itu janganlah kita saling menghakimi lagi! Tetapi lebih baik kamu menganut pandangan ini: Jangan kita membuat saudara kita jatuh atau tersandung!...19Sebab itu marilah kita mengejar apa yang mendatangkan damai sejahtera dan yang berguna untuk saling membangun” 1 Korintus 10:23-24 ”Segala sesuatu diperbolehkan.” Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna. ”Segala sesuatu diperbolehkan.” Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun. 24Jangan seorang pun yang mencari keuntungannya sendiri, tetapi hendaklah tiap-tiap orang mencari keuntungan orang lain. 1 Korintus 10:31-34 31Aku menjawab: Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah. 32Janganlah kamu menimbulkan syak dalam hati orang, baik orang Yahudi atau orang Yunani, maupun Jemaat Allah. 33Sama seperti aku juga berusaha menyenangkan hati semua orang dalam segala hal, bukan untuk kepentingan diriku, tetapi untuk kepentingan orang banyak, supaya mereka beroleh selamat. Efesus 2:10 Karena kita ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Allah sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya. Di sini saya senaraikan 4 soalan penting yang setiap orang Kristian harus tanyakan diri mereka sendiri sebelum mereka membuat tatu. Apa yang menjadi motivasi saya untuk mendapatkan tatu? Orang Kristian harus mempertimbangkan motivasi mereka untuk mendapatkan tatu dan tanya diri sendiri sama ada ia sejajar dengan nilai firman Tuhan. Adakah hanya untuk kesenangan sendiri? Supaya kelihatan menonjol dari yang lain? Atau sebagai lambang “pembebasan” dari autoriti yang Tuhan sudah letakkan di atas kita? Atau mungkin tatu tersebut digunakan supaya kita lebih dikenali, lebih disukai dan diterima oleh orang lain? Sebagai orang percaya, kita wajib mempertimbangkan sama ada keinginan mereka untuk mendapatkan tatu berakar pada kesombongan atau keinginan untuk menyesuaikan diri dengan golongan atau budaya tertentu. Seorang pastor dan ahli teoloji bernama John Piper pernah berkata, "Apakah motif tatu itu? Adakah ia untuk menarik perhatian kepada diri saya sendiri? Atau untuk menyampaikan sesuatu yang positif dan membina kepada orang lain?" 1 Korintus 10:23-24 boleh menjadi rujukan disini. 2. Adakah ini membantu saya menjadi saksi Kristus dengan lebih efektif? Satu faktor penting untuk dipertimbangkan ialah kesan tatu pada kesaksian peribadi seseorang sebagai seorang Kristian. Orang Kristian dipanggil untuk dipisahkan daripada dunia dan menjalani kehidupan yang berkenan kepada Tuhan. Jika tatu boleh dilihat sebagai simbol pemberontakan atau mengabaikan ajaran Alkitab, ia berpotensi memburukkan kesaksian seseorang kepada orang yang tidak percaya. Selain itu, jika tatu menyinggung perasaan atau tidak sesuai, ia boleh menyebabkan orang Kristian yang lain tersandung dalam iman mereka. Orang Kristian harus mempertimbangkan kesan tatu pada kesaksian peribadi mereka dan samada tatu itu boleh menjejaskan hubungan mereka dengan orang bukan percaya dan hubungan mereka dengan anggota tubuh Kristus yang lain. Sekiranya anda mengetahui bahawa tatu anda membuatkan orang tidak mahu mendengar kesaksian anda mengenai Yesus, apa respon anda? Bapa saya, Rev. Daniel Raut, pernah menasihati saya seperti ini: “Ada orang yang akan menolak kamu dan kesaksian kamu sebelumpun mereka mendengar kesaksian kamu. Semua kerana penampilan kamu (memakai tatu) yang menjadi batu sandungan kepada mereka”. For the record, saya tidak memiliki tatu namun inilah jawapan dia mengenai orang kristian yang membuat tatu setelah mereka menjadi orang percaya. Soalan saya untuk anda, mahukah anda terlepas kesempatan untuk bersaksi mengenai Yesus kepada orang tersebut hanya kerana tatu anda? Ramai hamba-hamba Tuhan dan orang-orang Kristian yang lain dipakai Tuhan dengan luar biasa dalam kesaksian mereka tanpa mereka harus memakai tatupun. Seorang hamba Tuhan,Charles Spurgeon, berkata "Kita mesti sentiasa ingat bahawa tindakan kita, walaupun tindakan yang kelihatan tidak penting, boleh memberi kesan yang mendalam kepada orang di sekeliling kita." 3. Adakah saya memuliakan Tuhan dengan harta (kewangan) dan tubuh saya? Membuat tatu tidak murah. Ada tatu yang berharga ratusan dan ribuan! Saya ada seorang kawan (bukan kristian) yang memiliki sejumlah tatu dibadannya jika dihitung boleh membeli sebuah iphone 14! Sekiranya sebagai orang Kristian kita sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk tatu, adakah kita setia dalam pemberian persembahan, persepuluhan dan pelayanan kebajikan kita kepada Tuhan dan gerejaNya? Amsal 3:9 menuntut kita untuk memuliakan Tuhan dengan harta benda kita. Adakah kita lebih cenderung memuliakan diri kita sendiri atau memuliakan Tuhan? Semua itu dapat dilihat dari cara kita menggunakan wang kita. 4. Sudahkah saya meminta pandangan daripada ibubapa (sekiranya anda masih belajar), pastor atau pemimpin rohani saya? Saya tahu ada ramai anak muda tidak mahu meminta pandangan daripada ibubapa atau pemimpin rohani mereka kerana meraka sudah tahu apa jawapan yang akan mereka terima. Saya percaya Tuhan meletakan ibubapa, pastor dan pemimpin rohani diatas kita sebagai autoriti dari Tuhan yang menjaga kita daripada jatuh. Sekiranya kita enggan mendengar pendapat dan nasihat mereka, itu jelas menunjukkan ada roh pemberontakan dalam diri kita. Kesimpulannya, sebagai orang percaya, kita harus berdoa, memeriksa hati kita dan minta pendapat dari pemimpin rohani kita dan sahabat-sahabat Kristian kita yang lain sebelum membuat tatu. Kalau saya boleh simpulkan jawapan saya dalam 1 ayat, saya akan gunakan 1 Korintus 10:23 ”Segala sesuatu diperbolehkan.” Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna. ”Segala sesuatu diperbolehkan.” Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun. Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan bagi anda yang sedang dalam dilema dalam persoalan ini. Tuhan memberkati. Oleh Pr Wagner Daniel
- Stay Connected
Elder Ann Wan Kuan
- Hanya Tuhan Yang Boleh Menghilangkan Tekanan Di Marketplace.
“Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan. Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. Sebab kuk-Ku serba mudah, dan beban-Ku pun ringan." (Matius 11:28-30 AVB) Apabila kita berhadapan dengan tekanan di tempat pekerjaan (stress at work), apakah yang kita lakukan untuk menghilangkannya ? Apabila kita letih dan terbeban, apakah yang kita lakukan untuk de-stress? Mungkin ada yang menonton movie atau keluar makan atau sukan yang membantu kita berehat dan membuang tekanan. Semua yang di atas tidak salah, tetapi semua itu juga todak boleh menghilangkan tekanan secara 100%. Kita boleh tidur, dan merehatkan badan kita, tetapi kita tidak akan mendapat rehat dengan roh kita. Hanya satu yang boleh merehatkan roh kita - Tuhan. Hanya Dia yang boleh memberikan kita kedamaian dalaman yang akan menghilangkan tekanan kita 100%. Yesus mengatakan, “Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan” (Matius 11:28) Dia tidak mengatakan pergilah ke gereja. Dia tidak mengatakan pergilah ke kelompok sel. Dia tidak mengatakan pergilah ke kelas pemuridan. Apabila kita mengalami tekanan, hanya seorang sahaja yang memahami bagaimana untuk merehatkan jiwa kita. Di dalam situasi ini, kita memerlukan masa bersama dengan Tuhan. Yesus mengatakan ambilah Kuk ku. Konteksnya di dalam ayat ini ialah pekerjaan. Kuk untuk 2 ekor lembu adalah untuk membajak tanah. Adalah untuk bekerja. Dan apabila kita letih di dalam pekerjaan kita, Tuhan akan memikul beban kita. Jadi, jikalau Tuhan yang kita perlukan, mengapa tidak untuk kota meluangkan masa bersama dengan Tuhan setiap hari ? Tuhan menantikan untuk kita melakukan yang tersebut. Mari kita sama-sama cari kelegaan Tuhan. “Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu.” (Matius 6:6 AVB) Jikalau kita jarang meluangkan masa bersama dengan Tuhan, Yesus mencadangkan kita untuk mencari tempat yang sunyi dan masa yang tetap. Fokus kita akan berpindah daripada kita kepada Tuhan Kesimpulannya saudara, sebelum kita memulakan pekerjaan kita setiap hari, marilah kita mulakan dengan Postur bekerja bersama dengan Tuhan. Dia yang memikul beban kita. Dia yang mengajar kita. Dan jikalau kita lakukan ini, kita akan dapati, satu perbezaan yang luar biasa di tempat pekerjaan kita. Mari kita “the unforced rhythm of God’s Grace”. Mari kita belajar “Rentak Kasih Kurnia Tuhan di dalam hidup kita”. Mari kita cuba mulai lakukan ini. Amen.
- Perintah Tuhan dapat Dipercayai
Luk Kenen Ulun “...Perintah TUHAN dapat dipercayai, memberikan kebijaksanaan kepada orang yang memerlukannya.... Maz 19:8b Selain pemazmur berkatabahawa Firman Tuhan itu sempurna, pada masa yang sama juga pemazmur mengatakan bahawa perintah Tuhan itu dapat dipercayai. Perintah TUHAN itu dapat dipercayai bermaksud bahawa “Firman Tuhan itu betul-betul teguh dan tidak ada keraguan yang ada didalam kebenarannya sehingga kita dapat menghormati, mengandalkan dan merasa yakin dengannya. Oleh kerana perintah Tuhan itu sesungguhnya dapat dipercayai maka setiap orang yang menerimanya ke dalam hidupnya secara peribadi akan memperolehi kebijaksanaan daripadanya. Oleh itu terimalah perintah Tuhan itu ke dalam hidup kita pada saat ini. Sebab penguasaan kebenaran Firman Tuhan ke atas kehidupan kita secara peribadi akan menyebabkan kita menjadi seorang yang bijak dan memiliki pengertian ke atas segala perkara yang kita sedang kita lalui.. Oleh itu apakah anda ingin menjadi seorang yang bijak hari ini? Firman Tuhan menawarkan jalan untuk kita, untuk menjadi bijak dalam kehidupan ini, iaitu dengan membiarkan kebenaran Firman Tuhan terus menguasai seluruh kehidupan kita. Kebenaran Firman Tuhan akan membuat kita tahu apa yang perlu kita lakukan dan mengapa sesuatu itu kita lalui didalam kehidupan kita. Oleh itu kita harus sedar bahawa kita sangat memerlukan perintah Tuhan untuk membimbing hidup kita setiap hari ini. Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih ke atas perintahMu yang Engkau berikan kepada saya pada hari ini. Tuhan saya buka hati saya untuk FirmanMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie
- Prinsip Kepimpinan
Oleh Pr Helfidiana Paris
- Mengapa Pelayanan Di Marketplace Penting?
Yesus telah menyelamatkan kita dan kita dipanggil untuk melayani Tuhan sepenuh masa di dalam apa pun pekerjaan yang telah disediakan untuk kita. Markus 12:29-31 (AVB) 29 Yesus menjawab, "Yang terutama antara semua perintah ialah: 'Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. 30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.' Inilah perintah yang terutama. 31 Perintah yang kedua ialah: 'Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.' Tiada perintah lain yang lebih utama daripada dua perintah ini." Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk mencerminkan nilai ini di tempat pekerjaan kita, kita akan menjadi saluran kasih Tuhan kepada mereka-mereka yang di marketplace. Salah satu bahagian penting di dalam doa bapa yang diajar Yesus kepada kita ialah “Your Kingdom come, your will be done on earth as it is in heaven” Matius 6:9-10 (AVB) 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Sebahagian besar daripada hidup dewasa kita di bumi ini, ialah di marketplace. Jadi marketplace adalah salah satu tempat utama, dimana kerajaan Tuhan harus dinyatakan dan kehendak Tuhan dilaksanakan. Dan kita nyatakan kerajaan Allah ini, di 7 domain .. ABCDEFG Arts and Entertainment (Seni Dan Hiburan) Business (Perniagaan) Church and Religion (Agama dan Gereja) Digital Media (Media Digital) Education (Pendidikan) Family (Keluarga) Government (Kerajaan) Mengapa penting ? Sebab # 1 : Hampir semua orang yang tidak mengenali Yesus ada di marketplace. Hari ini, trend urbanisasi telah meningkat dengan begitu tinggi sekali. Kadar urbanisasi di Malaysia adalah lebih kurang 75%. Maksudnya kebanyakan daripada penduduk di Malaysia adalah dibandar. Marketplace adalah jantung bandar (the heart of the City) di mana perniagaan produk dan service dilakukan. Kadar kehadiran di gereja di dunia sekaranag ini menurun. Gen Z dan Millenials yang berkerja di Marketplace, tidak mahu pergi ke gereja. Berita baiknya, mereka yang tidak pergi ke gereja akan bangun setiap hari pergi ke tempat kerja bersama dengan rakan sepekerja orang-orang Kristian. Sebab # 2 : Hampir semua orang Kristian ada di Marketplace. Hampir semua orang Kristian meluangkan 60-70% daripada kehidupan bangunnya, di marketplace. Di Marketplace lah, kurnia-kurnia Tuhan boleh dipraktikkan. Di sinilah kasih yang berlimpah-limpah (extravagant love) boleh dilakukan (Matius 12:19-21) Sebab # 3: Pemuridan boleh berlaku di marketplace. Pemuridan boleh dilakukan di marketplace. Jemaat-jemaat gereja boleh didorong menjadi pelayan Tuhan Bi-Vocational. Pemuridan - untuk menjadi lebih seperti Yesus - yang boleh berlaku di mana-mana di Marketplace. (Discipleship Jesus style). Pemuridan boleh dilakukan bersama rakan sekerja, pelanggan, supplier, rakan-rakan dsb. Kesimpulannya, gereja harus juga memberikan penekanan pelayanan di Marketplace, jikalau ia mahu menjadi relevan di abad yang ke-21 ini.
- Taurat Tuhan itu Sempurna
“...Taurat TUHAN itu sempurna, menyegarkan jiwa.!... Maz 19:8a Pemazmur berkata bahawa Taurat TUHAN itu sempurna, yang memberikan erti Firman Tuhan itu utuh dan lengkap segalanya, tidak bercacat dan bercela. Oleh kerana Firman Tuhan itu adalah sempurna maka Firman Tuhan akan menyegarkan jiwa dengan kata: Ia akan menjadi hikmat bagi orang yang naif. Ia akan melindungi dan menjadikan seseorang itu bijaksana. Ia akan memberikan hikmat kepada orang yang tidak berpengalaman Ia akan memberikan seseorang itu kekuatan. Ia akan memulihkan jiwa seseorang. Sekiranya kita ingin jiwa kita disegarkan secara rohani maka Firman Tuhan merupakan ubot yang terbaik untuk kita hari ini. Sebab melalui kebenaran Firman Tuhan kita akan menjadi bijak cara rohani, didalam kita berfikir dan menentukan hal tuju hidup kita Dengan itu marilah kita membuka hati kita untuk Firman Tuhan bertakta, agar hidup kita disegarkan secara rohani, agar kita diberikan kebijaksanaan untuk berfikir dan memutuskan sesuatu didalam kehidupan. Ingat Kebenaran Firman Tuhan pasti boleh mengubah kehidupan kita menjadi seorang yang baik dan bernilai didunia ini. sekiranya kita rela memberikan hidup kita dikuasai olehnya. Doa: Bapa yang di surga, saya bukakan hati saya untuk kebenaran FirmanMu, kuasailah saya bentuklah saya sesuai dengan FirmanMU. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie
- Taat Dipimpin Roh Allah
Oleh Pr Helfidiana Paris












