top of page

Cari

3260 results found with an empty search

  • Sifat Ilahi Kekal

    Shalom saudara, Seterusnya marilah kita lihat ketuhanan Yesus dari sifat-sifat ilahi yang dimiliki Yesus. Apakah itu sifat-sifat ilahi? Sifat-sifat ilahi adalah seperti Mahatahu, Mahakuasa, Mahahadir, Mahatinggi, Yang layak di sembah, Pencipta, Tidak berubah dan sebagainya. Nah, semua ini adalah sifat-sifat ilahi yang hanya dimiliki oleh Allah sahaja. Kalau kita ingin membuktikan bahawa Yesus adalah Tuhan maka kita harus membuktikan bahawa Yesus memiliki sifat-sifat ilahi. Kalau kita dapat buktikan itu maka Yesus benar-benar adalah Tuhan. Bukan sekadar manusia biasa. Maka kita lihat sekarang bukti yang menunjukkan Yesus memiliki sifat-sifat ilahi. Iaitu yang pertamanya, Yesus adalah kekal. Dalam Yohanes 8:58 berkata begini, Yesus berkata, “Aku berkata kepadamu sesungguhnya, sebelum Abraham jadi Aku telah ada.” Dalam surat Ibrani 13:8 berkata, Yesus Kristus tetap sama baik kemarin mahupun hari ini dan sampai selama-lamanya. Dalam erti kata lain Yesus adalah sama dari dulu sekarang dan sampai selama-lamanya tidak akan berubah. Injil Yohanes 1:1 berkata begini, Pada mulanya adalah Firman. Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Dalam ayat Yohanes 1:1 ini kita tahu bahawa Firman ini merujuk kepada Yesus Kerana ayat 14 dalam Yohanes 1 mengatakan bahawa Firman itu menjadi manusia dan diam bersama-sama dengan kita. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sebelum dunia dijadikan Yesus telah wujud. Yesus telah wujud sebelum adanya ciptaan dan Yesus telah wujud sebelum bermulanya zaman, jam atau waktu. Maka Yesus adalah kekal. Hakikat bahawa Yesus sekarang duduk di sebelah kanan Allah Bapa dan bahawa Ia akan datang kembali nanti juga sangat jelas menunjukkan bahawa Yesus adalah kekal. Nah, sekiranya Yesus menunjukkan sifat kekekalan, maka Yesus memiliki sifat-sifat yang ilahi. Ini adalah kerana hanya Tuhan yang kekal. Yesus memiliki banyak gelaran dan satu daripada gelaran yang sangat menunjukkan kekekalannya adalah Alfa dan Omega, Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Pertama dan Yang Kemudian. Dan kita tahu bahawa gelaran Alfa dan Omega yang dahulu dan yang terkemudian adalah gelaran Tuhan yang disebut beberapa kali di dalam Perjanjian Lama. Nah, contohnya dalam Yesaya 41:4 “Aku, Tuhan, yang terdahulu, dan bagi mereka yang terkemudian Aku tetap Dia juga.” Dalamnya Yesaya 44:6 Beginilah firman TUHAN Raja dan Penebus Israel Tuhan semesta alam, “Akulah yang terdahulu, Akulah yang terkemudian; Tidak ada Allah selain dari pada-Ku.” Demikian juga dalam Yesaya 48:12 berkata “Dengarkanlah Aku, hai Yakub dan engkau Israel yang Ku panggil! Akulah yang tetap sama, Akulah yang terdahulu, Akulah juga yang terkemudian!” Amen Dalam Perjanjian Baru, Yesus juga dipanggil Alfa dan Omega. Iaitu juga bermaksud Dialah yang kekal sampai selama-lamanya. Dan dalam Wahyu 1:8 berkata begini Yesus berkata, “Aku adalah Alfa dan Omega Firman Tuhan Allah Yang ada Dan yang sudah ada Dan yang akan datang Yang Mahakuasa.” Nah, perhatikan di dalam ayat ini Yesus sendiri yang mengatakan Bahawa Dialah yang Mahakuasa. Dia adalah Alfa dan Omega, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang. Nah, maksud yang ada itu adalah yang sekarang dan yang sudah ada itu adalah yang dahulu dan yang akan datang adalah yang masa depan. Ini jelas menunjukkan kekekalan Yesus yang sudah ada dari dulu sekarang dan sampai selama-lamanya. Itulah sebabnya Yesus boleh berjanji kepada kita bahawa Yesus Tidak akan membiarkan kita dan akan sentiasa menyertai kita sampai selama-lamanya. Dalam Wahyu 1:17-18 berkata ini, Yesus berkata, “Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Hidup. Aku telah mati namun lihatlah Aku hidup sampai selama-lamanya dan Aku memegang segala kunci maut dan kerajaan maut.” Wow! Dan seterusnya dalam Wahyu 5:13 juga berkata ini, Dan aku mendengar Semua makhluk yang di syurga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya berkata, “bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai Selama-lamanya.” Wahyu 11:15 berkata, Lalu malaikat yang ketujuh meniupkan sangkakalanya dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam syurga berkata, “Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya. Dia akan memerintah sebagai raja sampai Selama-lamanya.” Dan lagi dalam Wahyu 22:13 Yesus berkata ini, “Aku adalah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan yang Terkemudian, Yang Awal Dan Yang Akhir. Inilah satu-satu ayatnya yang tercantum ketiga-tiga gelaran ini Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terkemudian, Yang Awal dan Yang Akhir. Dan yang luar biasanya di dalam gelaran ini kita dapat membuktikan bahawa Yesus memiliki sifat-sifat ilahi Yang Mahakuasa, Mahatahu Dan Mahahadir. Nah, sebagai Alfa dan Omega Awal dan yang Akhir bermaksud Yesus sudah ada Sebelum dunia dijadikan dan Ia wujud sampai sekarang dan Ia jugalah yang akan datang nanti dan yang akan memerintah sampai selama-lamanya. Nah, ini menunjukkan keberadaan Yesus Iaitu yang sentiasa hadir. Nah, maka Yesus juga adalah Mahahadir, sifat ilahi Tuhan. Sebagai Alfa dan Omega juga menunjukkan Yesus sudah ada sebelum dunia dijadikan dan Yesus lah yang menciptakan segala sesuatu. Nah, seperti mana Yohanes 1:3 Juga mengatakan bahawa segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia iaitu Yesus, tidak ada sesuatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan. Nah, kalau Yesus mencipta segala sesuatu maka Yesus adalah Mahakuasa. Yesus sendiri mengaku bahawa Dialah Mahakuasa. Sepertimana yang telah dibaca tadi dalam Wahyu 1:8 Aku adalah Alfa dan Omega, Firman Tuhan Allah, Yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang Yang Mahakuasa. Nah, perhatikan Yesus mengatakan bahawa dirinya adalah Mahakuasa. Satu lagi sifat ilahi Tuhan. Sebagai Alfa dan Omega, Yesus mengawal segala-galanya dari awal hingga ke akhir supaya rencana Tuhan akan digenapi. Tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari perhatian-Nya. Nah, kalau ia mengawal segala-galanya dari awal dan akhir, maka Yesus juga adalah Mahatahu. Dan seharusnya Mahakuasa dan yang pastinya harus Mahahadir. Halleluyah! ya Saudara saudara, hanya dalam satu gelarannya sebagai Alfa dan Omega sudah sangat menunjukkan KeIlahian Yesus. Hanya dalam satu gelaran ini - Alfa dan Omega. Maka kita haruslah yakin Bahawa Yesus benar-benar adalah Tuhan. Dan sebagai Alfa dan Omega dalam hidup kita Yesus mengawal, Yesus memperhatikan Dan Yesus memelihara hidup kita. Itu keselamatan kita, itu sangatlah terjamin. Kerana Yesus tidak akan berubah. Yesus tetap sama dulu, sekarang Dan selama-lamanya. Dan kerana Yesus tidak akan berubah maka keselamatan kita juga tidak akan berubah dan Yesus dapat menjamin keselamatan kita. Amen! Dialah yang tahu Segala-galanya. Dan Dialah yang berkuasa memastikan rancangan-Nya akan digenapi dalam hidup kita dan kerajaan-Nya. Nah, bukankah Tuhan telah berjanji dalam Yeremia 29:11 Sebab Aku ini mengetahui Rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, Demikianlah firman Tuhan. Iaitu Rancangan damai sejahtera bukan rancangan kecelakaan untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan. Ya, hari depan yang penuh harapan. Maka Teruslah percaya kepada Yesus Sebagai Alfa dan Omega hidup kita. Dan diharapkan gelaran ini Itu Alfa dan Omega Akan kita ingat selalu untuk terus memberi kekuatan kepada iman kita. Ya, terutamanya dalam hidup sekarang yang penuh cabaran dan sangat tidak menentu ini. Haleluyah! Segala puji dan hormat dan syukur diberikan kepada Yesus Kristus Tuhan kita. Sekian Terima Kasih Dan Tuhan memberkati. Amen. Komuniti Digital

  • Kebangkitan Yesus

    Kebangkitan Yesus Shalom saudara, sekarang marilah kita lihat bagaimana kebangkitan Yesus dapat menunjukkan keilahian Yesus. Sebab Lazarus pun bangkit dari kematiannya. Lalu apa beza kebangkitan Lazarus dan kebangkitan Yesus? Sebab kedua-duanya juga bangkit dari kematian. Nah, perbezaannya ada pada kesudahan mereka. Lazarus bangkit dan kesudahannya, dia mati. Yesus bangkit dan kesudahannya, Yesus di angkat ke syurga. Dan Yesus bukan sekadar di angkat ke syurga dan berada di syurga sekarang. Tetapi Alkitab mengatakan beberapa kali bahawa Yesus sekarang duduk di sebelah kanan Allah Bapa. Kenyataan bahawa Yesus duduk disebelah kanan Allah Bapa adalah untuk menunjukkan kesetaraan Yesus dan Allah Bapa. Dan itulah kedudukan yang tertinggi Dan yang termulia sekali. Ia juga bermaksud, Yesus bukan satu tingkat lebih rendah dari Allah dan bukan satu tingkat lebih tinggi dari Allah. Tetapi kedua-dua Allah dan Yesus adalah setaraf dan setara dari segi keilahian. Maka duduk di sebelah kanan Allah Bapa, adalah kedudukan Yang tertinggi Yang termulia Yang Teragung Yang diberikan kepada Yesus Dan ini membuktikan Yesus adalah Tuhan. Kebenaran bahawa Yesus duduk disebelah kanan Allah adalah sangat penting sekali sehingga telah menjadi sebahagian daripada pengakuan iman rasuli yang kita lafazkan dalam kebaktian minggu sesetengah gereja. Nah, satu daripada pengakuan iman yang awal oleh pengikut-pengikut Yesus pada abad yang pertama adalah pengakuan iman dalam Filipi 2:6-11, Iaitu tentang Yesus dituliskan bahawa yang walaupun dalam rupa Allah Yesus tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan. Filipi 2:6-11 6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. 8 Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. 9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, 10 supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, 11 dan segala lidah mengaku: ”Yesus Kristus adalah Tuhan,” bagi kemuliaan Allah, Bapa! Nah, perhatikan dalam ayat ini Yesus setara dengan Allah tetapi Yesus tidak mahu mempertahankan kesetaraan-Nya dengan Allah pada masa itu. Kenapa? Nah, ayat seterusnya mengatakan melainkan telah mengosongkan dirinya sendiri. Iaitu Yesus mengetepikan kemuliaannya dan takhtanya dan turun ke dunia dari syurga. Untuk apa? Untuk mengambil rupa seorang hamba dan menjadi sama dengan manusia dan dalam keadaan sebagai manusia. Dia telah merendahkan dirinya dan taat sampai mati. Bahkan sampai mati di kayu salib. Perhatikan ayat yang ke-9, itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya Nama di atas segala nama supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit Dan yang ada di atas bumi Dan yang ada di bawah bumi Dan segala lidah mengaku Yesus Kristus adalah Tuhan bagi kemuliaan Allah Bapa. Maka pengikut-pengikut Yesus dari awal lagi, dalam abad yang pertama, telah mengaku tanpa ragu-ragu, Yesus Kristus adalah Tuhan bagi kemuliaan Allah Bapa. Duduk disebelah kanan Allah. Itu kedudukan Yesus yang tertinggi Juga menunjukkan bahawa Yesus adalah di atas segala-galanya. Sehinggakan dalam nama Yesus, bertekuk lutut segala yang ada di langit dan di bumi. Dan juga kedudukannya yang tertinggi ini, Yesus mengatasi atau melebihi Segala-galanya termasuk apa jua kuasa dan penguasa yang wujud, samada yang di langit atau yang di bumi. Perhatikan petikan ini dalam Efesus 1:18-22 18 Dan supaya Ia menjadikan mata hatimu terang, agar kamu mengerti pengharapan apakah yang terkandung dalam panggilan-Nya: betapa kayanya kemuliaan bagian yang ditentukan-Nya bagi orang-orang kudus. 19 dan betapa hebat kuasa-Nya bagi kita yang percaya, sesuai dengan kekuatan kuasa-Nya, 20 yang dikerjakan-Nya di dalam Kristus dengan membangkitkan Dia dari antara orang mati dan mendudukkan Dia di sebelah kanan-Nya di sorga. 21 jauh lebih tinggi dari segala pemerintah dan penguasa dan kekuasaan dan kerajaan dan tiap-tiap nama yang dapat disebut, bukan hanya di dunia ini saja, melainkan juga di dunia yang akan datang. 22 ' Dan segala sesuatu telah diletakkan-Nya di bawah kaki Kristus dan Dia telah diberikan-Nya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada. Perhatikan dalam kedua-dua petikan Filipi 2 dan Efesus 1, kematian dan kebangkitan Yesus ada kaitan rapat dengan keilahian Yesus. Iaitu menunjukkan bahawa Yesus diberi kedudukan yang tertinggi, yang termulia dan yang teragung. Itu sebagai Tuhan segala tuhan dan Raja segala raja. Sehinggakan dalam nama Yesus akan bertekuk lutut segala yang ada di langit. dan yang ada di atas bumi Dan yang ada di bawah bumi Dan segala lidah mengaku, Yesus Kristus adalah Tuhan. Nah, perhatikan yang mengakui Yesus Kristus adalah Tuhan adalah segala makhluk yang ada di langit dan di atas bumi dan dibawah bumi. Dan kita tahu, Hal ini akan terjadi nanti, seperti mana yang telah diwahyukan dalam Wahyu 5:13 Dan aku mendengar semua makhluk yang di sorga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya, berkata: ”Bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba, adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya!” Dan kita tahu bahawa Anak Domba yang dimaksudkan itu adalah Yesus. Nah, ada satu perkara yang sangat menarik di sini, kenapa disebut Anak Domba? Nah, ini juga ada keistimewaannya dalam surat Wahyu. Dalam surat Wahyu sahaja gelaran Anak Domba ini disebut sekurang-kurangnya 30 kali. Nah, kenapa begitu banyak sekali, lebih banyak daripada yang disebut dalam empat Injil yang digabungkan bersama? Sebab surat Wahyu ingin menekankan bahawa walaupun Yesus adalah seperti anak domba Yang harus dikorbankan, namun yang dikorbankan itu sekarang telah bangkit dan hidup sampai selama-lamanya. Malah sebagai Anak Domba. Ia bertakhta ! Dan kebenaran ini, telah ditekankan oleh Yesus sendiri dari awal lagi dalam surat Wahyu sebagai kata-kata dorongan kepada orang-orang percaya yang sedang melalui penderitaan pada masa itu. Ya, Yesus berkata dalam Wahyu 1:17-18 17 Ketika aku melihat Dia, tersungkurlah aku di depan kaki-Nya sama seperti orang yang mati; tetapi Ia meletakkan tangan kanan-Nya di atasku, lalu berkata: ”Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir, 18 dan Yang Hidup. Aku telah mati, namun lihatlah, Aku hidup, sampai selama-lamanya dan Aku memegang segala kunci maut dan kerajaan maut. ' Ayat ini akan saya huraikan lebih lanjut lagi di bahagian lain. Apabila kita melihat sifat-sifat keilahian Yesus kerana ayat ini juga sangat membuktikan Yesus adalah Tuhan maka jelaslah kebangkitan Yesus sangat membuktikan ketuhanan Yesus kerana Yesus sekarang duduk di sebelah kanan Allah Bapa dan melalui kebangkitan Yesus, Yesus berada dalam kedudukan yang tertinggi, termulia dan teragung. Mengatasi segala-gala kuasa dan penguasa baik yang di langit, mahu pun yang di bumi, sehingga semua musuh kuasa itu berada di bawah tumpuan kaki-Nya. Haleluyah. Sekian Terima Kasih dan Tuhan memberkati anda semua yang telah mendengar. Amen.

  • Mempertahankan Ketuhanan Yesus

    Shalom saudara. Terima kasih kerana mengambil masa untuk mendengar Siri Apologetik yang akan disampaikan dalam beberapa bahagian ini. Topik pertama dalam Siri Apologetik ini adalah "Mempertahankan Ketuhanan Yesus" Kenapa keilahian Kristus penting? Jika Yesus bukan Tuhan, Ia sekadar seorang manusia biasa. Maka sebagai manusia biasa, Yesus akan mempunyai dosa. Dan kalau Yesus berdosa, mustahil lah, Yesus dapat menjadi penyelamat yang sempurna dan mengenapi pekerjaan penebusan-Nya. Jikalau Yesus adalah Tuhan, maka ia memiliki: sifat yang ilahi sifat yang mulia Dan sempurna Dengan itu, Yesus dapat menjadi korban yang sempurna untuk membayar dosa manusia. Jikalau Yesus bukan Tuhan, mustahil lah Yesus dapat menanggung dosa manusia. Apa lagi menanggung kemurkaan penghukuman Allah. Dan jikalau Yesus tidak dapat melaksanakan kerja penebusan-Nya, maka manusia tidak akan ada keselamatan - tidak akan ada harapan. Manusia akan binasa untuk selama-lamanya. Tetapi, kerana Yesus adalah Tuhan, Yesus dapat menjadi penyelamat yang sempurna dan melalui pengorbanan-Nya, yang hanya satu kali sahaja. Alkitab berkata dalam Ibrani 10:14 (TB) Sebab oleh satu korban saja Ia telah menyempurnakan untuk selama-lamanya mereka yang Ia kuduskan. Maka kalau anda di soal, macam mana kamu tahu bahawa Yesus itu adalah Tuhan? Bolehkah anda menjelaskan ketuhanan Yesus dalam Alkitab? Yesus tidak berkata "Akulah Tuhan, maka kamu mesti sembah aku". Ya memang betul, Yesus tidak berkata, "Akulah Tuhan. Sembahlah Aku." Tapi ketuhanan Yesus, sangat jelas dapat kita lihat dalam Alkitab, kalau kita membuka hati untuk mengenal Yesus secara peribadi. Ada lima cara untuk membuktikan ketuhanan Yesus, Tanpa Yesus mengatakan "Akulah Tuhan": 1) Kebangkitan Yesus dari mati 2) Penggenapan nubuatan Tentang Yesus 3) Mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus 4) Hidupnya yang tidak berdosa 5) Yesus memiliki sifat-sifat yang ilahi Kita lihat yang pertama, iaitu penggenapan nubuatan tentang Yesus. Nah, pertimbangkan, sebahagian dari nubuatan-nubuatan berikut tentang Yesus. Beberapa contoh: Iaitu yang pertama telah dinubuatkan bahawa: Yesus akan dilahirkan oleh seorang anak dara dan nubuatan ini benar-benar terjadi dan Yesus itu akan dilahirkan dari suku Yehuda, dari keturunan Daud dan dilahirkan di Betlehem. Akan diurapi oleh Roh Kudus Yesus akan melakukan mukjizat-mukjizat Ada juga nubuatan, tentang penyalibannya: Yesus akan dijual dengan harga 30 keping wang perak Dan duit itu akan digunakan untuk membeli Tanah tukang periuk belanga Dan Yesus itu juga akan diejek-ejek dan disalibkan Dan dia mengharungi kesengsaraan Dengan sabar, Dia akan dipukul dan diludahi Dan terdapat sekurang-kurangnya 300 nubuatan tentang Yesus Dan ini menunjukkan bahawa Yesus, bukanlah manusia yang biasa kerana terdapat begitu banyak sekali nubuatan tentang Yesus dan kebanyakan nubuatan-nubuatan ini di catat untuk kita dalam Perjanjian Lama. Bukan oleh seorang penulis atau seorang nabi tetapi beberapa nabi dan beberapa penulis dan kalau anda perhatikan nubuatan-nubuatan tersebut, kebanyakannya sangat detail sekali. Itu sangat spesifik, iaitu bukan nubuatan yang umum ataupun yang general Contohnya: Tempat kelahiran. Yesus dinubuatkan dengan begitu spesifik sekali Iaitu di Bethlehem Cara kematiannya, sampai dinubuatkan bahawa askar-askar akan membagi-bagikan pakaiannya Tulang Yesus tidak akan dipatahkan Yesus akan dijual dengan wang perak 30 keping tepat-tepat 30 keping. Tak kurang satu tak lebih satu Dan duit itu, akan digunakan untuk membeli tanah tukang periuk belanga Yang luar biasanya, kebanyakan dari nubuatan-nubuatan ini telah digenapi dalam Perjanjian Baru. Adalah penting untuk mengetahui bahawa semua nubuatan nubuatan dalam Perjanjian Lama telah dicatat beberapa abad yang lalu. Iaitu sekurang-kurangnya 400 tahun sebelum kelahiran Yesus. Secara lahirnya, ia adalah sesuatu yang mustahil. Untuk membuat ramalan-ramalan yang akan digenapi beratus-ratus tahun kemudian. Maka, penggenapan nubuatan ini, juga membuktikan satu kebenaran yang sangat penting iaitu Alkitab kita adalah benar. Amen? Dan apa yang ditulis di dalamnya adalah benar dan boleh dipercayai. Sebab sekiranya ada satu nubuatan yang tidak terjadi, maka kita harus ragui kesahihan Alkitab. Tapi kita tahu bahawa kebanyakan nubuatan terutamanya tentang Yesus telah terjadi. Saya katakan kebanyakkan kerana ada satu nubuatan tentang Yesus yang belum terjadi iaitu kedatangannya yang kali kedua. Tapi kita percaya dan yakin nubuatan ini akan terjadi kerana semua nubuatan sebelumnya tentang Yesus juga telah terjadi. Dan apabila Yesus datang kembali semuanya akan berakhir. Penghakiman dunia akan bermula. Sebagai orang-orang yang telah beriman kepada Yesus, kita tidak perlu takut dengan kedatangan Yesus. Malah kita sekarang menanti-nantikan kedatangan Yesus dengan penuh harapan kerana apabila Yesus datang kembali Yesus akan menubuhkan kerajaan baru dan kita yang setia sampai akhir akan dimuliakan dan memerintah bersama-sama dengan Yesus. Yesus akan menghakimi seluruh dunia. Kita tidak akan dihakimi. Melainkan beroleh hidup yang kekal bersama Yesus. Ya, seperti mana kata Yesus dalam Yohanes 5:24 Yohanes 5:24 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa mendengar perkataan-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, ia mempunyai hidup yang kekal dan tidak turut dihukum, sebab ia sudah pindah dari dalam maut ke dalam hidup. Nah, dengar sekali lagi, Ia akan mempunyai hidup yang kekal dan tidak turut dihukum sebab ia sudah pindah dari dalam maut ke dalam hidup Nah, kepada anda yang belum percaya kepada Yesus, saya mendorong anda berdasarkan kebenaran-kebenaran yang telah kita dengar tentang Yesus, terimalah Yesus sebagai Penyelamat dari Tuhan. Dan anda akan menerima pengampunan dosa sekarang dan diselamatkan Kita tidak perlu tunggu sampai akhirat untuk mengetahui samada anda sudah selamat atau tidak. Sekarang. Hari ini anda boleh tahu bahawa anda dapat diselamatkan kerana keselamatan itu sudah sedia ada sekarang. Keselamatan itu adalah anugerah Tuhan yang boleh kita terima dengan percaya dan beriman. Seperti mana janji Allah mengatakan dalam 1 Yohanes 5:11-12 1 Yohanes 5:11-12 11Dan inilah kesaksian itu: Allah telah mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. 12 Barangsiapa memiliki Anak, ia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, ia tidak memiliki hidup. Nah, bukalah hati anda untuk terus mengenal Tuhan Yesus secara peribadi. Dengan ini tamatlah bahagian pertama Siri Apologetik mempertahankan atau menjelaskan Ketuhanan Yesus Sekian Terima Kasih dan Tuhan memberkati. Komuniti Digital

  • Roh Pengetahuan

    Pr. Eddy Marson

  • Roh Keperkasaan

    Pr. Eddy Marson

  • Sekarang

    Elder Ann Wan Kuan

  • Kesabaran

    Elder Ann Wan Kuan

  • Kemurahan Hati

    Elder Ann Wan Kuan

  • Musim

    Elder Ann Wan Kuan

  • Benih

    Elder Ann Wan Kuan

  • Hanya Satu Injil

    Pr. Eddy Marson

bottom of page