Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- Berkat Tuhan (2)
Pr. Sam Surendran
- Apakah Empat Hukum Rohani?
Empat hukum rohani ialah cara untuk menjelaskan berita baik penyelamatan melalui kepercayaan pada Yesus Kristus kepada orang lain. Kaedah ini ialah satu cara yang mudah untuk mengatur maklumat-maklumat penting dalam Berita Baik menjadi empat titik rujukan yang mustahak. Hukum rohani pertama ialah, “Tuhan mengasihi kamu dan mempunyai satu rancangan yang baik untuk hidup kamu.” Yohanes 3:16 memberitahu kita, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” Yohanes 10:10 menerangkan sebab-sebab Yesus datang ke dunia ini, “Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup iaitu hidup yang kelimpahan.” Apa yang menghalang kita daripada kasih Tuhan? Apa yang menyekat kita daripada mendapat hidup yang berlimpahan? Hukum rohani kedua ialah, “Semua manusia dicemar oleh dosa maka terpisah daripada Tuhan. Akibatnya, kita tidak mengetahui rancangan Tuhan yang baik bagi kita.” Roma 3:23 mengesahkan fakta ini, “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” Roma 6:23 menunjukkan akibat buruk dosa, “Kematian adalah upah dosa.” Tuhan mencipta kita supaya mempunyai hubungan yang baik dengan-Nya. Tetapi, manusia membawa dosa ke dunia ini, lalu terpisah dan bermusuhan dengan Tuhan. Persahabatan antara manusia dengan Tuhan telah dimusnahkan oleh dosa manusia. Apakah cara penyelesaiannya? Hukum rohani yang ketiga ialah, “Yesus Kristus ialah penyelesaian yang disediakan oleh Tuhan bagi dosa kita. Melalui Yesus Kristus, dosa kita akan diampuni dan persahabatan dengan Tuhan dapat dipulihkan.” Roma 5:8 menyatakan, “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.” 1 Korintus 15:3-4 memberitahu kita segala yang perlu dilakukan dan dipercayai agar dapat diselamatkan, “Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam AlKitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.” Yesus mengumumkan bahawa Dialah jalan tunggal untuk mendapat penyelamatan di Yohanes 14:6, “Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapatkan hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.” Bagaimana saya boleh mendapat hadiah yang terbaik ini? Hukum rohani yang keempat ialah, “Kita mesti percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat agar mendapat hadiah penyelamatan dan mengetahui rancangan Tuhan yang baik dalam hidup kita.” Yohanes 1:12 menerangkan hakikat ini, “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.” Kisah Para Rasul 16:31 menjelaskan, “Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan – kamu dan keluargamu!” Kita hanya boleh diselamatkan dengan rahmat Allah, melalui kepercayaan kepada Yesus (Efesus 2:8-9). Jika kamu hendak percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat, berdoalah kepada Tuhan seperti berikut. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.org
- Pak Tagal : Pelayanan Doa Gunung Murud
Pak Tagal Pengenalan singkat mengenai Pelayanan Doa Gunung Murud oleh Pak Tagal
- Bagaimana Saya Pasti Ke Syurga Selepas Mati?
Adakah kamu pasti bahawa kamu mempunyai hidup yang kekal dan akan pergi ke syurga selepas mati? Tuhan mahu kamu mengetahui hal ini dengan pasti! Kitab Injil menyatakan: “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu mempunyai hidup sejati dan kekal.”(1 Yohanes 5:13). Bayangkan kamu sekarang berdiri di hadapan Tuhan dan Dia bertanya kamu, “Mengapa Saya perlu benarkan kamu masuk ke syurga?” Kamu mungkin tidak tahu apa yang hendak dijawab. Kamu hanya perlu tahu bahawa Tuhan telah menyediakan satu cara yang memberitahu kita dengan pasti di mana kita akan berada selepas mati. Kitab Injil menyatakan: “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16). Mula-mula, kita perlu tahu apakah yang menghalang kita ke syurga. Masalahnya ialah – dosa semulajadi kita yang merosakkan hubungan kita dengan Tuhan. Kita ialah orang yang berdosa secara semulajadi dan juga mengikut suka hati sendiri. “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.”(Roma 3:23). Kita tidak boleh menyelamatkan diri sendiri. “Hal ini demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.” (Efesus 2:8-9). Kita patut pergi ke neraka dan mati selama-lamanya kerana “Kematian adalah upah dosa” (Roma 6:23). Tuhan adalah suci dan adil dan mesti menghukum dosa, tetapi Dia mengasihi kita dan menyediakan pengampunan dosa. “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6). Yesus mati untuk kita di atas salib: “Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya dia boleh memimpin kamu kepada Allah. Dia dibunuh dalam keadaan jasmani tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.” (1 Petrus 3:18). Yesus bangkit daripada kematian: “Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah.” (Roma 4:25) Maka, kembali kepada soalan asal - : “ Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?” Jawapannya ialah – percayalah kepada Tuhan Yesus lalu kamu akan diselamatkan – kamu dan keluargamu (Kisah Para Rasul 16:31). “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah” (Yohanes 1:12). Kamu boleh menerima hidup kekal sebagai hadiah percuma. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah” (Roma 6:23). Kamu boleh mempunyai hidup yang bermakna sekarang. Yesus berkata: “tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.” (Yohanes 10:10). Kamu boleh hidup kekal dengan Yesus di syurga, kerana Dia berjanji: “Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal.” (Yohanes 14:3). Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan mendapat pengampunan daripada Tuhan, berikut ialah satu contoh doa yang kamu boleh lafazkan. Doa tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi kepercayaan kepada Yesus Kristus yang mendatangkan pengampunan dosa. Doa hanya satu cara untuk menunjukkan iman kamu kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan demi pengampunan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
- Adakah Anda Memiliki Hidup Abadi?
Alkitab menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati Tuhan menyebabkan kita patut menerima hukuman. Oleh sebab pada dasarnya dosa-dosa kita adalah terhadap Tuhan yang abadi, maka hanya hukuman yang juga abadi baru mencukupi. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” (Roma 6:23). Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 19:31-42), mangambil alih hukuman yang kita patut terima (2 Korintus 5:21). Selepas tiga hari, dia bangkit semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia telah menewaskan dosa dan kematian. “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita” (1 Petrus 1:3). Dengan iman, kita mesti mengubah penetapan minda kita terhadap Kristus – siapa Dia, apa Dia buat dan mengapa – demi penyelamatan (Kisah Rasul-Rasul 3:19). Jika kita meletakkan kepercayaan kepada-Nya, percaya bahawa kematiannya di atas salib untuk menebus dosa kita, kita akan diampuni dan dijanji kehidupan abadi di syurga. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang telah dilakukan oleh Kristus di atas salib adalah jalan benar yang menuju ke hidup abadi! “Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu” (Efesus 2:8-9). Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda, berikut adalah satu contoh doa. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan ke atas Kristus yang dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya merupakan satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada-Nya dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya kerana Dia memberikan anda penyelamatan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. Alkitab menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati Tuhan menyebabkan kita patut menerima hukuman. Oleh sebab pada dasarnya dosa-dosa kita adalah terhadap Tuhan yang abadi, maka hanya hukuman yang juga abadi baru mencukupi. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” (Roma 6:23). Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 19:31-42), mangambil alih hukuman yang kita patut terima (2 Korintus 5:21). Selepas tiga hari, dia bangkit semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia telah menewaskan dosa dan kematian. “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita” (1 Petrus 1:3). Dengan iman, kita mesti mengubah penetapan minda kita terhadap Kristus – siapa Dia, apa Dia buat dan mengapa – demi penyelamatan (Kisah Rasul-Rasul 3:19). Jika kita meletakkan kepercayaan kepada-Nya, percaya bahawa kematiannya di atas salib untuk menebus dosa kita, kita akan diampuni dan dijanji kehidupan abadi di syurga. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang telah dilakukan oleh Kristus di atas salib adalah jalan benar yang menuju ke hidup abadi! “Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu” (Efesus 2:8-9). Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda, berikut adalah satu contoh doa. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan ke atas Kristus yang dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya merupakan satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada-Nya dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya kerana Dia memberikan anda penyelamatan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. Petikan dari www.gotquestions.org
- Apakah Maksudnya Dilahirkan Semula?
Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula? Petikan klasik kitab Injil yang menjawab soalan ini ialah Yohanes 3:1-21. Tuhan Yesus Kristus bercakap dengan Nikodemus, seorang Farisi yang paling berpengaruh dan beliau juga ialah salah seorang pemimpin agama Yahudi. Nikodemus datang mencari Yesus pada waktu malam. Beliau mempunyai soalan-soalan yang hendak ditanya kepada Yesus. Semasa Yesus bercakap dengan Nikodemus, Dia berkata, “…"Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula.” Nikodemus bertanya, “Bagaimanakah seorang dewasa dapat dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan untuk kali kedua!” Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah. Secara jasmani manusia dilahirkan oleh manusia, tetapi secara rohani manusia dilahirkan oleh Roh Allah. Janganlah hairan kerana Aku berkata kepadamu bahawa kamu semua mesti dilahirkan semula!” (Yohanes 3:3-7) Ungkapan “dilahirkan semula” bermakna “dilahirkan daripada atas”. Nikodemus mempunyai satu keperluan. Beliau perlukan perubahan hati – iaitu tranformasi dari segi rohani. Kelahiran baru atau dilahirkan kembali, adalah perbuatan Tuhan yang menanam kehidupan abadi di dalam orang yang percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat individu (2 Korintus 5:17; Titus 3:5; 1 Petrus 1:3; 1 Yohanes 2:29, 3:9, 4:7, 5:1-4,18). Yohanes 1:12,13 menyatakan bahawa “dilahirkan semula” membawa idea “dijadikan anak Tuhan” melalui kepercayaan kepada Yesus Kristus. Soalan logik ini timbul, “Mengapa seseorang perlu dilahirkan semula?” Rasul Paulus berkata di Efesus 2:1, “Dahulu kamu mati secara rohani kerana kamu tidak taat kepada pemerintah Allah dan kamu berdosa” Kepada orang Roma di Roma 3:23, Paulus berkata, "Kerana semua orang telah berdosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan." Jadi, semua orang perlu dilahirkan kembali supaya dosanya diampuni sepenuhnya dan mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Efesus 2:8,9 berkata, “Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri” Apabila seseorang “diselamatkan”, dia telah dilahirkan semula, rohaninya diperbaharui, dan sekarang dia menjadi anak Tuhan dengan hak kelahiran baru. Kepercayaan kepada Yesus Kristus bahawa Dia yang membayar denda dosa kita semasa Dia mati di atas salib, adalah makna “dilahirkan semula secara rohani”. “Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.”(2 Korintus 5:17). Jika kamu belum pernah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu, adakah kamu terasa pujukan daripada Roh Kudus semasa Dia bercakap di dalam hati kamu? Kamu perlu dilahirkan semula. Adakah kamu sudi berdoa dengan hati yang bertaubat supaya kamu boleh menjadi ciptaan baru pada hari ini dalam Kristus? “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya kepada nama-Nya. Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya.” (Yohanes 1:12-13). Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu kamu dan dilahirkan semula, di sini ialah satu doa yang mudah. Ingat, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah memberikan kamu pengampunan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya bertaubat daripada dosa saya dan percaya bahawa hanya Yesus Kristus dapat memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amen!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya mahu menerima Yesus” di bawah. petikan dari www.gotquestions.org
- Apakah Gereja?
Ramai orang pada hari ini berpendapat bahawa gereja merupakan sebuah bangunan. Ini bukan satu pemahaman yang Alkitabiah tentang gereja. Istilah “gereja” datangnya dari perkataan Yunani ekklesia yang mana definisinya adalah “perkumpulan” atau mereka “yang dipanggil keluar”. Pengertian dasar untuk “gereja” bukanlah bangunan tetapi merujuk kepada orang-orang percaya. Ironis sekali bila orang ditanya tentang gereja mana yang mereka hadiri, mereka sering merujuk kepada suatu bangunan . Roma 16: 5 Paulus berkata “Salam juga kepada jemaat di rumah mereka. Salam kepada Epenetus, saudara yang kukasihi, yang adalah buah pertama dari daerah Asia untuk Kristus.” Gereja adalah tubuh Kristus dan Dia adalah kepalanya. Efesus 1:22-23 berkata “Dan segala sesuatu telah diletakkan-Nya di bawah kaki Kristus dan Dia telah diberikan-Nya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada. Jemaat yang adalah tubuh-Nya, yaitu kepenuhan Dia, yang memenuhi semua dan segala sesuatu.” Tubuh Kristus terbentuk dari kesemua orang percaya sejak hari Pentakosta (Kisah 2) sehingga pada hari Kristus datang kembali. Tubuh Kristus terdiri daripada 2 bahagian: 1) Gereja sedunia yang terdiri daripada semua orang percaya yang memiliki hubungan peribadi dengan Yesus Kristus: “ Sebab dalam satu Roh kita semua, baik orang Yahudi, maupun orang Yunani, baik budak, maupun orang merdeka, telah dibaptis menjadi satu tubuh dan kita semua diberi minum dari satu Roh.” (1 Korintus 12:13). Ayat ini berkata sesiapa saja yang telah percaya adalah sebahagian daripada tubuh Kristus dan telah menerima Roh Kristus sebagai buktinya. Gereja sedunia adalah semua orang yang telah menerima keselamatan melalui iman kepada Yesus Kristus. 2) Gereja lokal adalah seperti yang disebut Paulus dalam Galatia 1:1-2: “Dari Paulus, seorang rasul...dan dari semua saudara yang ada bersama-sama dengan aku, kepada jemaat-jemaat di Galatia.” Di sini kita dapat melihat bahawa dalam wilayah Galatia terdapat beberapa gereja yang kita sebut sebagai gereja lokal. Gereja Baptis, Gereja Lutheran, Gereja Katolik bukanlah gereja dalam pengertian gereja sedunia, tetapi merupakan gereja lokal, perkumpulan orang-orang percaya secara lokal. Gereja sedunia terdiri daripada orang-orang yang dimiliki Kristus dan telah mempercayai-Nya untuk keselamatan mereka. Sebagai rumusan, gereja itu bukan sebuah bangunan atau aliran. Menurut Alkitab, gereja adalah tubuh Kristus - iaitu semua orang yang telah meletakkan iman mereka di dalam Yesus Kristus untuk keselamatan mereka (Yohanes 3:16; 1 Korintus 12:13). Gereja lokal adalah perkumpulan anggota-anggota gereja sedunia. Gereja lokal adalah tempat di mana anggota-anggota gereja sedunia dapat mengamalkan prinsip-prinsip tubuh yang terdapat dalam 1 Korintus 12: mendorong, mengajar dan membangun satu sama lain dalam pengenalan dan kasih karunia Yesus Kristus. Petikan dari www.gotquestions.org












