top of page

Mengapa Pelayanan Di Marketplace Penting?


Yesus telah menyelamatkan kita dan kita dipanggil untuk melayani Tuhan sepenuh masa di dalam apa pun pekerjaan yang telah disediakan untuk kita.


Markus 12:29-31 (AVB) 29 Yesus menjawab, "Yang terutama antara semua perintah ialah: 'Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. 30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.' Inilah perintah yang terutama. 31 Perintah yang kedua ialah: 'Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.' Tiada perintah lain yang lebih utama daripada dua perintah ini."


Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk mencerminkan nilai ini di tempat pekerjaan kita, kita akan menjadi saluran kasih Tuhan kepada mereka-mereka yang di marketplace.


Salah satu bahagian penting di dalam doa bapa yang diajar Yesus kepada kita ialah “Your Kingdom come, your will be done on earth as it is in heaven”


Matius 6:9-10 (AVB) 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.


Sebahagian besar daripada hidup dewasa kita di bumi ini, ialah di marketplace. Jadi marketplace adalah salah satu tempat utama, dimana kerajaan Tuhan harus dinyatakan dan kehendak Tuhan dilaksanakan.


Dan kita nyatakan kerajaan Allah ini,  di 7 domain .. ABCDEFG

  • Arts and Entertainment (Seni Dan Hiburan)

  • Business (Perniagaan)

  • Church and Religion (Agama dan Gereja)

  • Digital Media (Media Digital)

  • Education (Pendidikan)

  • Family (Keluarga)

  • Government (Kerajaan)


Mengapa penting ? 


Sebab # 1 : Hampir semua orang yang tidak mengenali Yesus ada di marketplace. 


Hari ini, trend urbanisasi telah meningkat dengan begitu tinggi sekali. Kadar urbanisasi di Malaysia adalah lebih kurang 75%. Maksudnya kebanyakan daripada penduduk di Malaysia adalah dibandar. Marketplace adalah jantung bandar (the heart of the City) di mana perniagaan produk dan service dilakukan. 


Kadar kehadiran di gereja di dunia sekaranag ini menurun. Gen Z dan Millenials yang berkerja di Marketplace, tidak mahu pergi ke gereja. 


Berita baiknya, mereka yang tidak pergi ke gereja akan bangun setiap hari pergi ke tempat kerja bersama dengan rakan sepekerja orang-orang Kristian.


Sebab # 2 : Hampir semua orang Kristian ada di Marketplace. 


Hampir semua orang Kristian meluangkan 60-70% daripada kehidupan bangunnya, di marketplace. Di Marketplace lah, kurnia-kurnia Tuhan boleh dipraktikkan. Di sinilah kasih yang berlimpah-limpah (extravagant love) boleh dilakukan (Matius 12:19-21) 


Sebab # 3: Pemuridan boleh berlaku di marketplace. 


Pemuridan boleh dilakukan di marketplace. Jemaat-jemaat gereja boleh didorong menjadi pelayan Tuhan Bi-Vocational.  Pemuridan - untuk menjadi lebih seperti Yesus - yang boleh berlaku di mana-mana di Marketplace. (Discipleship Jesus style). Pemuridan boleh dilakukan bersama rakan sekerja, pelanggan, supplier, rakan-rakan dsb. 


Kesimpulannya, gereja harus juga memberikan penekanan pelayanan di Marketplace, jikalau ia mahu menjadi relevan di abad yang ke-21 ini. 

bottom of page