top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Komuniti Digital the Best!!In Kesaksian·19 August 20214017
- Mazmur 118:24 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·21 August 2021Ini hari yang dijadikan oleh Tuhan; kita akan bergembira dan bersukacita kerananya.4014
- BERJUANG SAMPAI AKHIR | BHG. 2In Inspirasi & Renungan·22 August 20214049
- Melukis Bagi Tuhan - Tommy ChenIn Kesaksian·12 July 2021Tommy Chen telah tamat pengajian di Malaysian Institute of Art pada 1990, dan dia telah mengfokus kepada menghasilkan lukisan ikan koi dan biasanya akan menyelitkan unsur-unsur Feng Shui dalam lukisan-lukisannya. Walau bagaimanapun, selepas dia menerima dan menyerahkan hidup kepada Yesus, dia mula melukis bagi Tuhan. Ini adalah petikan daripada kesaksian yang ditulis oleh Tommy Chen. Sebelum mengenal Kristus, hidup saya tidak bertujuan. Karir saya sebagai artis yang melukis "Koi Fish" telah membawa saya ke tahap yang lebih tinggi, di mana saya bersikap mementingkan diri dan menjadi sangat angkuh. Bagaimanaoun, keadaan hanya bertahan selama satu dekad. Pada tahun 2000, perniagaan saya gagal. Saya mengalami depresi dan langsung hilang hala tuju dalam hidup. Kakak saya berkongsi dengan saya mengenai Yesus Kristus. Dia memberitahu saya bahawa Tuhan mengasihi saya, dan bahawa Dia akan menyelamatkan saya, memberi saya harapan dan tujuan dalam hidup (Yeremia 29:11). Dengan itu, saya membuat keputusan untuk menerima, mengikut dan menyerahkan hidup kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan saya pada 2001. Dalam perjalanan saya bersama Kristus dalam tiga tahun pertama, saya benar-benar telah mengalami kasihnya dan melihat banyak mukjizat dalam hidup saya sendiri yang membuat saya ingin mengongsikan kasih-Nya dengan kawan-kawan dan pelanggan-pelanggan saya. Yeremia 29:11 Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan. Tuhan telah memberi saya penglihatan sebatang lilin yang sudah ditinggalkan dalam laci, yang tidak pernah dinyalakan. Dia berkata kepada saya, "Sekarang, kamu dinyalakan untuk menyinar. Aku akan menyalakan hidupmu supaya orang akan dapat melihat Yesus Kristus melalui kamu." Kemudiannya saya menjumpai ayat dalam Alkitab bahawa kita harus menjadi cahaya dunia, dan garam bagi dunia. Saya juga sangat tersentuh oleh kata-kata Ibu Theresa yang mengatakan, "Saya sebatang pensil yang kecil dalam tangan Tuhan yang menulis, yang sedang mengutus surat cinta kepada dunia." Pada suatu hari semasa saya sedang memandu dalam kesesakan jalan raya yang sangat teruk untuk pergi kebaktian doa di DUMC, Roh Kudus berbicara kepada saya, "Anakku, kamu adalah berus, Aku akan mencelupkan kamu dalam Warna Hidup-Ku dan memakai kamu untuk mewarnai kehidupan orang-orang lain." Lalu saya berdoa, "Tuhan, bagiku hikmat. Aku akan gunakan Firman Tuhan untuk berkongsi dengan lukisan-lukisanku." Sebelum saya menjadi Kristian, Tuhan telah mengutus seorang Saudara Jason Tan (ketua dan hos FGB untuk cabang Jaya One) untuk meminta saya melukiskan baginya sebuah lukisan ikan koi, dengan menyertakan satu ayat Alkitab di dalamnya (Markus 10:8). Itu adalah benih yang telah ditanam ke dalam hidup saya, sebab itu adalah kali pertama saya memasukkan Firman dalam lukisan saya. Di bawah cara lama saya menjual, saya telah menamakan lukisan-lukisan saya "Prelude - The Fresh Water Series," Motivasi utama saya melukis pada waktu itu adalah hanya untuk wang dan kemuliaan diri. Dulunya saya sering menekankan mengenai unsur-unsur Feng Shui untuk mempelawa pelanggan-pelanggan saya membeli lukisan saya. Saya telah mendengar ajaran Pastor Senior saya bahawa Feng Shui itu ada kaitan dengan ilmu ghaib. Jadi saya menanyakannya apakah yang saya harus lakukan. Dia berkata, "Kita semua orang berdosa, carilah kehendak Tuhan. Berdoa dan biarlah Tuhan tunjukkan pada kamu jalannya." Pada tahun 2003, apabila saya berdoa ketika melukis, saya mendengar Tuhan menanya saya, "Anakku, kamu rasa sukacitakah untuk melukis? Ketepikan unsur-unsur Feng Shui, carilah wajah Bapa-Ku," Saya merenungkan perkataan 'air' yang saya sentiasa gunakan. Satu perkataan datang kepada saya, "Jangan panggilnya fresh water (air tawar), panggillah ianya sebagai Living Water (Air Kehidupan." Pada masa itu saya baru setahun jadi orang Kristian. Saya berkongsi ini dengan Pastor Senior saya, Dr Daniel Ho, dan memberitahunya bahawa Tuhan telah memberi saya satu ayat dari Nehemia 8:10 - sebab sukacita daripada Tuhan ialah kekuatan kamu - dan bahawa Dia ingin saya menggunakan ayat ini untuk siri baru lukisan ikan koi saya. Sejak dari masa itu, saya mula meletakkan ayat Firman Tuhan dalam lukisan-lukisan saya yang dipamerkan di pasaran. Pada satu kali, saya telah membuat temujanji untuk menunjukkan seorang pengumpul seni yang adalah orang kaya tetapi tidak memiliki tujuan yang sebenar dalam hidup. Lukisan itu bernilai RM4,000 tetapi saya telah memberitahu Tuhan bahawa oleh kerana tujuan saya sekarang ialah untuk menyebarkan Injil, saya akan menerima apa pun harga yang ditawarkan oleh orang itu dengan kesyukuran. Orang itu kemudiannya menawarkan harga RM2,500 untuk lukisan ikan koi saya. Walaupun kebanyakan artis biasanya tidak akan membenarkan diskaun yang begitu besar, saya menerimanya sebagai satu komitmen kepada Tuhan. Jika anda sungguh-sungguh ingin mendengar suara Tuhan, Dia akan memimpin anda. Saya memasangkan lukisan itu untuk orang itu dan menanya samada saya boleh mengucapkan doa berkat untuk lukisan itu dan untuknya. Saya berdoa, "Aku menyembah Engkau, Tuhan dengan lukisan ini. Ini adalah untuk kemuliaan-Mu. Saya berdiri dan berdoa untuk orang ini. Roh Kudus datanglah dan penuhi tempat ini." Menakjubkan sekali, orang itu mulai menangis dan saya memberitahunya, "Air matamu adalah air mata sukacita bukan kesedihan." Sebagai orang Kristian yang muda, saya sudah cukup gembira dan fikir bahawa saya telah melakukan tugas saya tetapi mengimbas kembali, saya sedar bahawa saya terlepas satu kesempatan besar untuk membawa orang itu kepada Kristus. Pada tahun 2007, Tuhan berkata dengan saya lagi, "Anakku, Aku telah memberikan kamu berkat dan hidup berkelimpahan. Letakkan tajuk siri lukisan kamu yang akan datang "Abundant Life" (Hidup yang Berkelimpahan). Dan dengan itu, saya mentaati dan terus menggunakan "The Abundant Life Series" untuk semua lukisan saya sejak tahun 2007 hinggalah sekarang. Pada Oktober 2011, saya dan seorang kawan telah membuat permohonan untuk mengadakan pameran dua pelukis di salah satu galeri seni yang paling terkemuka di Mont Kiara. Kebiasaannya taraf para undangan sangat tinggi, dengan lukisan dijual dengan harga setinggi RM100,000 sekeping. Dari perspektif dunia, ianya tidak mungkin, tetapi dengan Tuhan, segalanya mungkin. Saya meminta Tuhan untuk satu tanda, dan Dia menunjukkan saya banner untuk satu pertandingan golf dengan kata-kata "For the glory" (Demi kemuliaan). Saya memohonnya untuk diri saya, sambil mengucapkan, "Demi kemuliaan Tuhan" dan kami secara ajaib mendapat tempat itu! Sekarang ada masalah baru bagi kami berdua. Walaupun kami sudah mendapat tempat itu, kami tidak cukup lukisan untuk dipamerkan. Bagaimanapun, kami membuat keputusan bahawa pertamanya, kami akan menyerahkan 10 peratus daripada keuntungan kepada Tuhan. Membahagikan kerjanya di antara kami, kami menyedari bahawa kami setiap orang perlu menyediakan 22 lukisan, dan saya hanya punya 4 lukisan yang siap. Biasanya saya hanya dapat menyiapkan paling banyak satu lukisan dalam satu bulan. Jadi 18 lukisan biasanya akan mengambil masa setahun setengah. Tapi kami cuma ada masa dua bulan setengah. Pada waktu itu saya juga terlibat dalam design pentas untuk penerbitan drama Krismas DUMC dan menghabiskan banyak masa di situ. Saya membuat keputusan mengutamakan Tuhan terlebih dahulu walaupun dalam keadaan masa yang sangat mendesak. Tambah teruk lagi, saya jatuh sakit, tetapi pada hari saya sakit, Tuhan telah memberi saya kekuatan untuk pergi ke gereja dan mengerjakan design pentas itu. Kerja-kerja di gereja telah selesai pada 16 Disember 2011 tetapi pameran itu sudah dijadualkan akan bermula pada 3 Januari 2012, dan saya perlu menyiapkan 18 lukisan saya. Sebagai amalan biasa saya, saya menutup pintu bilik saya dan berdoa, berseru kepada Tuhan dan mencari-Nya. Tuhan berkata kepada saya, "Aku akan memberi kuasa kepadamu" dan tangan saya merasa panas. Menakjubkan sekali, saya mendapati diri saya secara luar biasa dapat menyiapkan semua lukisan itu, dan sehingga lebih awal dari masanya. Seperti kebiasaan saya, saya memasukkan ayat Firman Tuhan dalam lukisan-lukisan saya dan seorang kawan mengucapkan rasa bimbangnya bahawa saya menghadkan pasaran saya kepada hanya orang-orang Kristian. Di tempat pameran itu, saya menumpang tangan ke atas setiap lukisan dan memohon Roh Kudus memenuhi tempat itu dan melepaskan kuasa dan pengurapan-Nya ke atas setiap lukisan di dinding. Pameran itu sangat berjaya dan hampir 50 peratus lukisan-lukisan itu telah dijual. Lebih menakjubkan lagi, sebilangan orang membeli lukisan saya sambil menangis. Seorang wanita dari Brazil, seorang penulis puisi yang Katolik telah datang melihat pameran seni saya. Dia menangis di galeri seni itu dan memberitahu saya bahawa dia mengalami pertemuan dengan Yesus Kristus di ruang galeri itu, di mana Tuhan telah berbicara kepadanya secara peribadi. Pada mulanya saya fikir bahawa memilih Tuhan itu adalah menjawab satu soalan pelbagai pilihan jawapan, dan saya telah membuat keputusan memilih Yesus Kristus. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Tuhan berbicara kepada saya melalui satu ayat Alkitab (Yohanes 15:16) bahwa Dialah yang telah memilih saya. Dengan berlinangan air mata, saya mengucap terima kasih kepada Tuhan kerana Dialah yang telah memilih saya. Yohanes 15:16 Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menetapkan kamu, supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku, diberikan-Nya kepadamu. (Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk, "Painting Unto The Lord - Tommy Chen" yang ditulis oleh Tommy Chen bertarikh 31 Disember 2013) dipetik dari domba2domba.blogspot.com4047
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 35) : Bejana yang Menyenangkan Hati Tuhan yang Mentaati Kehendak-NyaIn Doa dan Puasa NECF 2021·9 September 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : 1 Tawarikh 6-15 Jumaat, 10 Sep 2021 Sembilan bab yang pertama 1 Tawarikh adalah salasilah panjang yang bermula dari Adam sampai Daud. Semasa membacanya, kita melihat bagaimana tangan Tuhan menyusun sejarah manusia. Dia memilih bejana yang menyenangkan hati-Nya dan berguna untuk pelayanan-Nya. Kebanyakan daripada ratusan nama yang disebutkan dalam salasilah itu tidak kita kenal. Penampilan mereka tidak lama dan tidak pernah disebutkan lagi. Mereka tidak meninggalkan riak dalam perjalanan sejarah. Namun, beberapa adalah pahlawan dan penjahat yang kita kenal dan mereka meninggalkan jejak yang tidak dapat dihapuskan dalam sejarah. Ada orang yang memberontak melawan Tuhan, seperti Akhan dan Raja Saul, yang membawa pengakhiran yang buruk dan menyedihkan bagi diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Di sisi lain, ada orang-orang yang menyenangkan Tuhan, seperti Musa dan Harun, Yosua dan Kaleb, Daud dan keluarganya serta orang- orangnya yang kuat, dan lain-lain lagi. Setelah menceritakan salasilahnya, penulis berpindah ke tema baru tentang penyebab kejatuhan kerajaan Saul dan kematiannya kerana ketidaksetiaannya kepada Tuhan dengan tidak berpegang kepada firman Tuhan atau mencari Dia, dan sebaliknya mendapatkan ahli tenung untuk bimbingan. Akibatnya, Tuhan memberikan kerajaan itu kepada Daud, anak Isai (1 Tawarikh 10:13- 14). Sebaliknya, Daud sangat menghargai hadirat Tuhan, dan dia mencari segala cara yang mungkin untuk membawa Tabut Tuhan kembali ke kota Daud sehingga dia dapat mencari Tuhan setiap saat. Daud sangat disenangi oleh Tuhan dan Tuhan berjanji dengan dia untuk mengatur dia memerintah atas rumah dan kerajaan-Nya untuk selama- lamanya, dan menjanjikan dia sebuah takhta yang akan dibangunkan selama-lamanya (1 Tawarikh 17:14). Perjanjian Baru memuji Daud sebagai orang yang menyenangkan hati Tuhan, dan orang yang mentaati kehendak Tuhan dalam segala hal untuk melayani tujuan-Nya (Kisah Para Rasul 13: 22,36). Doa Hari Ini : Tuhan mencari orang pada zaman ini yang menyenangkan hati-Nya dan bersedia dipakai oleh Dia untuk mengubah generasi ini. Berdoa agar kita, walaupun sebagai minoriti, bersedia menawarkan diri untuk bertindak sesuai dengan kehendak-Nya dalam generasi ini. Lebih dari 32,000 buah syarikat dan kedai tutup di antara Mac-Sept 2020, dan 70% daripadanya ialah perniagaan kecil. Berdoa agar rancangan dan subsidi kerajaan berkesan dan perniagaan kecil akan menemukan cara kreatif untuk mempertahankan perniagaan mereka. Berdoa untuk suku Mah Meri di Sungai Pelek & Pulau Carey, Selangor, dan mereka yang ada di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor supaya membuka hati mereka kepada Yesus, terutamanya 5 buah kampung di sepanjang Sungai Klang yang mudah dilawati oleh orang luar melalui pelancongan.4018
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 38) : Hadirat MemenuhiIn Doa dan Puasa NECF 2021·12 September 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : 2 Tawarikh 7-16 Isnin, 13 Sep 2021 Tabut itu dibina pada zaman Musa dan merupakan fokus sejarah hadirat Tuhan dengan umat-Nya. Dengan tabut di tempatnya di Bait Suci, kemuliaan Tuhan kelihatan memenuhinya. Salomo menceritakan kepada orang ramai bagaimana dia menyelesaikan pembinaan Bait Suci yang Tuhan katakan kepada Daud bahawa anaknya iaitu Salomo akan membinanya. Doa penyembahan Salomo menegaskan siapa itu Tuhan, dan dia mendasari permintaannya pada dasar yang dibuat dan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam hukum tertulis. Dia mengakhiri doanya dengan memberkati umat Israel, dan panggilan untuk berkomitmen. Salomo menasihati mereka, “dan hendaklah kamu berpaut kepada TUHAN, Allah kita, dengan sepenuh hatimu dan dengan hidup menurut segala ketetapan-Nya dan dengan tetap mengikuti segala perintah-Nya seperti pada hari ini. ” (1 Raja-raja 8:61). Tuhan memberitahu raja muda ini bahawa doanya telah didengar (2 Tawarikh 7: 11- 22). Tuhan telah menahbiskan Bait Suci oleh hadirat-Nya, dan Salomo dinasihati untuk berjalan di hadapan-Nya dengan tulus hati dan benar (9:4). Tuhan juga memperingatkan kita hari ini. Berdiam di hadirat Tuhan bererti penyerahan total kepada-Nya dan mengembangkan karakter kita untuk menghasilkan buah Roh Kudus untuk orang yang mencapai tujuan Tuhan. Apakah misi saya di bumi? Salomo memanggil umatnya untuk membuat komitmen penuh dan menjalani gaya hidup sesuai dengan ajaran Tuhan. Dr John Mulinde menyimpulkan tujuan Tuhan dan berkata, "Ini ialah tujuan Sang Pencipta menciptakan saya, jalan yang terungkap untuk memenuhi tujuan itu dari awal hidup saya sampai akhir, bahkan sampai keabadian.” Doa Hari Ini : Ambil masa untuk berjalan-jalan di “Taman” (kejiranan) anda. Carilah tempat duduk yang sunyi dan duduklah di sana untuk menikmati ciptaan Tuhan. Kemudian mintalah kepada Tuhan dalam doa untuk menunjukkan panggilan dan tujuan anda di bumi. Berdoa untuk ramai pekerja domestik yang menerima layanan yang tidak adil (pasport dirampas, gaji ditahan, komunikasi tidak diizinkan dengan keluarga mereka, kekejaman, kekerasan, tidak ada hari cuti diberikan, dll.) daripada majikan mereka, agar Tuhan memberikan keadilan kepada mereka dan agar majikan mereka akan menghargai sumbangan mereka. Berdoa untuk suku Tring di Sarawak agar mereka menemui Tuhan melalui mimpi dan penglihatan, dan supaya hidup mereka tidak akan sama lagi dengan pertemuan dengan Tuhan.4024
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 12) : Tuhan itu PeribadiIn Doa dan Puasa NECF 2021·18 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Bilangan 4-13 Khamis, 19 Ogos 2021 Semasa krisis pandemik, banyak gereja memindahkan ibadah mereka ke platform dalam talian. Ada yang mendapati ia menolong kerana mengurangkan waktu perjalanan, menjadikan ibadah dapat diakses dari rumah mereka sendiri. Yang lain, seperti saya, berasa aneh untuk mengaitkan “Gereja” dengan skrin TV atau komputer. Saya segera menyedari bahawa melihat pastor saya “secara bersemuka” ialah berkat yang sering kali tidak dihargai. Alkitab menyatakan kepada kita bahawa Tuhan itu peribadi. Dia bukanlah idea abstrak, keadaan keberadaan, konsep falsafah, atau kekuatan alam. Dia ialah Peribadi yang kita boleh kenali. Dia memiliki perasaan, kemahuan, dan tindakan. Dalam Bilangan, Tuhan menyatakan kehendak-Nya kepada Musa secara peribadi. Ketika orang- orang bertindak balas melawan Tuhan, Dia menjadi marah dan menimpakan murka- Nya atas mereka. Tuhan secara peribadi turun ke atas tujuh puluh tua-tua Israel dan membolehkan mereka untuk bernubuat (Bil 11:25). Dia secara peribadi membimbing orang Israel di padang gurun. Tuhan ingin berkongsi diri-Nya dengan manusia dengan kasih. Dia secara peribadi terlibat dalam penciptaan alam semesta (Kej 1-2). Dia peduli dan memperhatikan semua makhluk (Mat 10: 29-30). Dia membuat umat manusia berhubung dengan-Nya secara peribadi. Orang dipanggil untuk mengasihi Tuhan (Ula 6:4). Akhirnya, kelahiran Yesus dan kematian-Nya di kayu salib menunjukkan kasih Tuhan kepada umat manusia (Yoh 3:16). Meskipun Tuhan adalah cukup untuk diri-Nya, Dia tetap memilih untuk menciptakan dunia ini dan mencurahkan kasih-Nya kepada kita. Apakah anda sedar bahawa Tuhan ingin berkomunikasi dengan anda seperti yang dilakukan bapa yang penuh kasih dengan anak lelaki dan anak perempuannya? Dia bukanlah sesuatu pelajaran, khutbah, atau pelayanan (meskipun Dia mungkin berbicara melalui semua itu). Tuhan ialah Peribadi yang dapat anda harapkan, ajak bercakap, dan terima penghiburan serta kekuatan. Doa Hari Ini : Berdoa agar kita akan ada pertemuan yang lebih dalam dan perjalanan peribadi dengan Tuhan, agar kita lebih mengenal Dia , dan bertumbuh menjadi lebih seperti Dia dan kita semakin berkurang. Berdoa agar rakyat Malaysia selalu diberi hak untuk kebebasan bersuara, supaya mereka menggunakan hak ini dengan cara yang positif dan membina, baik secara peribadi mahupun korporat, dalam platform talian atau luar talian, dan agar agama selalu dibincangkan dengan sensitif dan bijaksana. Berdoa untuk suku Temoq di Temerloh, Pahang, agar mereka menerima Kristus tanpa syarat dan disembuhkan daripada penolakan yang mereka rasakan kerana diklasifikasikan sebagai orang liar dan tidak berbudaya yang tidak diterima oleh orang lain.4033
- BERSYUKUR KERANA ANUGERAH-NYAIn Inspirasi & Renungan·25 August 20214038
- Terpancar Wajah-NyaIn Bayu Pengharapan·30 August 2021Renungan: Bilangan 6:22 - 27 “Tuhan menyinari engkau dengan wajah-Nya dan memberi engkau kasih karunia.” (ayat 25) Wajah kita dapat memancarkan wajah serta berkat Tuhan yang mengalir dalam kehidupan kita. Bagai bulan, kita sudah menerima cahaya daripada mentari Ilahi dan segera terpancarlah terang-Nya di dunia sekalipun alam sekeliling cukup gelap. Sebelum umat Tuhan meninggalkan gunung Sinai dan memulakan perjalanan di padang belantara, mereka memerlukan berkat Tuhan kerana perjalanan mereka tidak mudah. Pemberian berkat dilakukan oleh anak-anak Harun yang berketurunan imam. Berkat ini diberikan pada awal-awal pagi. Berkat pertama ialah perlindungan dan penjagaan- Nya. Kedua, Tuhan menyinari wajah-Nya pada wajah mereka dan memberi kasih karunia-Nya; dan ketiga, Tuhan memberi wajah-Nya serta damai-Nya kepada mereka. Apabila kita bergaul intim dengan Tuhan, wajah kita akan memancarkan wajah Tuhan. Wajah yang masam seperti assam kecut tentu tidak menggambarkan Tuhan yang Maha Penyayang. Wajah yang terpancar kedamaian, kasih karunia, pengharapan dan keyakinan pada waktu kesulitan hanya ada pada kita kalau Tuhan tinggal di dalam diri kita. Seandai Engkau melihat tanah yang gersang, yang sunyi, sepi, dan kering, Itulah aku yang hampa dan haus, Tanpa wajah-Mu dan kehadiran-Mu. Seandainya Engkau melihat ombak yang mengganas, Liar dan keliru, Begitu jiwaku tanpa wajah Dan ketenangan Roh-Mu. Seandainya Engkau melihat bulan tersenyum Pada keheningan malam, Begitulah aku penuh dengan kasih-Mu Yang mengalir dalam diriku sungai kasih-Mu. Seandainya Engkau melihat bebunga berdansa dengan girang Begitulah aku yang gembira Penuh titisan embun Roh Kudus-Mu.4026
- Seks Hebat Tidak Akan Berlaku Dengan Begitu SahajaIn Keluarga·30 August 2021Melakukan hubungan seks adalah amalan fisiologi yang semulajadi. Manusia memang mengetahuinya sejak dari dulu lagi. Tanpa buku panduan atau kursus pengajaran dalam talian, manusia dari setiap suku dan bangsa berjaya melahirkan anak. Oleh kerana seks adalah semulajadi, kita cenderung memasukkannya dalam kategori yang sama dengan tindakan fizikal semulajadi yang lain seperti makan dan tidur. Anda tidak perlu menumpukan perhatian untuk belajar bagaimana menguasai perkara-perkara tersebut - ia berlaku secara semulajadi. Walaupun seks "hanya berlaku", kehidupan seks yang dinamik bukan sedemikian. Tanpa usaha, masa dan perhatian, seks dengan mudah dan cepat boleh menjadi biasa dan dapat diramalkan, bahkan dapat berubah menjadi keperluan yang “menakutkan” dalam senarai "perkara yang harus dilakukan". Ketika pasangan menghadapi kesukaran, mereka cenderung berputus asa dan membuat kesimpulan, "Kehidupan seks kami tidak begitu hebat." Yang ironinya, mereka tidak menjangka perkara-perkara lain dalam perkahwinan akan "berlaku begitu sahaja". Mereka faham bahawa kesihatan dari segi kewangan bergantung pada penyediaan belanjawan, perancangan dan komunikasi. Bahkan untuk mengekalkan kesihatan memerlukan pendekatan proaktif terhadap makanan dan senaman. Mengapa seks mesti berbeza? Apakah tindak balas yang betul kepada dilema lama iaitu seks yang membosankan? Sebagai pasangan, adakah anda pernah memperuntukkan masa dan tenaga secukupnya yang dikhaskan untuk meningkatkan kehidupan seks anda? Sebagai gantian menghampiri seks sebagai perkara semulajadi, apa yang perlu dilakukan, perbuatan fizikal semata-mata, pertimbangkanlah untuk mendekatinya sebagai suatu hadiah - minat dan kemampuan yang dapat dipupuk. Anda tidak akan menjadi tukang masak yang hebat kecuali anda mencuba resipi baru, membaca buku masakan dan berlatih memasak. Anda tidak akan menjadi pemain tenis yang hebat melainkan anda belajar bermain dan bermain dengan kerap. Anda tidak akan dapat bermain trompet tanpa latihan berjam-jam. Jangan anggap bahawa seks adalah berbeza. Anda tidak akan mempunyai kehidupan seks yang hebat kecuali anda menjadikannya keutamaan dan benar-benar berusaha menjalinkan hubungan intim bersama dengan pasangan anda. Hubungan intim dalam perkahwinan adalah penuh dengan halangan seperti komunikasi yang buruk, harapan yang tidak dipenuhi dan rasa geram, terutamanya berpunca dari perbezaan besar antara seksualiti lelaki dan wanita. Mungkin anda dan pasangan anda berasa kecewa dari segi seks, dan mungkin inilah masanya untuk melanjutkan pelajaran. Belajarlah tentang pasangan anda. Saya mengambil masa 10 tahun persekolahan untuk menjadi pakar psikologi. Sepanjang masa itu, saya didedahkan kepada banyak maklumat mengenai seksualiti manusia. Jelaslah, saya berasa lebih bersedia daripada isteri biasa dalam kefahaman terhadap keperluan suami. Namun demikian, saya terlalu memandang tinggi pendidikan seks saya! Tidak kira latar belakang anda, terdapat banyak yang anda perlu belajar mengenai seksualiti pasangan anda. Sebenarnya, sebilangan besar perkara yang anda anggap tepat dan betul adalah salah. Sekiranya anda mahukan kehidupan seks yang memuaskan, anda mesti kembali menjadi pelajar. Dipetik dari Tiada Lagi Sakit Kepala: Menikmati Seks & Keintiman dalam Perkahwinan, diterbitkan oleh Tyndale House Publishers, Inc. Hak Cipta © 2009 oleh Julianna Slattery. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa dijamin. Digunakan dengan izin.4054
- Gagak atau Angkasa?In Inspirasi & Renungan·17 February 2022Sementara menunggu waktu untuk berdoa bersama rakan rakan dari pasukan penari, saya berdiri di tepi tingkap gedung gereja. Menatap langit yang indah dengan kepulan awan yang menghiasi angkasa, tiba tiba sekawanan burung burung gagak datang berlegar legar di atas. Bersama dengan rakan sepasukan pelayanan saya, kami agak teruja melihat begitu ramai burung gagak berterbangan di langit dan dalam masa yang sama merasa agak geli kerana burung gagak tidak seperti burung burung yang lain. Ia suka makan makanan yang mati. Sekembalinya saya ke rumah, saya melihat video ini sekali lagi dan saya terus diingatkan tentang bagaimana kehidupan kita sering berfokuskan hal hal yang merungsingkan kita. Seperti burung gagak. Hal hal yang membuat kita risau, ketakutan dan banyak hal hal duniawi yang berlegar legar dalam fikiran kita. Sehingga kita lupa tentang satu hal yang lebih besar dari kawanan burung gagak, iaitu angkasa. Langit yang terbentang luas. Itulah Tuhan, yang menciptakan dunia ini, Tuhan yang mengatur segala masa. Bagaimana dengan anda? Apakah anda membiarkan hal hal seperti burung gagak menghalang anda melihat langit yang terbentang luas? Fokuskan pandangan kepada angkasa dan anda akan melihat betapa kecilnya burung gagak itu...4036
- Si Tiram Dan Kisah MutiaranyaIn Bayu Pengharapan·31 August 2021Renungan: 2 Korintus 8:1 - 5 “Selagi dicobai dengan berat dalam pelbagai penderitaan, sukacita mereka meluap dan meskipun mereka sangat miskin, namun mereka kaya dalam kemurahan.” (ayat 2) Gereja Makedonia menghadapi pelbagai penderitaan dan sering dicobai namun ini tidak menghancurkan iman dan kesaksian mereka. Sebaliknya, mereka semakin meluap-luap dalam kemurahan dan kasih mereka terhadap orang lain. Rasul Paulus begitu gembira bahawa di tengah-tengah kemiskinan dan penderitaan, mereka memberi lebih daripada kemampuan mereka. Penderitaan dan kemiskinan tidak bererti kita akan kehilangan mutiara yang bersinar dalam kehidupan kita. Orang Kristian semakin memancar keindahan sewaktu penderitaan meluap-luap dalam jiwa. Tahukah anda bagaimana mutiara dihasilkan? Dengarlah cerita ini........... Sekalung mutiara yang berkilau-kilauan Benarkah mutiara ini hasil kesengsaraan? Apakah cerita keelokannya? Si tiram kecil ada cerita penderitaannya Sebutir pasir masuk ke dalamnya Dan kesakitannya luarbiasa Kisah keindahan bermula daripada sebutir pasir Si tiram tidak mengutuk nasibnya Atas anugerah Tuhan lindirnya dikeluarkan Tanpa mengeluh dan rasa hampa Si tiram menyaluti pasir ini Dengan lendirnya dengan sabar Sehingga menjadi mutiaranya! Kesakitan dalam jiwa seseorang boleh menghasilkan banyak mutiara indah dalam kehidupan kita. “Memang tiap-tiap ganjaran pada waktu ia diberikan tidak mendatangkan sukacita, tetapi dukacita. Tetapi kemudian ia menghasilkan buah kebenaran yang memberikan damai kepada mereka yang dilatih olehnya.” (Ibrani 12:11). Kisah tentang bagaimana mutiara kita dihasilkan akan menjadi penghiburan kepada ramai orang yang menanggung nasib yang sama. Doa: Tuhan, biarlah aku menghasilkan mutiara kebenaran dan kedamaian pada waktu kesengsaraanku.4020
bottom of page











