top of page

Memuridkan Orang Lain



Matius 28:18-20

18Yesus datang dan berkata kepada mereka, "Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. 19Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. 20Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman."


Matius 10:1-15

1Yesus memanggil dua belas orang murid-Nya lalu memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan. 2Nama dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; 3Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus; 4Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia. 5Yesus mengutus dua belas orang murid itu dengan petunjuk demikian: "Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. 6Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel. 7Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat. 8Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. 9Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga dalam tali pinggangmu. 10Jangan bawa beg, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu, kerana seorang pekerja layak menerima makanannya. 11Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. 12Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. 13Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu. 14Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu. 15Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu."


Tabiat memuridkan orang lain adalah tabiat yang sangat.


Perkataan memuridkan di sini, saya gunakan dalam bahagian penginjilan dan pengajaran firman Tuhan.


Amanat Agung Matius 28:18-20

  1. Segala kekuasaan telah diserahkan kepada ku, baik di syurga, mahupun di bumi.

  2. Oleh itu, pergilah, jadikan semua bangsa muridku.

  3. Baptislah mereka dengan nama bapa, anak dan roh kudus

  4. Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah kuperintahkan kepadamu.

  5. Aku akan sentiasa bersama mu, hingga ke akhir zaman.


Perkara yang pertama yang Yesus lakukan apabila telah memanggil ke 12 muridnya, ialah dengan mengajar mereka untuk menjangkau dan memuridkan orang lain.


Matius 10,

  1. Yesus mengutus mereka untuk pergi ke daerah bangsa-bangsa asing dan ke kota orang samaria (Orang yang dipandang rendah dan jijik oleh orang Yahudi pada ketika itu).

  2. Dan khabarkan bahawa kerajaan syurga sudah dekat.

  3. Mereka diberikan kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan.

  4. Dari awal lagi, Yesus mahu murid-muridnya belajar untuk memuridkan orang lain

  5. Yesus mengutus mereka seperti domba di tengah serigala, dan mereka haruslah bijak seperti ular dan tulus seperti merpati.

  6. Dan Yesus mahu mereka berani .. walaupun mereka ditangkap, Tuhan akan menyertai mereka dan mereka diberitahu jangan khuatir apa yang harus mereka katakan apabila mereka ditangkap, kerana mereka akan dipimpin oleh Tuhan apa yang harus mereka katakan.


Adalah penting untuk kita, pada hari ini, membuat keputusan untuk menyemai tabiat untuk memuridkan orang lain.


Saya cadangkan kita mulan mulakan dengan 5 langkah yang simple.


Pertama - kita doa supaya Tuhan menyediakan orang yang sesuai


Kedua, kita siapkan tempat, masa dan berapa orang untuk kita kumpulkan. Saya cadangkan kita mulakan dengan 3 atau 5 orang. Keep it small.


Ketiga, sambil kita berdoa, kita pilih orang yang Tuhan sediakan. Dan saya cadangkan ialah untuk orang yang mempunyai sifat FAT.

  1. Faithful

  2. Available

  3. Teachable

  4. Setia, Bersedia dan Boleh diajar.


Ke-empat, kita kumpulkan mereka di ruang physical atau virtual,.

  1. Di Komuniti Digital, kita ada bahan pemurdian di Akademi Komuniti Digital dan juga ruang komuniti yang boleh kita gunakan untuk memulakan kumpulan baru.


Dan langkah yang ke-lima jangan kita lengahkan, kita mulakan kumpulan secepat mungkin.


Dan jikalau kita terus, berulang-ulang melakukan pemruridan, saya percaya, kita akan digunaka Tuhan dengan luar biasa.


Izinkan saya kongsikan visi, pelipat-gandaan pemuridan.

  1. Apabila Yesus menceritakan ibarat tentang seorang penyemai yang murah hati, (Dalam bahasa Indonesia - perumpamaan seorang penabur)

  2. Ada benih yang jatuh di tepi jalan.

  3. Ada benih yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya

  4. Ada benih yang jatuh di tempat yang bertanah tetapi penuh dengan duri.

  5. Ada benih yang jatuh ke tanah yang subur, yang memberikan hasil 30, 60 dan 100 kali ganda.


Inilah yang saya gambarkan di dalam slide ini.

  1. Kumpulan yang kecil yang pertama, jikalau jatuh ke tanah yang subur, akan melipatganda .. dan melipatganda…

  2. Jadi, hari, ini. Mari kita sama-sama doakan, termasuk saya sendiri, supaya kita adalah tanah yang subur, yang akan melipatgandakan murid Yesus.

  3. Mungkin pertama kalinya, kita tidak berjaya, tetapi, jikalau kita tidak menyerah kalah dan terus memupuk disciplin untuk memuridkan orang lain, saya percaya, permuridan dan penginjilan akan menjadi satu tabiat yang natural.


Di dalam situasi Covid 19, saya sangat percaya, bahawa, kekuatan satu gereja adalah bergantung kepada betapa kuatnya kumpulan pemuridan di dalam gereja.


Mari kita minta Tuhan memberikan kita tabiat untuk memuridkan orang lain.


Elder Ann WK

コメント


bottom of page