Support Us
Support Us
Cari
3261 results found with an empty search
- Tinggal Bersama sebelum Berkahwin membina Perkahwinan yang lebih kukuh?
Oleh Glen T. Stanton Ramai yang tersilap anggap bahawa bersekedudukan adalah cara berkesan untuk menguji kemungkinan suatu bakal perkahwinan akan berjaya. Tetapi adakah perbuatan bersekedudukan langkah bijak untuk pasangan yang inginkan perkahwinan yang sihat dan bertahan lama? Bersekedudukan – tinggal bersama tanpa berkahwin – telah menjadi lebih popular sejak enam dekad yang lalu. Sejak 1960, bilangan pasangan yang bersekedudukan telah meningkat hampir dua puluh kali ganda di Amerika Syarikat. Dua dekad yang lalu telah menyaksikan penambahan yang pesat, dengan peratus pasangan bersekedudukan bertambah kira-kira 50 peratus sejak pertengahan tahun 1990-an. Dari segi angka, ini adalah pertambahan lebih daripada dua kali ganda. Kini, lebih daripada 60 peratus perkahwinan adalah terdiri daripada orang yang pernah bersekedudukan dengan pasangan mereka atau dengan orang lain pada suatu masa dahulu. Kebanyakan orang tersilap percaya bahawa bersekedudukan adalah cara berkesan untuk menguji suatu bakal perkahwinan untuk menentukan sama ada pasangan itu serasi. Tetapi adakah bersekedudukan langkah bijak untuk pasangan yang inginkan perkahwinan yang sihat dan bertahan lama? Adakah ia ujian yang baik? Adakah ia membantu membina hubungan yang lebih kukuh dan sihat? Berita baik ialah kita tidak payah tertanya-tanya tentang jawaban kepada soalan-soalan penting ini. Banyak kajian yang berwibawa dalam bidang sains sosial dari universiti terkemuka di dunia telah menjawab soalan-soalan ini. Keputusannya muktamad. Kajian tersebut membenarkan kita belajar dari pengalaman berjuta-juta orang yang telah bersekedudukan tanpa berkahwin. Marilah kita meneliti soalan-soalan penting yang diajukan tentang bersekedudukan. Bukankah perkahwinan dan bersekedudukan pada asasnya adalah perkara yang sama iaitu seorang lelaki dan seorang wanita mengadakan perkongsian hidup? Para penyelidik memberitahu kita bahawa bersekedudukan tidak sama sekali dengan perkahwinan. Mereka adalah hubungan yang sangat berbeza. Malah, para penyelidik mendapati bahawa tingkah laku orang yang bersekedudukan cenderung menyerupai cara orang bujang hidup dan menangani hubungan mereka. Ahli sosiologi terkemuka, James Q. Wilson menjelaskan, “Para sarjana semakin menganggap bersekedudukan sebagai pengganti keadaan bujang dan bukan alternatif kepada perkahwinan.” Secara ringkasnya, pasangan yang bersekedudukan tidak berkelakuan seperti orang yang berkahwin. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa terdapat ketidaksamaan komitmen antara dua jenis hubungan ini yang mewujudkan perbezaan yang penting dan boleh dikesan. Walaupun pasangan mungkin serupa dari segi sosio-ekonomi, pasangan bersedudukan – berbanding dengan pasangan yang berkahwin – cenderung mempunyai: Hubungan yang kurang sihat dan tidak menentu. Kadar perpisahan lima kali ganda lebih tinggi. Dua hingga lima kali ganda lebih tinggi tahap keganasan fizikal dan penderaan emosi yang serius. Pengurangan perasaan bahagia dan keadilan dalam hubungan mereka. Dua hingga lapan kali ganda lebih tinggi kadar kecurangan seksual. Perkongsian kewangan yang kurang saksama. Kadar kelakuan berisiko yang jauh lebih tinggi, misalnya memandu secara merbahaya dan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Tambahan pula, kemungkinan kaum lelaki yang bersekedudukan membantu membuat kerja rumah tangga adalah lebih rendah. Bukankah tinggal bersama suatu ‘pandu uji’ yang bijak untuk bakal perkahwinan? Kamu tidak akan membeli sebuah kereta sebelum memandunya terlebih dahulu, bukan? Jadi, kenapakah anda mahu mengahwini seseorang tanpa melihat bagaimana anda berdua dapat hidup bersama? Ini nampaknya munasabah pada zahirnya, tetapi jawabannya bukanlah apa yang dijangka. Pakar sains sosial jarang mendapat kesimpulan yang begitu muktamad dan konsisten seperti yang dicapai tentang bersekedudukan iaitu ia berkait rapat dengan kemungkinan perceraian yang lebih tinggi. Mereka yang kahwin dengan pengalaman bersekedudukan mempunyai kemungkinan 50 hingga 80 peratus lebih tinggi bercerai, berbanding dengan pasangan berkahwin yang tidak pernah bersekedudukan. Hakikatnya, akibat paling konsisten yang ditunjukkan dalam kajian ialah kaitan antara bersekedudukan sebelum berkahwin dan peningkatan risiko perceraian yang mendadak. Keputusannya sama untuk pasangan yang bersekedudukan pada tahun 80-an, 90-an dan 2000-an, dan juga untuk pasangan yang bersekedudukan pada tahun 60-an dan 70-an. (Ada yang menyatakan bahawa pasangan yang bersekedudukan mempunyai lebih banyak masalah dalam hubungan dengan orang lain kerana stigma budaya. Ini bukanlah satu faktor kerana pada masa kini, hampir tiada stigma untuk mereka yang tinggal bersama tanpa berkahwin.) Suatu rencana yang diterbitkan di Journal of Marriage and Family telah meninjau banyak kajian tentang bersekedudukan serta kejayaan perkahwinan. Kesimpulannya: “Bertentangan dengan kepercayaan yang berleluasa, bersekedudukan secara amnya ada kaitan dengan kesudahan negatif dari segi kualiti dan kestabilan perkahwinan.” Adakah ‘memandu uji’ suatu bakal perkahwinan langkah yang bijak? Dua sarjana terkemuka di University of Denver telah membuat ringkasan tentang isu ini: “Kepercayaan bahawa bersekedudukan sebelum berkahwin mengurangkan kemungkinan perceraian tidak mempunyai apa-apa bukti; namun demikian, ia adalah kepercayaan yang dipegang dengan teguh.” Bukankah bersekedudukan lebih adil, memberikan lebih banyak pengaruh dan kebebasan kepada wanita daripada perkahwinan? Perkahwinan secara amnya memanfaatkan lelaki dan wanita dengan sama rata. Namun demikian, buku saya The Ring Makes All the Difference adalah salah satu sumber pertama yang menunjukkan bagaimana dan kenapa bersekedudukan cenderung menjejaskan kaum wanita dengan lebih mendalam daripada kaum lelaki. Seorang wanita yang berkahwin mempunyai kedudukan yang lebih kukuh dan berpengaruh dalam hubungannya daripada seorang teman wanita yang tinggal bersama. Marilah kita lihat beberapa sebabnya. Harapan palsu: Tidak kira kaum, etnik atau taraf sosio-ekonomi, wanita secara konsisten lebih berkemungkinan percaya bahawa hubungan bersekedudukan adalah langkah menuju perkahwinan. Para lelaki lebih berkemungkinan hanya bersuka ria dan mereka puas hati mengekalkan keadaan sedemikian. Ini bermakna kaum wanita adalah pihak yang mengimpikan sesuatu yang besar kemungkinannya tidak akan berlaku. Komitmen yang tidak sama: Kajian mendapati lelaki yang bersekedudukan kurang komited terhadap hubungan dengan pasangannya sebelum dan selepas perkahwinan, berbanding dengan wanita. Keadaan ini lebih jarang wujud untuk lelaki yang tidak pernah bersekedudukan. Pengkaji University of Denver yang disebutkan di atas memberi amaran, “Wanita mungkin berada dalam keadaan merugikan dari segi kuasa dalam hubungan sebab merekalah yang lebih komited.” Mereka menjelaskan, “Lelaki yang bersekedudukan dengan isteri sebelum berkahwin, secara amnya kurang sikap dedikasi terhadap isteri, walaupun selepas perkahwinan.” Para wanita sekalian, sekiranya anda inginkan suami yang kurang komited, bersekedudukan dengannya sebelum berkahwin adalah salah satu cara yang paling baik untuk mencapai matlamat tersebut. Lebih kuasa untuk lelaki: Walaupun lelaki kurang komited kepada hubungan dan kurang minat berkahwin, dia “mempunyai lebih banyak kuasa untuk menentukan sama ada hubungan tersebut bertukar menjadi perkahwinan,” jelaskan pengkaji-pengkaji dari Bowling Green University di Bowling Green, Ohio. Wanita adalah pihak yang terpaksa bermimpi tentang hari kedatangan cincin pertunangan. Oleh itu, bersekedudukan dengan seseorang adalah cara yang sangat berkesan untuk meningkatkan kemungkinan mendapat pasangan yang: Kurang komited terhadap perkahwinan anda. Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang kurang sihat. Kemungkinan yang lebih tinggi berlaku curang. Kemungkinan yang lebih rendah menyokong anda dari segi praktikal dan emosi. Pada keseluruhannya, lebih bersikap negatif dalam hubungan. Berkelakuan ganas terhadap anda. Kurang adil dalam perkongsian membuat kerja rumah tangga. Tetapi jika anda ingin mengelakkan gejala buruk tersebut dan mempunyai perkahwinan yang lebih bahagia dan stabil, anda harus menolak bersekedudukan. Soalan dan Jawaban: Tinggal bersama sebelum berkahwin Soalan: Adakah tinggal bersama sebelum berkahwin ujian yang bagus untuk keserasian pasangan? Teman lelaki dan saya berasal dari keluarga yang berpecah belah, dan kami mahu memastikan bahawa hubungan kami tidak akan berakhir dengan perceraian seperti hubungan ibu bapa. Jawaban: Banyak pasangan yang berniat baik percaya bahawa tinggal bersama sebelum berkahwin adalah cara yang baik untuk mengetahui sama ada mereka boleh membina perkahwinan yang teguh. Gerak hati kita seolah-olah menyatakan bahawa ‘pandu uji’ akan memberi semua maklumat yang perlu untuk meramalkan sama ada perkahwinan akan berjaya atau gagal. Malangnya, keadaan sebaliknya yang ditunjukkan bila fakta diteliti. Kajian terbaik menunjukkan bahawa pasangan yang tinggal bersama sebelum berkahwin mempunyai kadar perceraian 50 peratus lebih tinggi dari mereka yang tidak bersekedudukan. Pasangan sedemikian juga mempunyai kadar keganasan domestik yang lebih tinggi dan lebih berkemungkinan terjebak dalam hubungan sulit. Jika terdapat kehamilan dalam pasangan bersekedudukan, lelaki berkebarangkalian lebih tinggi akan meninggalkan hubungan tersebut dalam tempoh dua tahun, meninggalkan seorang ibu tunggal yang terpaksa membesarkan anak tanpa ayah. Pilihan yang lebih baik ialah kaunseling sebelum perkahwinan. Cara terbaik menguji keserasian anda untuk berkahwin ialah berpacaran sekurang-kurangnya setahun sebelum pertunangan. Pada masa yang sama, anda harus mengambil bahagian dalam program kaunseling yang berstruktur yang mempunyai unsur ujian psikologi. Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.
- Hanya Engkau yang Aku Miliki
“...Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, Engkau memberi aku segala keperluanku; nyawaku ada di dalam tangan-Mu... Mazmur 16:5 Pemazmur dengan bangganya menyatakan tentang keyakinan yang dia miliki didalam Tuhan dia berkata “…TUHAN, sahaja yang dia miliki; Dia seluruh kebanggaannya serta kepuasannya hanya ada di dalam Allah, sebab Dia memberikan segala yang dia perlukan. Dengan itu dia menyerahkan seluruh nasib hidupnya ke dalam tangan Tuhan, sebab hal ini merupakan sukacita bagi dirinya. Dia memilih Tuhan sebagai bahagian dan sukacita hidupnya kerana didalamNya dia menemui kepuasan bagi hidupnya. Ingat orang yang tidak menjadikan Tuhan memilik hidupnya secara peribadi akan menyebabkan dirinya kehilangan perkara yang kekal. Sebab memiliki Allah sebagai bahagian dan sukacitanya akan menyebabkan dirinya dalam jagaan Tuhan. Oleh itu apakah anda memilih Tuhan sebagai bahagian warisan hidup anda hari ini? Mengapa anda tidak berbuat demikian untuk diri anda? apakah anda takut untuk mempertaruhkan masa depan hidup dan harapan anda di dunia ini. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memujiMu kerana dalam Engkau hati saya tenang dan aman, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie
- Puq Ayam + Doa 'Bapa Kami' oleh Malaysian Worship Collective
Puq Ayam is an expression of love spoken by Kelabit elders over their children, grandchildren or great grandchildren, accompanied by the gentle gesture of stroking their heads or shoulders. This expression is especially used when the younger ones have been away for a long time. As we thought about this in relation to The Lord’s Prayer, it brought a fresh revelation to us that when we pray, we are not trying to reach an Almighty God who is far away from us. In fact, we are simply responding to our Heavenly Father who takes great delight in us and rejoices over us with singing (Zephaniah 3:17). We hope that you will be blessed by Puq Ayam + Doa ‘Bapa Kami’. PUQ AYAM Written by Hezekiah Asim © 2016 Hezekiah Asim https://youtu.be/VMCKNNHLitE DOA 'BAPA KAMI' Written by Juwita Suwito Lyrics from Alkitab Versi Borneo © 2015 Borneo Sabda Limited © 2020 Four Forty Records https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc Executive Producer: Gina Yap Lai Yoong Producer: Juwita Suwito Sape: Anderson Kalang Bass: Icco Elnoel Pads & Piano: Alena Tan Percussive Instruments: Alena Tan & Elisha Tiga Acoustic Guitar: Elisha Tiga Electric Guitar: Marcus Leong Vocals: Juwita Suwito Recording Engineer (Vocals): Keith Yong Mixing Engineer: Elisha Tiga Illustrations & Lyric Video: Gina Yap Lai Yoong ℗ 2020 Four Forty Records The Malaysian Worship Collective seeks to light up Malaysia with heart songs of the land. We also resource online conferences and events with skillful yet anointed and uniquely-Malaysian worship teams. Do contact us at worship@fourfortyrecords.com if you would like to use this song and/or video in your ministry. #MYWorshipCollective#LoveMalaysia#MalaysianMusic Lyrics (from Matius 6:9-13 AVB) "Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Berilah kami makanan untuk hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin."
- Kesaksian Madeline
Saya dididik oleh ibubapa saya mengenali dan mengamal agama saya. Saya tidak pernah meragui atau menyoal ajaran agama saya yang telah diajar semenjak kecil lagi. Tetapi pada suatu hari semasa saya menuntut diuniversiti, seorang rakan kuliah saya yang beragama Kristian bertanya soalan ini kepada saya, " Jika kamu mati sebentar lagi, tahukah kamu samada kamu akan ke syurga atau neraka?" Saya tersentak dengan soalan ini kerana tiada siapa pun pernah menyoal saya mengenai perkara ini. Namun demikian saya cuba juga menjawap soalannya. Jawapan saya kepada soalan itu adalah "Saya tidak tahu. Kewajipan saya adalah memenuhi semua amalan dalam agama saya dengan harapan Tuhan akan menerimanya dan apabila saya mati saya harap segala amalan ini akan menyelamat saya dari api neraka". Rakan saya seterusnya berkata "Bagi orang Kristian, kami tahu bahawa bila kami mati kelak kami akan ke syurga." Saya terdiam mendengar jawapannya. Dalam hati saya berfikir betapa bongkaknya rakan saya ini. Semenjak perbualan kami itu saya sering kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya itu. Apa yang menyebabkan orang Kristian begitu pasti mengenai nasib mereka di akhirat nanti? Soalan inilah yang mendorong saya untuk membaca kitab Injil. Setelah membaca kitab Injil, dua perkara yang menarik perhatian saya adalah: (1) Roma 3:23-25 AVB “Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus. Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.” Jelas dari ayat ini, manusia diselamatkan oleh iman kita kepada Yesus Kristus. Ini bukan merupakan hasil usaha kita melainkan berkat Allah. Dengan ini tiada siapa pun boleh memegahkan diri mereka dengan amalan mereka. Kita semua tiada perbezaan dihadapan Tuhan yang Maha Kuasa dan Adil kerana Yesus yang telah menebus segala dosa kita. Saya sedar setelah membaca ayat ini bahawa manusia tidak dapat menyelamatkan diri mereka daripada dosa kerana memang sifat manusia—kita tidak dapat mencapai tahap kesucian tanpa satu dosa pun. Oleh kerana itulah Yesus disalib kerana hanya dengan kematiannya dosa manusia dapat ditebus. (2) Matius 23:25-26 AVB “Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu. Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.” Disini jelas Yesus membenci sifat hipokrit didalam amalan agama. Saya tahu melalui pengalaman saya sendiri betapa senangnya untuk sembahyang berkali-kali, berpuasa tetapi dalam hati saya penuh dengan perasaan hasad dengki terhadap orang lain dan dibelakang orang saya mencaci atau bercakap buruk mengenai mereka. Saya sedar setelah membaca ayat ini betapa benarnya apa Yesus berkata mengenai sifat manusia yang semulajadi. Oleh kerana sifat manusia ini yang tidak pernah jauh dari dosa—sebab itulah manusia tidak ada keupayaan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri daripada bala api neraka. Dan hanya dengan kematian Yesus dosa manusia dapat ditebus. Allah telah memberi manusia penyelesaian kepada dilema manusia. Kita hanya perlu percaya dan menerima hakikat bahawa Yesus Krisyus lah jalan pengampunan dosa kita kerana tanpanya kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri. Setelah memikirkan semua yang telah saya baca dalam kitab Injil, saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Kristian. Semenjak hari itu, saya tidak pernah kesal dengan keputusan ini.
- Engkaulah Tuhanku
“...Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku; tiada yang baik bagiku selain Engkau.” Mazmur 16:2 Pemazmur membuat pengakuannya bahawa Dia adalah Tuhan bagi hidupnya dan setiap yang baik yang ada padanya adalah datang daripadaNya. Tidak ada pertolongan yang lain yang dapat dia harapkan selain pertolonganNya." Mazmur ini mengungkapkan tentang iman pemazmur terhadap Allah. dimana imannya sentiasa menyadarkan dirinya akan kebenaran kehidupan ini. iman pemazmur dinyatakan di dalam kepuasannya terhadap Allah (Mzm 16:2,5). Dia meletakkan seluruh keyakinan hidupnya hanya didalam Allah (Mazm 16:1), betapa baiknya hidup dengan orang yang setia kepada Allah (Mazm 16:2), kasih sayang diantara umat Allah sangat indah. Oleh itu bagaimana dengan diri anda pada hari ini? siapakah Tuhan bagi hidup anda setiap hari? Apakah Dia Tuhan bagi hidup anda dan pengharapan hidup anda? Sebab bagi pemazmur tidak ada yang lain tempat bagi dirinya untuk meletakkan pengharapan dan pertolongannya. Doa: Bapa yang di surga, saya bersyukur kerana memilikiMu dalam hidup saya, hanya dalamMu saya meletakkan seluruh hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin Pr. Patrick Taie
- Walau Ku Lewati Lembah - Joanna Joseph (Official Video)
Produced by: GoSing Ministries (GoSing Music) Co-Producer: Patrick Leong (Oops Asia) Written by Rhemedy Anthony & Joanna Joseph Sung by: Joanna Joseph Main Vocals produced by: Patrick Leong & Alejandro Tingzon Jr Jun Backing Vocals: Patrick Leong Backing Vocals Recorded by: Ben Tio Jamincity Music Music Arrangement by: Alejandro Tingzon Jr Jun Mix & Mastered by: Alejandro Tingzon Jr Jun Single Release Sponsored by: Jenny Liew Music Video by: Chan Mei Yee LYRICS Verse 1 Kau Tuhan tak pernah tinggalkanku Tak pernah sedetik pun Kau lupakanku Kau ada dalamku Verse 2 JanjiMu Menerangi langkahku Meluruskan jalanku Kau s'lalu setia Ku mau mengikutiMu Chorus Walau ku lewati lembah Ku takkan takut Ker'na Kau besertaku S'karang sampai selamanya Ku pegang janjiMu (repeat) Instrumental backing vocal interlude: Tuhan peganglah tanganku GOSING MUSIC © 2022
- Syarat untuk Diam di Rumah Tuhan
“...Mazmur Daud. Ya TUHAN, siapakah yang boleh menumpang di Rumah-Mu? Siapakah yang boleh tinggal di Sion, bukit-Mu yang suci itu? Mazmur 15:1 Mazmur ini mengkemukakan pertanyaan dan jawaban tentang siapakah yang boleh pergi berlindung dan berdiam didalam rumah-Mu di bukit-Mu yang suci?. Dan syarat untuk melayakkan seorang dapat diam didalam rumah Tuhan. Pada zaman Musa khemah didirikan di padang gurun, sederhana dan dapat berpindah-pindah ke satu tempat ke satu tempat. Didalam khemah Allah akan menyatakan diri-Nya dan bertemu dengan umat-Nya. Oleh itu pemazmur memberikan pertanyaan tentang “siapakah yang dapat tinggal di dalam Kemah kudus-Nya? Siapa yang dapat tinggal di gunung kudus-Nya? Lalu pemazmur menyenaraikan mutu kehidupan seseorang yang layak diam didalamNya Pertama dia harus berusaha keras untuk memiliki mutu moral yang tidak bercela dalam kehidupan pernikahan, keluarga, sosial, mahupun pribadinya (Maz 15:2). Kedua, dia harus menegakkan keadilan dan tidak mengambil untung dari pihak yang lemah (Maz 15:2,3,5). dia harus memberikan keadilan bukan mencari keadilan. Ketiga, dia harus jujur dalam perkataan tanpa syarat dan menggunakan mulut bibirnya untuk membangun orang lain, bukan untuk menjatuhkannya. Pemazmur ingin menunjukkan kepada kita jalan untuk melayakkan kita berada didalam rumahNya yang kudus. apa yang harus kita lakukan, hal ini meyakinkan kita bahawa jika kita ingin berbahagia kita harus hidup kudus dan jujur. Apakah anda mahu berada dalam hadiratNya pada hari ini? marilah kita menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Tuhan dalam perbuatan, perkataan dan pemikiran kita. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu sekiranya saya berdosa ampuni dan sucikan saya Tuhan, agar saya layak masuk dalam hadiratMu didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie
- Orang Jahat Ketakutan
“...Orang jahat akan ketakutan, kerana Allah menolong orang yang taat kepada-Nya...” Mazmur 14:5 Pemazmur berkata bahawa orang jahat mengalami ketakutan karena Allah bersama dengan orang yang melakukan yang benar. Walaupun orang jahat mencoba untuk menghilangkan pengharapan orang miskin tetapi TUHAN akan melindungi mereka. Mengapa orang jahat dikatakan dalam “ketakutan”? mereka berada didalam ketakutan yang besar kerana sebab-sebab yang berikut: sebab Allah ada bersama dengan keturunan orang yang benar sebab Allah melindungi orang yang taat kepada-Nya. Sebab Allah menyertai orang-orang yang mengasihi Dia. sebab Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan yang benar. Oleh kerana hal inilah maka orang jahat sentiasa didalam ketakutan kerana mereka tahu bahawa orang yang benar tidak bersendirian tetapi Allah sentiasa beserta dengan mereka walaupun jumlah mereka sedikit. Oleh itu orang yang hidup benar dan taat kepada Tuhan tidak perlu takut dengan ancaman orang-orang jahat, sebab Tuhan yang melindungi dan bertindak bagi pihak kita. Dengan itu berserahlah sepenuhnya kepada Tuhan. Kita harus meletakkan seluruh keyakinan kita kepada Allah, sebab dalam Dia kita aman dan selamat, sebab dalam segala perkara Dia yang bertindak bagi kita Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih kepadaMu kerana janji dan kasihMu kepada saya. Ajar saya untuk berserah kepadaMu dalam segala perkara, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie
- Orang Bodoh Berkata Dalam Hati..
“...Orang bodoh berkata dalam hati, “Tidak ada Allah.” Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji; tidak seorang pun melakukan yang baik....” Mazmur 14:1 Pemazmur berkata bahawa orang bodoh berkata didalam hatinya “…Tidak ada Allah…". mereka berkata demikian oleh kerana “….hati mereka sudah rosak kerana dosa yang berkuasa didalam hidup mereka…” Orang bodoh merujuk kepada orang yang hidup menurut keinginan dosa, mereka tahu hal itu benar tetapi tetap tidak mahu melakukannya, demikian juga dengan hal yang jahat, mereka tahu bahawa hal itu jahat tetapi mereka tetap juga melakukannya. Orang yang berkata “…Tidak ada Allah…" adalah orang bodoh. Oleh kerana kebodohan mereka maka mereka menjadi bebal dan tidak bijak, sehingga mereka sanggup untuk menyangkal keberadaan Tuhan didalam hidup mereka. Orang yang bijak dan waras tidak akan berkata, “Tidak ada Allah,” malah mereka mengakui bahawa Tuhan adalah pencipta atau yang menjadikan segalanya. Hanya orang yang bodoh sahaja yang berkata “tidak ada Tuhan”. Orang yang menyangkal “kewujudan Tuhan” dipanggil orang “atheis”. golongan ini tidak percaya adanya Tuhan, “Tidak ada Elohim, tidak ada Hakim atau Penguasa dunia, tidak ada pemeliharaan ilahi yang mengatur urusan-urusan manusia. Bagaimana dengan diri kita pada saat ini? apakah kita percaya ada Tuhan atau sebaliknya? Segalanya terserah kepada diri kita untuk memutuskannya. Doa: Bapa yang di surga, saya ampuni saya kiranya saya menyangkal keberadaanMu, besihkan dan sucikan saya agar saya layak berada didalam hadiratMua, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie
- Janji TUHAN Teguh dan Dapat Dipercayai
“...Janji TUHAN teguh dan dapat dipercayai; seperti perak yang dimurnikan berkali-kali di dalam api.....” Mazmur 12:7 Keadaan hidup masyarakat yang ada di sekeliling pemazmur pada saat ini memang sangat parah, cara hidup mereka yang jahat, tidak lagi memalukan mereka bahkan menjadi sesuatu kebanggaan mereka. Oleh kerana keadaan hidup masyarakat yang disekeliling Pemazmur, maka dia dengan yakin berkata “…Janji TUHAN teguh dan dapat dipercayai”. Hal ini bererti bahawa janji TUHAN itu pasti, tidak ada kata-kata-Nya yang sia-sia; semua yang diucapkan-Nya adalah kebenaran yang mutlak, seperti perak yang telah dimurnikan tujuh kali. Janji Tuhan itu pasti bagaikan “perak yang dimurnikan berkali-kali di dalam api” bermakna kata-kata Allah sendiri itu benar murni telah teruji dan mengandung janji-janji yang membangun dan bermutu. Dengan itu Pemazmur mendasari kehidupannya pada keyakinannya kepada firman Tuhan, ketika melihat keadaan hidup masyarakat yang ada di sekelilingnya yang penuh dusta dan kecurangan. Pemazmur berkeyakinan hanya pada janji Tuhan. Sebab janji TUHAN adalah janji yang murni seperti perak murni yang diuji di dalam api yang bererti bagaikan perak yang dimurnikan dalam perapian tanah, dimurnikan sampai tujuh kali. Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah yang menjadi keyakinan anda didalam keadaan yang tidak menentu hari ini, apakah anda masih meletakkan keyakinan anda pada janji Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu dan berterima kasih kepadaMu atas janjMu yang tidak pernah berubah terhadap hidup saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie
- Cray Maxwell, Roysten - BERSINAR (Official Video)
#Bersinar #CrayMaxwell #Roysten #Sabah #Malaysia Visi lagu ini ialah untuk menginspirasi generasi muda khususnya di Malaysia untuk bangkit & bersinar didalam apa saja bidang yang mereka ceburi. Supaya generasi muda tidak mudah mengaku kalah & terus mengapai mimpi & impian mereka. #WaktumuBersinar! 'Bersinar' is now available on all your favorite music streaming platforms! https://open.spotify.com/track/5W4ShsgZzSKEtYI7oRxXrr?si=a0d6bbbbea964d5e BERSINAR (2021) Written by: Cray Maxwell & Roysten Director & Editor: Cray Maxwell @craymaxwell Executive Producer: Pei Shih @shihwen Producing, Mixing, Mastering: Roysten Lapongan @roy_mcytm Music Video Production: iyeeaann @iyeeaann Nelton J @nelton.jo Crew : Loyis Uding @loyizerreogidni Jelcyie Sutin @js.cieee Sylvester Vicky @sylvestervicky98 Jeffrey Entuni @jefferyyie05
- Tanda-tanda Penderaan Emosi
Oleh Mark A. Mayfield Terdapat perbezaan yang ketara antara interaksi yang tidak sihat dan penderaan secara lisan atau emosi. Pasangan suami isteri perlu faham dan mengenali perbezaan tersebut. Apakah tanda-tanda penderaan? Isteri saya, Sarah, dan saya berada di dapur pangsapuri kami yang seluas 800 kaki persegi. Saya sedang bersiap untuk pergi kerja apabila dia bertanya tentang jadual saya untuk hari itu. “Betul ke? Saya telah memberitahu anda jadual saya semalam!” saya mengherdik. Ketika itu, saya dan Sarah baru berkahwin selama 10 bulan dan dikurniakan cahaya mata. Saya sedang menangani dua pekerjaan di samping belajar di beberapa kelas seminari. Tekanan, malam tanpa tidur dan kekurangan komunikasi yang sihat mengakibatkan persekitaran yang tegang. Kami tidak sering bergaduh, tetapi apabila kami melakukannya, ia adalah perang habis-habisan. Pagi itu saya membentak kerana saya telah berasa diketepikan, diabaikan dan tidak penting, tetapi apa yang diharapkan saya tidak realistik. Sarah tidak ingat perbualan kami dari malam sebelumnya kerana kurang tidur dan kabut mental kerana menjaga bayi yang baru lahir. Walaupun reaksi saya adalah tidak bertimbang rasa, defensif dan negatif, ia tidak bersifat mendera. Pada petang itu saya mengenali perkara yang mencetuskan reaksi saya dan menyedari betapa buruknya saya mengendalikan situasi itu. Saya mengakui kelakuan saya dan meminta maaf kepada Sarah. Orang sering bertanya kepada saya, “Bilakah corak komunikasi negatif menjadi penderaan?” dan “Bagaimanakah anda mengenali tanda-tanda penderaan emosi dan secara lisan dalam perkahwinan?” Ramai orang menunjukkan gaya komunikasi yang lemah yang tidak boleh diterima, dan kaunseling boleh membantu. Tetapi terdapat perbezaan yang jelas antara komunikasi yang tidak sihat dan penderaan. Pertengkaran atau perselisihan faham boleh menyebabkan orang berasa sedih, tetapi itu tidak semestinya penderaan. Sebaliknya, seorang pasangan mungkin menunjukkan kecenderungan untuk mendera, tetap pasangan yang lain boleh menganggap atau memaafkannya sebagai sebahagian daripada pertengkaran atau perselisihan faham. Pasangan suami isteri perlu mengenali dan memahami perbezaan tersebut. Mari kita lihat apakah penderaan emosi dan secara lisan: Tanda-tanda penderaan lisan Para kaunselor sering menggunakan istilah penderaan emosi dan lisan untuk menggambarkan hubungan yang berunsur penderaan yang tidak melibatkan kecederaan fizikal. Ramai orang menggunakan istilah-istilah tersebut secara bergantian. Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut, saya biasanya menganggap penderaan lisan sebagai sebahagian penderaan emosi kerana penderaan secara lisan (misalnya, panggilan nama yang menjatuhkan martabat seseorang dan cakap-cakap yang merendahkan maruah) menjejaskan emosi secara mendalam. Berikut adalah beberapa contoh penderaan lisan: • Ugutan secara lisan: “Jika anda tidak melakukan ………… untuk saya, saya akan pastikan hidup anda sengsara, (nama yang merendahkan maruah) bodoh.” • Sifat agresif secara lisan: “Apa yang kamu katakan? Ingat apa yang berlaku lepas awak cakap macam tu?” • Penghinaan secara lisan : “Wah! Itu benar-benar bodoh. Apa yang awak fikirkan? Oh tunggu! Awak memang tidak berfikir.” Ini adalah panggilan nama yang menjatuhkan martabat seseorang dan sering berlaku di khalayak ramai atau di hadapan keluarga. Dalam hubungan yang berunsur penderaan yang teruk, interaksi pasangan boleh menjadi lebih jelas. Apabila seorang suami memanipulasi isterinya dengan intimidasi lisan, sifat agresif dan penghinaan, dia memperkecilkan identiti, tujuan, harga diri dan maruah isteri. Jenis penderaan ini mungkin berkembang secara halus dari semasa ke semasa dengan tingkah laku seperti menyalahkan, memalukan, sindiran sengit, sabotaj, penghinaan dan panggilan nama yang merendahkan maruah. Si suami boleh mengancam keselamatan isteri, mengasingkannya atau enggan berpuas hati dengan apa sahaja yang dikatakan atau dilakukannya. Sudah tentu, isteri juga boleh menjadi pendera dalam hubungan itu juga. Penderaan lisan boleh menjadi terang-terangan dan agresif, dicirikan dengan menjerit atau membuat ugutan. Atau ia boleh berlaku secara halus, menghasilkan satu bentuk manipulasi yang dipanggil gaslighting (lihat berikutnya). Tanda-tanda penderaan emosi Walaupun penderaan emosi dan lisan berjalan seiring, beberapa tanda amaran hubungan yang berunsur penderaan emosi adalah jika pasangan anda: • Menggunakan sindiran untuk menyakiti anda. Dalam hubungan yang berunsur penderaan emosi, pasangan akan menggunakan sindiran untuk merendahkan, menghina dan mengkritik tetapi menyamarkannya sebagai “bergurau”. • Berkeras ingin tahu lokasi anda 24 jam setiap hari. Terdapat perbezaan antara mengetahui di mana pasangan anda berada dan menguruskan secara terperinci setiap pergerakannya. Saya dan Sarah sering menghantar mesej teks untuk kekal berhubung, tetapi masa itu kami melampaui batas. Kini kami menggunakan aplikasi telefon pintar yang menjejaki lokasi hanya untuk memastikan pasangan selamat. • Fokus pada kelemahan dan memperkecilkan pencapaian. Makanan tidak pernah dimasak dengan betul, tuala tidak dilipat dengan betul, rumah tidak pernah cukup bersih, anda tidak pernah mendapat gaji yang cukup. Tidak ada yang cukup baik. Apabila anda mencapai sesuatu, ia akan segera diketepikan, diperkecilkan atau diabaikan. Tuduhan bahawa anda tidak pernah melakukan apa-apa yang betul adalah ciri perhubungan yang menderakan emosi. • Enggan memberi benda yang baik untuk menghukum anda. Dalam perkahwinan yang sihat, seorang pasangan tidak menghukum yang lain dengan keengganan memberi atau menggunakan kasih sayang, seks atau wang sebagai alat tawar-menawar. Sudah tentu, ia tidak bermakna pasangan tidak bergelut dengan perbezaan dalam bidang ini. • Berubah dari panas ke sejuk tanpa sebab. Jika pasangan anda mengalami perubahan ‘angin’ yang ketara dan tidak mengalami gangguan bipolar, dia mungkin seorang pendera. Anda mungkin menggambarkan tingkah lakunya sebagai watak Jekyll–and–Hyde iaitu kadangkala berkelakuan baik dan kadangkala buruk. Selain dari tindakan dan komunikasi pasangan anda, tingkah laku dan emosi anda sendiri boleh menunjukkan bahawa anda berada dalam hubungan yang berunsur penderaaan emosi: Anda sangat berhati-hati untuk mengelakkan konflik. Anda cuba untuk tidak menimbulkan masalah atau mencipta masalah. Tingkah laku anda mungkin kelihatan baik, berbelas kasihan dan bertimbang rasa dari luar, tetapi anda mengorbankan keperluan dan identiti anda sendiri untuk mengelak menyusahkan pasangan anda. Anda meminta maaf walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Pembelajaran bagaimana mengakui kesilapan dan meminta maaf adalah kunci kepada perkahwinan yang sihat. Tetapi dalam perkahwinan yang bersifat penderaan, ia adalah berat sebelah. Selalunya, anda yang meminta maaf untuk segala-galanya, walaupun anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Anda berasa kasihan kepada pasangan walaupun dia menyakiti anda. Jika anda mengenali dan bersetuju dengan perkara ini, tetapi masih memberi alasan dan mempertahankan kelakuan pasangan, anda mungkin berada dalam perkahwinan yang berunsur penderaan. Perasaan kasihan terhadap pasangan anda adalah gejala yang sukar untuk difahami dan diproses. Tanda-tanda penderaan emosi yang halus Walaupun penderaan emosi yang terang-terangan mudah dikenali, sesetengah tingkah laku penderaan sukar dikesan. Satu jenis penderaan emosi yang halus dikenali sebagai gaslighting. Ini adalah apabila seseorang memanipulasi orang lain untuk mempersoalkan kewarasannya sendiri. Berikut adalah beberapa tanda gaslighting: • Pasangan anda memberi kasih sayang tetapi kemudian tiba-tiba menarik baliknya. • Pasangan anda menegaskan perkara tidak berlaku seperti yang anda lihat, dan dia sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza tentang realiti. • Pasangan mengaitkan motif tindakan anda dengan perkara yang bertentangan dengan niat anda. • Anda cuba untuk menjelaskan perasaan anda, tetapi pasangan anda meremehkan dan menyalahkan anda kerana bertindak balas secara berlebihan. • Anda mempersoalkan kepercayaan dan pendapat anda. • Anda menyunting setiap perkataan sebelum anda bercakap, menukar apa-apa yang mungkin disalah ertikan oleh pasangan anda. • Hubungan anda mengalami ketidakseimbangan kuasa: Pasangan anda membuat semua keputusan dalam hubungan itu. • Kebanyakan interaksi membuatkan anda berasa tidak penting atau malu. Ini bukan senarai yang lengkap, dan sebenarnya, gaslighting mungkin sukar untuk dikenali. Contohnya, dalam perhubungan yang bersifat penderaan, anda mungkin sering meminta maaf tanpa mengetahui apa kesalahan anda. Tetapi apabila pasangan yang menganiaya sedang melakukan gaslighting, dia akan memutarbelitkan situasi untuk menjadikannya kelihatan seperti itu salah anda. Anda tidak sedar anda sedang dimanipulasi sehingga boleh mendapatkan perspektif yang betul tentang masalah anda. Sila dapatkan bantuan profesional jika anda atau seseorang yang anda kenali berada hubungan yang disyaki berunsur gaslighting. Dapatkan bantuan untuk sebarang penderaan Kami sering menilai pelbagai jenis penderaan mengikut tahap keselamatan atau keterukan tetapi kadangkala memandang remeh penderaan yang bukan fizikal. Sebarang bentuk penderaan – sama ada fizikal, emosi atau lisan – tidak boleh dipandang ringan. Jangan gunakan artikel ini sebagai senarai diagnostik untuk membantu anda menyifatkan pasangan anda sebagai pendera jika dia hanya bergelut dengan komunikasi atau penyelesaian konflik. Gunakannya untuk membantu anda mengenal pasti sama ada anda atau seseorang yang dikenali berada dalam perkahwinan yang berunsur penderaan emosi atau lisan dan memerlukan sokongan. Sokongan boleh datang daripada mentor, rakan, kaunselor bertauliah atau kumpulan sokongan individu yang sedang pulih daripada situasi penderaan yang serupa. Jika tingkah laku pasangan anda bertambah buruk dan anda mula berasa tidak selamat secara fizikal, pertimbangkanlah semua pilihan anda untuk memastikan keselamatan anda. Tanya kaunselor tentang sumber di kawasan anda. Rujuk kepada ahli terapi bertauliah untuk membantu anda menilai keadaan. Dapatkan sokongan dan keselamatan untuk membantu menamatkan kitaran penderaan dalam perkahwinan anda. © 2019 Mark Mayfield. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.












