top of page

Cari

3261 results found with an empty search

  • Bergantung Kepada Kasih-Mu yang Abadi

    “...Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi; aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku. Aku akan menyanyi untuk TUHAN, kerana Dia telah berbuat baik kepadaku.....” Mazmur 13:6 Dalam keadaan yang tidak menentu Pemazmur tetap bergantung penuh pada kasih Tuhan yang abadi dan bergembira kerana penjagaan dan pelindunganNya. sebab dia yakin bahawa Tuhan akan menjaga dan melindungi dirinya. Pemazmur tidak tergugat dengan keadaan yang ada disekelilingnya namun dia yakin bahawa hidupnya aman dan selamat kerana Tuhan bersama dengannya. Itulah sebabnya dia berkata “..Tuhan akan memelihara orang yang lemah dan melindungi mereka selama-lamanya dari orang jahat di atas bumi..” Biar pun keadaan sangat tidak baik, namun Tuhan sendiri akan mempertahankan kepentingan-Nya dan melindungi orang-orang yang bersandar padaNya. Itulah sebabnya kita tidak perlu kuathir dan ragu dengan keadaan disekeling kita sebab Tuhan akan menjaga kita. Oleh itu marilah kita bergantung sepenuhnya kepada Tuhan untuk perlindungan, sebab didalam-Nya hidup kita akan aman dan selamat. Walaupun apa yang terjadi di sekitar kita, jika Tuhan dipihak kita, hidup kita tetap aman. Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih kepadaMu atas perlindunganMu dan pemerliharanMu, Tuhan saya serahkan seluruh hidup saya untukMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie

  • Apakah Kedatangan Yesus Kristus yang Kedua Kali?

    Kedatangan Yesus Kristus kedua kali merupakan pengharapan semua orang percaya dalam Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu dan setia kepada janji-janji dan nubuatan-nubuatan dalam Firman-Nya. Dalam kedatangan-Nya yang pertama kali, Yesus Kristus telah datang ke dalam dunia sebagai seorang bayi sebagaimana telah dinubuatkan. Sempena kelahiran, kehidupan, pelayanan, kematian dan kebangkitan-Nya, Yesus Kristus telah menggenapi banyak nubuatan tentang messias. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa nubuatan berhubung messias yang belum digenapi Yesus. Kedatangan Yesus Kristus kedua kali merupakan kedatangan-Nya untuk menggenapi nubuatan-nubuatan yang belum digenapi. Sewaktu kedatangan-Nya yang pertama kali Yesus merupakan Hamba yang menderita. Dalam kedatangan-Nya yang kedua kali, Yesus akan datang sebagai Raja Pemenang. Dalam kedatangan-Nya pertama kali, Yesus datang dalam keadaan yang sangat sederhana. Dalam kedatangan-Nya yang kedua kali, Yesus akan datang dengan bala tentera syurga di sisi-Nya. Nabi-nabi Perjanjian Lama tidak memberi perbezaan yang jelas di antara dua kedatangan ini. Ini dapat dilihat dalam Yesaya 7:14, 9:6-7 dan Zakharia 14:4. Akibat daripada dua nubuatan yang seperti bercakap tentang dua orang messias, ramai cendikiawan Yahudi percaya akan ada seorang messias yang menderita dan seorang lagi messias pemenang. Mereka gagal melihat bahawa hanya ada seorang saja messias yang akan menggenapi kedua-duanya. Yesus menggenapi peranan messias yang menderita sewaktu kedatangan-Nya yang pertama kali. Yesus juga akan menggenapi peranan-Nya sebagai pelepas dan Raja Israel pada waktu kedatangan-Nya kedua kali. Zakharia 12:10 and Wahyu 1:7, menjelaskan keadaan manusia ketika kedatangan Yesus kedua kali. Sambil melihat kepada Yesus yang disalib, Israel dan seluruh dunia akan bersedih kerana tidak menerima messias sewaktu kedatangan-Nya kali pertama. Setelah Yesus naik ke syurga malaikat-malaikat berkata, ‘"Hai orang-orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat ke langit? Yesus ini, yang terangkat ke syurga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke syurga (Kisah 1:11). Zakharia 14:4 mengenal pasti tempat kedatangan Yesus yang kedua kali di Bukit Zaitun. Matius 24:30 mengisytihar, “Pada waktu itu akan tampak tanda Anak Manusia di langit dan semua bangsa di bumi akan meratap dan mereka akan melihat Anak Manusia itu datang di atas awan-awan di langit dengan segala kekuasaan dan kemuliaan-Ny.” (Titus 2:13) menggambarkan kedatangan kedua kali sebagai“penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar.” Kedatangan Yesus Kristus kedua kali disebut dengan sangat terperinci dalam Wahyu 19:11-16, “Lalu aku melihat syurga terbuka: Sesungguhnya, ada seekor kuda putih; dan Ia yang menungganginya bernama: "Yang Setia dan Yang Benar", Ia menghakimi dan berperang dengan adil. Dan mata-Nya bagaikan nyala api dan di atas kepala-Nya terdapat banyak mahkota dan pada-Nya ada tertulis suatu nama yang tidak diketahui seorang pun, kecuali Ia sendiri. Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan nama-Nya ialah: "Firman Allah."Dan semua pasukan yang di syurga mengikuti Dia; mereka menunggang kuda putih dan memakai lenan halus yang putih bersih. Dan dari mulut-Nya keluarlah sebilah pedang tajam yang akan memukul segala bangsa. Dan Ia akan menggembalakan mereka dengan gada besi dan Ia akan memeras anggur dalam kilangan anggur, yaitu kegeraman murka Allah, Yang Mahakuasa. Dan pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis suatu nama, yaitu: "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tua.”

  • Tuhan Itu Adil

    “...TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik; orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.....” Mazmur 11:7 Pemazmur berkata bahawa “…Dia Tuhan yang adil, mengasihi keadilan dan sentiasa melakukan yang benar dan Dia mengasihi orang yang berbuat baik. Orang yang baik akan bersama denganNya dan melihat wajah-Nya. Oleh kerana Dia adalah TUHAN yang baik dan adil maka Dia membela kepentingan dan mengasihi mereka yang berbuat baik dan jujur. Sebab bagi diriNya mereka adalah bagaikan biji mataNya yang perlu dilindungi. Dengan itu Dia tidak mahu sesiapa yang akan menyentuh mereka sebab mereka bagaikan biji mata-Nya dan perlu dijaga dari ditindas dan dilukai oleh orang dunia ini. Mereka adalah karya anugerah-Nya sendiri. Oleh itu orang yang jujur sentiasa melihat kepadaNya dan mengenal diriNya, sebab mereka tahu bahawa didalamNya mereka memperolehi keamanan dan ketenangan. diluarNya mereka akan terancam oleh itu untuk menikmati keamanan mereka terus diam didalamNya. Ingat Allah kita bukanlah Allah yang pilih kasih tetapi Dia Allah yang Kudus, Dia tidak bertolak ansur terhadap dosa. Dia sangat membenci dosa, oleh itu kita harus menolak segala dosa dengan menjalani kehidupan yang memuliakan Tuhan. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu dan menyerahkan kehidupan saya kepadaMu untuk memuliakan namaMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

  • Komplikasi Pengguguran

    Oleh Kaylee Cameron Terdapat banyak komplikasi pengguguran dari segi fizikal dan psikologi yang perlu diketahui oleh setiap wanita. “Saya telah menggugurkan kandungan pada usia 17 tahun, dan ia adalah perkara paling teruk yang pernah saya lakukan….” kata Sharon Osbourne, isteri Ozzy Osbourne dan personaliti TV anti-konservatif yang lantang bersuara, dalam rancangan televisyen The Rock of the Osbournes. “Masa itu saya sangat takut. [Klinik pengguguran kandungan] penuh dengan gadis-gadis muda yang lain, dan kami semua dalam ketakutan dan berpandangan antara satu sama lain, dan semua orang berbisu. Saya melolong sepanjang pengalaman pahit tersebut, dan ia amat dahsyat.” Dia memperincikan komplikasi selepas pengguguran dengan berkata, “Saya tidak akan mengesyorkan [pengguguran] kepada sesiapa kerana ia kembali menghantui anda. Apabila saya cuba melahirkan anak, saya kehilangan tiga orang. Saya fikir ia adalah kerana sesuatu telah berlaku pada serviks saya semasa pengguguran. Bukan hanya Osborne yang menghadapi keadaan sedemikian. Kajian menunjukkan peningkatan risiko keguguran untuk wanita yang pernah menggugurkan kandungan, dan ini hanya merupakan permulaan pelbagai komplikasi yang mungkin berlaku. Walaupun bilangan wanita yang menjalani pengguguran agak tinggi, terdapat banyak kesan negatif yang jarang disentuh dalam perbincangan peribadi dan politik. Begitu ramai wanita yang menderita, namun suara mereka terus disenyapkan. Mereka tidak harus menyerahkan diri kepada risiko fizikal dan psikologi yang diakibatkan oleh pengguguran tanpa pengetahuan yang penuh. Komplikasi Fizikal Pengguguran Pengguguran dilation and curettage (D&C) adalah antara pembedahan yang paling kerap dilakukan di Amerika Syarikat. Namun, kekerapan tidak menghapuskan potensi komplikasi fizikal yang serius untuk wanita. Kesan sampingan mungkin termasuk pendarahan, penembusan rahim, jantung berhenti secara mengejut, kejutan endotoksik, kecederaan pada organ bersebelahan, jangkitan yang mengakibatkan kemasukan ke hospital, konvulsi, kehamilan ektopik, luka pada serviks, pecah rahim dan juga kematian. 20 peratus wanita selepas pengguguran mengalami gejala-gejala tersebut dan kesan sampingan yang lain yang ringan atau yang lebih serius. Kajian lain menunjukkan bahawa tanda-tanda jangkitan terjadi dalam lebih daripada 29 peratus pengguguran. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa undang-undang tidak mewajibkan pelaporan pengguguran, dan oleh itu data itu mungkin tidak lengkap. Sebagai rujukan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggunakan pengganda dua apabila membincangkan komplikasi dan statistik pengguguran. Risiko Prosedur Walaupun nampaknya kurang berbahaya, kajian yang dilakukan oleh Food and Drug Administration (FDA), Amerika Syarikat menyimpulkan bahawa pengguguran yang menggunakan ubat mempunyai kadar komplikasi empat kali ganda berbanding dengan pengguguran melalui pembedahan. Maknanya dua pertiga wanita yang melakukan pengguguran awal lebih berkemungkinan mengalami kesan sampingan yang negatif. 10 hingga 15 peratus pesakit akan mengalami pengguguran yang tidak lengkap atau hanya pembuangan sebahagian daripada tisu bayi. Jika tisu yang tinggal tidak keluar dari badan wanita, ia biasanya memerlukan doktor dengan forsep yang memulakan hemostasis (penguncupan yang mirip proses bersalin). Tidak termasuk kaedah penyingkiran, pengguguran yang tidak lengkap menyebabkan pelbagai komplikasi, seperti renjatan, rahim pecah atau tertebuk, kegagalan organ pelbagai sistem, ketidaksuburan dan pendarahan teruk. Kesan pada Kehamilan Masa Depan Pengguguran juga boleh menjejaskan kesuburan dan kehamilan pada masa hadapan. Pertama, wanita selepas pengguguran adalah 2.7 kali lebih berkemungkinan untuk melahirkan anak dengan berat lahir yang sangat rendah. Kemungkinan kehilangan bayi semasa bersalin, atau kelahiran mati, adalah 3.3 kali lebih tinggi untuk kehamilan berikutnya bagi wanita yang pernah melakukan pengguguran, dan peluang untuk bersalin pramatang meningkat dua kali ganda. Placentia previa, di mana plasenta bayi meliputi serviks, meningkat 70 peratus selepas satu pengguguran dan 200 peratus selepas pengguguran berganda. Pengguguran juga mengakibatkan kemungkinan 30 hingga 99 peratus lebih tinggi untuk pendarahan semasa kehamilan berikutnya, meningkatkan risiko kematian perinatal. Kemungkinan kehamilan ektopik iaitu implan telur yang disenyawakan dan berkembang di luar rahim, adalah 1.8 kali lebih tinggi. Komplikasi Pengguguran dari segi Psikologi Kajian Finland pada tahun 2011 menyatakan kesan psikologi negatif pengguguran menunjukkan “pengabaian yang besar” iaitu sekurang-kurangnya satu pertiga daripada responden mengalami gejala seperti kemurungan, ketakutan tentang ketidaksuburan, tabiat pemakanan yang tidak normal, penurunan harga diri, mimpi buruk, rasa bersalah dan penyesalan. Dalam salah satu kajian pasca pengguguran yang paling lama dijalankan, penyelidik mendapati bahawa emosi negatif meningkat dan kepuasan tentang keputusan yang dibuat merosot dalam tempoh 5 tahun. Fakta membuktikan bahawa terdapat risiko dua kali ganda untuk bunuh diri dan skor kebimbangan Hospital Anxiety and Depression Scale (HADS) yang jauh lebih tinggi untuk mereka yang menggugurkan kandungan berbanding mereka yang mengalami keguguran. Penyalahgunaan dadah atau alkohol adalah perkara biasa juga; wanita yang menamatkan kehamilan mereka adalah 5 kali lebih berkemungkinan menyalahgunakan dadah atau alkohol berbanding mereka yang melahirkan anak. Di samping itu, apabila membandingkan wanita yang kehilangan bayi melalui keguguran, kehamilan ektopik atau kelahiran mati, wanita selepas pengguguran adalah 4 kali lebih berkemungkinan mengakui penyalahgunaan dadah atau alkohol. Bukan sahaja 30 peratus wanita bimbang bahawa pengguguran akan menjejaskan kesuburan, tetapi kebahagiaan kekeluargaan mungkin lebih sukar dicapai. Kajian ini mendapati kekerapan keagresifan terhadap kanak-kanak yang lebih tinggi. Kesan kepada keluarga tidak berakhir di situ; kajian menunjukkan bahawa pengguguran dan/atau sebarang kejadian perancangan keluarga luar tabii meningkatkan kemungkinan perceraian sehingga dua kali ganda. Oleh sebab kurang perhatian media dan kurang pelaporan komplikasi pengguguran, ramai wanita tidak menyedari bahaya yang berkait dengan pengguguran. Ia bukan sahaja mungkin mendatangkan kemudaratan kepada wanita, tetapi ia memberi impak yang ketara kepada orang-orang di sekelilingnya dan generasi akan datang. Walaupun pengguguran mengambil satu nyawa, ia juga memusnahkan orang lain. Sudah tiba masanya untuk memaklumkan wanita tentang apa sebenarnya pengguguran – kemusnahan kehidupan yang menyamar sebagai ‘pilihan’. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin.

  • Penciptaan Ke Kristus (Slide)

    Rancangan penyelamatan Tuhan Download pelajaran slide "Penciptaan ke Kristus" overview di bawah.

  • Tiada Berpakaian Hari Ini?

    Renungan: Mazmur 119 Bahagianku ialah Tuhan, aku telah berjanji untuk berpegang pada firman-firman-Mu. (ayat 57) Pengkhutbah kesukaan saya, Charles Haddon Spurgeon pernah berkata, “Pagi ialah gerbang hari kita, dan perlu diawali dengan doa. Pagi ibarat benang di mana segala aktiviti kita bergantung dan harus diikat dengan doa. Kalau kita ingin merasai keagungan hidup, kita perlu berhati-hati dengan cara kita memulakan pagi kita. Dia yang tergesa-gesa ke perniagaan dari katilnya tanpa berdoa dan meneliti firman Tuhan, sungguh bodoh kerana dia bagai tiada berpakaian, belum mencuci mukanya, dan tidak bijak kerana dia tergesa-gesa berperang tanpa kris atau perisai.” Setiap hari menjanjikan pengharapan dan pelangi kalau kita bangun setiap hari dengan seruan, “Tuhan, Engkaulah bahagianku!” Sebelum melangkah dari rumah kita, kita mesti terlebih dahulu berdoa dan mencari wajah-Nya. Berjanjilah dengan Tuhan bahawa pada pagi ini kita akan berpegang pada firman-Nya walaupun apa yang terjadi. Mintalah Roh Kudus untuk memenuhi dan menyinari kalbu kita pada hari ini. Berapakah insan di permukaan bumi ini melangkah setiap hari dengan kesedaran bahawa Tuhanlah bahagian mereka? Dengan bermula pagi kita dengan doa, kita mengundang Tuhan untuk berjalan bersama kita setiap hari. Serahkan hari ini kepada Tuhan serta kuduskan hari ini demi Tuhan kita yang Mahakudus. “Maka kamu harus menguduskan dirimu, dan kuduslah kamu, sebab Akulah Tuhan, Allahmu.” (Imamat 20:7) Biarlah hari ini hari yang kudus kerana Tuhanmu ialah bahagianmu dan pengharapanmu. Jangan hanya membawa gincu dalam beg setiap hari. Apakah Tuhan sudah menjadi bahagianmu pada pagi ini sebelum anda menuju ke tempat kerjamu? Bermulalah setiap hari dengan Tuhan dan Tuhan akan mengemukakan rahsia-Nya. Kita dapat merasai jejari Tuhan dalam setiap persitiwa kehidupan kita serta mengerti peristiwa yang terjadi dari sudut pandangan Tuhan. Kita akan menghembus pengharapan yang baru kepada orang yang kita kenali. “Berdiamlah, berdiamlah, sembah sujud DiaBerdiamlah, berdiamlah terimalah sabda-Nya yang mulia Berdiamlah, berdiamlah, di tempat kudusDengarlah, Firman-Nya yang suci hidupBerjalan, perlahan, Tuhan di sini,Berjalan, perlahan, sujud berbakti” (Fanny Crosby) Doa: Tuhan, Engkaulah bahagianku pada pagi ini.

  • Kisah Benar Harapan Laura Lazarus

    Kisah benar Laura Lazarus Kesaksian benar dari Laura Lazarus. Beliau adalah bekas pramugari yang terpaksa berhenti kerja selepas terlibat dalam kemalangan pesawat yang hampir meragut nyawanya. Insiden tersebut telah menyebabkan beliau mengalami suatu keadaan yang sangat berat dalam hidupnya dan hampir membunuh dirinya akibat kemurungan yang dialaminya. Ikuti kisah lengkap Laura Lazarus, bagaimana ia mampu bangkit kembali dari situasi tersebut. Jikalau anda memelukan sebarang doa, kami dari team Komuniti Digital sedia membantu. Sila chat dengan kami dengan menekan ikon chat. Tuhan memberkati.

  • Kisah Kegagalan dan Kejayaan Doktor Muda

    Elia Gunawan Kesaksian dari seorang Doktor muda iaitu Elia Gunawan. Tonton kesaksian lengkap beliau, bagaimana dia mengalami pergumulan berat dalam hidupnya ketika ditolak di 6 hospital.

  • Booster Shot: Ep 01 Bukan Kebetulan

    Tekan icon untuk mendengar di aplikasi anda:

  • Booster Shot : Ep 03 Kompas Rohani

    Tekan icon untuk mendengar di aplikasi anda:

  • Booster Shot: Ep 02 Yolo

    Tekan icon untuk mendengar di aplikasi anda:

  • Hawa Nafsu - Lahmi

    Pr. Eddy Marson

bottom of page