Support Us
Support Us
Cari
3259 results found with an empty search
- Janji Luar Biasa Di Akhir Zaman
Pr. Susan Hoover
- Hal Pertama Dilakukan Paulus Di Efesus
Pr. Susan Hoover
- Alfa Dan Omega
Pr. Susan Hoover
- Musim Kering
Pr. Susan Hoover
- Lebih Dari Yang Kita Doakan
Pr. Susan Hoover
- Memaafkan Orang Lain
Efesus 4:26-27 (AVB) 26 Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa." Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, 27 dan jangan beri tempat kepada iblis. Efesus 4:30-32 (AVB) 30 Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. 31 Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32 Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus. Efesus 4:31-32 (AVB) 31Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus. Matius 6:12 (AVB) Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. Ini adalah tabiat yang terakhir dan penting saudara. Dunia yang kita hidup sekarang adalah dunia yang tidak sempurna. Manusia di dunia ini adalah manusia yang tidak sempurna. Dan oleh itu, kita akan sentiasa dilukai. Apa yang penting ialah untuk kita belajar memaafkan orang lain. Efesus 4:26-27 26 Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa." Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, 27 dan jangan beri tempat kepada iblis. Ini adalah firman Tuhan yang penting saudara-saudari. Jikalau hari ini, ada di antara kita yang masih memendam kepahitan, inilah harinya, kita mulakan tabiat memaafkan orang lain. Kita bukan lakukan ini, sekali, tetapi kita melakukan ini berulang-ulang kali sehingga, ia menjadi tabiat kita, yang sering memaafkan orang lain. Kita terus lihat di dalam ayat 30, Efesus 4:30-32 30 Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. 31 Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32 Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus. Apakah memaafkan seseorang itu senang? Tidak sama sekali. Dan mungkin salah satu situasi yang paling susah untuk kita memaafkan orang lain ialah apabila kita dikhianati. Apabila kita telah memberikan kepercayaan kepada seseorang dan seseorang itu, berpaling tadah dan mengkhianati kita. Mereka melakukan sesuatu yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran saudara yang mereka akan melakukan sesuatu yang sangat kejam. Tetapi, Tuhan mahu kita memaafkan mereka. Kita sebagai umat manusia, tidak akan terkecuali daripada disakiti berulang-ulang kali. Kadang-kadang kita akan dilukai secara segaja ataupun secara tidak sengaja. Cara kita meresponi kelukaan tersebut akan menentukan bagaimana kita akan terjejas. Jikalau kita mengampuni, kita akan mendapati bahawa kita akan boleh maju kehadapan dan mendapat kebahagiaan. Tetapi, jikalau kita memilih kepahitan, kita akan memberikan kelukaan kita menjejas sepanjang hidup kita. Kita akan terperangkap. Paulus mengatakan di dalam Alkitab, “singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.” (Efesus 4:31-32 AVB) Apakah antidot racun kepahitan? Pengampunan. Paulus mengatakan bahawa cara kita menyingkirkan kepahitan ialah dengan saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampuni kita semua di dalam Kristus. Apakah pada hari ini, kita mempunyai kepahitan akan orang lain? Boyfriend kita? Girlfriend kita? Majikan kita? Ibu bapa kita? Anak kita? Jiran kita? Kawan kita? Guru kita? Mari kita membuat keputusan untuk memberikan Yesus kebenaran untuk membuangkan kepahitan kita daripada sistem kita. Mari kita memilih untuk mengampuni seseorang tersebut, sepertimana Allah telah mengampuni kita dalam Kristus. Biar Tuhan yang membebaskan kita daripada kepahitan dan memberi ruang di dalam hati kita untuk kebaikan dan belas kasihan. Yesus mengajar kita berdoa dan Dia mengajar kita “Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.” (Matius 6:12 AVB) Inilah saranan Tuhan kepada kita. Mungkin saudara-saudari telah dilukai dengan begitu dalam sekali. Mungkin saudara-saudari memikirkan bahawa adalah mustahil untuk mengampuni seseorang tersebut. Sebab itu, kita memerlukan Yesus Kristus. Hanya dengan kuasa kasih Tuhanlah yang dapat membebaskan kita daripada kepahitan. “Kepahitan membelenggu kehidupan: kasih melepaskannya … Kepahitan melumpuhkan kehidupan: kasih memperkasakannya …” Elder Ann WK
- Memuridkan Orang Lain
Matius 28:18-20 18Yesus datang dan berkata kepada mereka, "Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. 19Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. 20Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman." Matius 10:1-15 1Yesus memanggil dua belas orang murid-Nya lalu memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan. 2Nama dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; 3Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus; 4Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia. 5Yesus mengutus dua belas orang murid itu dengan petunjuk demikian: "Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. 6Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel. 7Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat. 8Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. 9Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga dalam tali pinggangmu. 10Jangan bawa beg, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu, kerana seorang pekerja layak menerima makanannya. 11Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. 12Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. 13Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu. 14Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu. 15Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu." Tabiat memuridkan orang lain adalah tabiat yang sangat. Perkataan memuridkan di sini, saya gunakan dalam bahagian penginjilan dan pengajaran firman Tuhan. Amanat Agung Matius 28:18-20 Segala kekuasaan telah diserahkan kepada ku, baik di syurga, mahupun di bumi. Oleh itu, pergilah, jadikan semua bangsa muridku. Baptislah mereka dengan nama bapa, anak dan roh kudus Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersama mu, hingga ke akhir zaman. Perkara yang pertama yang Yesus lakukan apabila telah memanggil ke 12 muridnya, ialah dengan mengajar mereka untuk menjangkau dan memuridkan orang lain. Matius 10, Yesus mengutus mereka untuk pergi ke daerah bangsa-bangsa asing dan ke kota orang samaria (Orang yang dipandang rendah dan jijik oleh orang Yahudi pada ketika itu). Dan khabarkan bahawa kerajaan syurga sudah dekat. Mereka diberikan kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan. Dari awal lagi, Yesus mahu murid-muridnya belajar untuk memuridkan orang lain Yesus mengutus mereka seperti domba di tengah serigala, dan mereka haruslah bijak seperti ular dan tulus seperti merpati. Dan Yesus mahu mereka berani .. walaupun mereka ditangkap, Tuhan akan menyertai mereka dan mereka diberitahu jangan khuatir apa yang harus mereka katakan apabila mereka ditangkap, kerana mereka akan dipimpin oleh Tuhan apa yang harus mereka katakan. Adalah penting untuk kita, pada hari ini, membuat keputusan untuk menyemai tabiat untuk memuridkan orang lain. Saya cadangkan kita mulan mulakan dengan 5 langkah yang simple. Pertama - kita doa supaya Tuhan menyediakan orang yang sesuai Kedua, kita siapkan tempat, masa dan berapa orang untuk kita kumpulkan. Saya cadangkan kita mulakan dengan 3 atau 5 orang. Keep it small. Ketiga, sambil kita berdoa, kita pilih orang yang Tuhan sediakan. Dan saya cadangkan ialah untuk orang yang mempunyai sifat FAT. Faithful Available Teachable Setia, Bersedia dan Boleh diajar. Ke-empat, kita kumpulkan mereka di ruang physical atau virtual,. Di Komuniti Digital, kita ada bahan pemurdian di Akademi Komuniti Digital dan juga ruang komuniti yang boleh kita gunakan untuk memulakan kumpulan baru. Dan langkah yang ke-lima jangan kita lengahkan, kita mulakan kumpulan secepat mungkin. Dan jikalau kita terus, berulang-ulang melakukan pemruridan, saya percaya, kita akan digunaka Tuhan dengan luar biasa. Izinkan saya kongsikan visi, pelipat-gandaan pemuridan. Apabila Yesus menceritakan ibarat tentang seorang penyemai yang murah hati, (Dalam bahasa Indonesia - perumpamaan seorang penabur) Ada benih yang jatuh di tepi jalan. Ada benih yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya Ada benih yang jatuh di tempat yang bertanah tetapi penuh dengan duri. Ada benih yang jatuh ke tanah yang subur, yang memberikan hasil 30, 60 dan 100 kali ganda. Inilah yang saya gambarkan di dalam slide ini. Kumpulan yang kecil yang pertama, jikalau jatuh ke tanah yang subur, akan melipatganda .. dan melipatganda… Jadi, hari, ini. Mari kita sama-sama doakan, termasuk saya sendiri, supaya kita adalah tanah yang subur, yang akan melipatgandakan murid Yesus. Mungkin pertama kalinya, kita tidak berjaya, tetapi, jikalau kita tidak menyerah kalah dan terus memupuk disciplin untuk memuridkan orang lain, saya percaya, permuridan dan penginjilan akan menjadi satu tabiat yang natural. Di dalam situasi Covid 19, saya sangat percaya, bahawa, kekuatan satu gereja adalah bergantung kepada betapa kuatnya kumpulan pemuridan di dalam gereja. Mari kita minta Tuhan memberikan kita tabiat untuk memuridkan orang lain. Elder Ann WK
- Memberi Dengan Murah Hati
Lukas 6:38 (AVB) Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. 2 Korintus 9:6-7 (AVB) 6 Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. 7 Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. Memberi kepada Tuhan dan Kepada Orang Lain Saudara, ingatkah kita dengan firman Tuhan di dalam Lukas 6:38 Lukas 6:38 Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. Wow saudara-saudari, ukuran yang kita gunakan untuk memberi adalah ukuran yang sama berkat yang akan kita terima. Tuhan kita adalah Tuhan yang baik dan setia. Satu pengalaman yang saya ada ialah kita tidak boleh memberikan lebih daripada Tuhan. We can never outgive God. Inilah tabiat yang ke-5 yang boleh kita praktikan di dalam hidup kita. 2 Korintus 9:6-7 6 Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. 7 Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. menyemai sediklit, kita akan menuai sedikit. Menyemai banyak, kita akan menuai banyak. Satu lagi perkara yang penting di dalam firman Tuhan ini. Tuhan akan sangat senang hati dengan kita dan mengasihi kita apabila Pertamanya, apabila kita memberi dengan tulus hati. Keduanya, apabila kita memberi dengan gembira. (cheerful giver) inilah janji Tuhan saudara-saudari, Tuhan yang tinggal di dalam kita akan memelihara kita Setiap kali kita memberikan persepuluhan, contohnya, kita akan menyatakan kepada Tuhan: Untuk Masa Dahulu Untuk Masa Sekarang Untuk Masa hadapan Untuk Masa Dahulu - kita bersyukur kepada berkat yang telah diberikan kepada kita untuk masa yang lepas. Untuk Masa Sekarang - kita menyatakan bahawa, Tuhan adalah yang pertama dan utama di dalam hidup kita, yang sekarang ini. Untuk Masa hadapan – kita menyatakan Iman kita kepada Tuhan yang akan memenuhi segala keperluan kita untuk masa yang akan datang. … Amen teman-teman sekalian Ada satu ketika, apabila Yesus berhadapan dengan peti wang persembahan dan melihat betapa orang memasukkan wang ke dalamnya. Ramai orang kaya memasukkan sumbangan yang besar. Kemudian seorang balu yang miskin memasukkan dua keping wang tembaga, yang sangat kecil nilainya. Nah, Yesus mengatakan bahawa balu yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang memasukkan wang ke dalam peti persembahan. Orang kaya memberi daripada kekayaan mereka yang melimpah Tetapi, si balu itu, memberi daripada kemiskinanya, dan memasukkan seluruh rezekinya kepada Tuhan. Apabila kita memberi, ia juga ada kaitannya dengan prinsip semai-tuai. Lebih kita menyemai, lebih kita menuai. Tetapi lebih daripada itu, apabila kita mempunyai tabiat memberi dengan murah hati, Harta kekayaan, tidak lagi mempunyai ikatan yang akan membantut pertumbuhan rohani kita. Lebih kita mempunyai tabiat rohani yang saya cadangkan, kita akan mendapat berkat Tuhan seperti yang tertulis di dalam Ulangan 28. Janjinya ialah kita akan menerima berkat dan penerimaan berkat todak berhenti di sini sahaja. tabiat yang ke-5 ini, adalah untuk melangkapkan putaran berkat tesebut, iaitu tabiat untuk kita memberi dengan murah hati. Kita yang diberkati, haruslah memberkati .. Elder Ann WK












