Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Meneladani Yesus
Oleh Pr Dillon Avun
- Diberkati Untuk Memberkati
Teks Rut 2:4-6,12,20 (BM) Tidak berapa lama kemudian, Boas sendiri datang dari Betlehem. Dia memberikan salam kepada para pekerjanya. "Semoga TUHAN menyertai kamu!" katanya. "Semoga TUHAN memberkati tuan!" jawab mereka. Kemudian Boas bertanya kepada ketua pekerjanya, "Siapakah keluarga wanita itu?" Ketua pekerja itu menjelaskan, "Dia wanita asing yang baru datang dari Moab bersama dengan Naomi. Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!" "Semoga TUHAN memberkati Boas!" kata Naomi kepada Rut. "TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada orang yang sudah meninggal." Katanya lagi, "Orang itu saudara dekat kita. Dialah yang patut bertanggungjawab terhadap kita." Pengajaran/Refleksi Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya kita belajar memberkati sesama dalam Tuhan dan bahkan bertanggungjawab kepada ahli keluarga kita seperti yang dilakukan Boas. Hari ini juga kita belajar untuk mengucapkan kata-kata berkat kepada sesama dalam Tuhan. Katakan begini: "Semoga TUHAN menyertaimu dan semoga TUHAN memberkatimu." Ingat, bahawa TUHAN sentiasa menepati janji-Nya baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada yang sudah meninggal, seperti yang disebut dalam Firman di sini. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Menunggu Bersama Yesus
Oleh Phicellyianna Jegai
- Jangan Hidup Sombong, Sebab Segala Yang Kita Miliki, Kepunyaan Tuhan
Teks Rut 1:18-21 (BM) Apabila Naomi melihat bahawa Rut berkeras hendak mengikut dia, Naomi tidak mengatakan apa-apa lagi. Mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka sampai di Betlehem. Apabila mereka tiba, segenap penduduk kota itu heboh. Kaum perempuan di situ berkata, "Betulkah dia itu Naomi?" Naomi menjawab, "Janganlah panggil saya Naomi. Panggillah saya Mara, kerana Allah Yang Maha Kuasa telah menjadikan kehidupan saya pahit. Dahulu ketika saya meninggalkan tempat ini saya berkecukupan, tetapi sekarang TUHAN membawa saya balik dengan tidak mempunyai apa-apa. Oleh itu, janganlah panggil saya Naomi lagi, kerana TUHAN Yang Maha Kuasa telah menghukum saya dengan banyak penderitaan." Pengajaran/Refleksi Firman Tuhan hari ini mengajar kita tentang kehidupan manusia. Ada yang hidup bermula dari kesusahan dan akhirnya menjadi senang, dan ada kalanya hidup manusia bermula dari kesenangan dan akhirnya menjadi susah. Seperti yang dikatakan Naomi, "Jangan panggil saya Naomi lagi, kerana Tuhan telah menghukum saya dengan banyak penderitaan." Dia meminta untuk dipanggil Mara, kerana Allah telah menjadikan kehidupannya pahit. Dahulu dia berkecukupan, tetapi sekarang Tuhan membawanya kembali ke Betlehem tanpa apa-apa. Kehidupan kita seperti roda yang berputar, dari bawah ke atas, dan dari atas ke bawah. Hai manusia, jangan menyombongkan dirimu, kerana segala yang ada padamu adalah dari izin Tuhan. Tuhan yang memberi, dan Dia juga yang mengambilnya. Ayub 1:21b "Tuhan yang memberi, Tuhan yang mengambil, terpujilah nama Tuhan!” Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit, Engkau sembuhkan; yang lemah, dikuatkan; dan yang ada masalah, dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Katakan Ya Atau Tidak Atas Dosa
Oleh Saudara Roger Jalong Taffi
- Hubungan Yang Kekal Sampai Selamanya
Teks Rut 1:14-17 (BM) Rut dan Orpa menangis lagi dengan tersedu-sedu. Kemudian Orpa mencium ibu mentuanya dan mengucapkan selamat tinggal, lalu pulang. Tetapi Rut tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya. Naomi berkata kepadanya, "Lihatlah Rut, birasmu sudah pulang kepada bangsanya dan dewa-dewanya. Pergilah, anakku. Pulanglah seperti birasmu." Tetapi Rut menjawab, "Janganlah suruh saya pulang. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama. Di mana saja mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga. Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian." Pengajaran/Refleksi Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya mengasihi sesama dengan sepenuhnya, seperti Rut mengasihi ibu mertuanya, Naomi. Apa yang dikatakan Rut sangat menyentuh hati. Dia rela bersama ibu mertuanya dalam apa saja keadaan, senang ataupun susah: Jangan suruh saya pulang, tetapi benarkan saya mengikut Mak. Ke mana saja Mak pergi, saya akan ikut bersama. Di mana saja Mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal. Bangsa Mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah Mak, akan saya sembah juga. Di mana saja Mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Tidak ada perkara lain dapat memisahkan mereka, kecuali kematian. Mari kita mengasihi sesama sampai selamanya, kecuali kematian yang memisahkan hubungan kita! Hubungan harus didasari dengan kejujuran, keikhlasan, pengorbanan, dan lain-lain. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit, Engkau sembuhkan; yang lemah, dikuatkan; dan yang ada masalah, dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin. Rev. Ali Langgit
- Senantiasa Ucapkan Kata-Kata Berkat Kepada Semua Orang
Teks Rut 1:6-9 (BM) Kemudian Naomi mendengar bahawa TUHAN telah memberkati umat-Nya dengan memberikan hasil tanaman yang baik kepada mereka. Oleh itu Naomi bersiap-siap untuk meninggalkan Moab bersama dengan kedua-dua orang menantunya. Mereka berangkat bersama-sama untuk balik ke Yehuda. Tetapi dalam perjalanan, Naomi berkata kepada kedua-dua orang menantunya, "Pulanglah ke rumah ibu kamu. Semoga TUHAN berbuat baik terhadap kamu seperti kamu telah berbuat baik terhadap aku dan terhadap mereka yang telah meninggal. Semoga TUHAN berkenan memberikan jodoh kepada kamu supaya kamu berumahtangga lagi." Setelah mengatakan demikian, Naomi mencium mereka sambil mengucapkan selamat tinggal. Tetapi Orpa dan Rut menangis tersedu-sedu. Pengajaran/Refleksi Ucapan berkat yang disebut Naomi kepada kedua menantunya: Semoga TUHAN berbuat baik terhadap kamu seperti kamu telah berbuat baik terhadap aku dan terhadap mereka yang telah meninggal. Semoga TUHAN berkenan memberikan jodoh kepada kamu supaya kamu berumahtangga lagi. Mari kita ucapkan kata-kata berkat kepada sanak saudara dan bahkan orang lain senantiasa. Semoga TUHAN berbuat baik kepada setiap orang yang berbuat baik kepada orang lain. Galatia 6:9 (BM) [9] Oleh itu, janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin. Rev. Ali Langgit
- Kesusahan Yang Menimpa Kehidupan Naomi
Teks Rut 1:1, 3-5 (BM) Pada zaman sebelum umat Israel mempunyai raja, kebuluran berlaku di tanah Kanaan. Pada waktu itu ada seorang lelaki bernama Elimelekh. Dia daripada puak Efrata, dan tinggal di Betlehem di wilayah Yehuda. Oleh sebab kebuluran itu, dia pergi ke negeri Moab bersama dengan isterinya Naomi, serta dua orang anak lelakinya, Mahlon dan Kilyon. Mereka tinggal di Moab untuk sementara waktu. Semasa mereka di sana, Elimelekh meninggal, maka tinggal Naomi bersama dengan dua orang anak lelakinya. Anak-anak lelakinya itu berkahwin dengan perempuan Moab, yang bernama Orpa dan Rut. Setelah mereka tinggal di Moab selama sepuluh tahun, Mahlon dan Kilyon pula meninggal, maka tinggal Naomi seorang diri. Dia kehilangan suaminya dan kedua-dua orang anaknya. Pengajaran/Refleksi Jika saat ini kita hidup dalam kesusahan atau penderitaan kerana sesuatu yang berlaku di dunia ini, dalam Firman Tuhan hari ini, kehidupan Naomi mungkin jauh lebih susah daripada kehidupan kita. Dia kehilangan orang yang disayanginya, iaitu suami dan anak-anaknya. Nama Naomi tercatat dalam Alkitab supaya setiap kita yang percaya kepada Tuhan yang Naomi sembah tetap percaya kepada-Nya, sebab semuanya telah direncanakan oleh Tuhan sendiri demikian. Apakah Tuhan menyertai kehidupan Naomi atau membiarkannya sendiri? Kisah seterusnya kita akan lihat esok lusa. Kiranya Tuhan memberkati kehidupan semua kita yang percaya dan bersandar kepada-Nya. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin. Rev. Ali Langgit
- Hakim Hakim 6-8
Oleh Saudari Yuriko Kesuma
- Ku Rindu Firman-Mu
Oleh Rev Ali Langgit
- Jangan Biarkan Satu Suku Kita Pun Pupus
Teks Hakim-Hakim 21:9-11, 14-15, 17, 21 (BM) Ketika diperiksa daftar kehadiran, maka didapati bahawa tiada seorang pun dari Yabes yang hadir. Oleh sebab itu, orang yang berkumpul di Betel itu mengirim 12,000 orang yang paling berani ke Yabes, dengan perintah, "Bunuhlah setiap orang di Yabes, termasuk kaum wanita dan kanak-kanak. Bunuhlah semua kaum lelaki dan setiap perempuan yang bukan dara." Dengan itu suku Benyamin pun kembali, lalu umat Israel memberi mereka anak-anak dara dari Yabes yang tidak dibunuh untuk menjadi isteri mereka. Tetapi bilangannya tidak cukup. Umat Israel kasihan terhadap suku Benyamin kerana TUHAN telah meretakkan kesatuan suku-suku Israel. Jangan sampai Israel kehilangan satu pun daripada dua belas sukunya. Kita mesti mencari jalan supaya suku Benyamin dapat mempunyai keturunan dan tetap mewarisi seluruh tanahnya; dan tunggulah di sana. Apabila anak-anak gadis Silo datang untuk menari pada perayaan itu, keluarlah dari ladang-ladang anggur itu, lalu masing-masing mengambil gadis-gadis itu secara paksa. Jadikanlah mereka isteri kamu dan bawalah mereka pulang ke wilayah Benyamin. Pengajaran/Refleksi 1. Suku Benyamin hampir menjadi pupus kerana perbuatan beberapa orang sahaja yang mahu membunuh orang Lewi di Gibea, sehingga hampir semua mereka dibunuh oleh umat Tuhan. 2. Untuk membangkitkan mereka sekali lagi, gadis-gadis dari Yabes diberikan menjadi isteri orang suku Benyamin. Dua perkara yang kita pelajari di sini adalah: 1. Jangan cuba melawan umat pilihan Tuhan, sebab pasti Tuhan akan membalas segala perbuatan kita. 2. Jangan leka dengan suku ataupun ahli keluarga, sehingga mereka pupus daripada masyarakat kita pada hari ini. Bagi yang masih bujang, jangan menikah dengan suku yang tidak seiman tetapi menikahlah dengan orang yang seiman dalam Tuhan Yesus Kristus. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani dan berlatih juga suku bangsa kami supaya tidak pupus berada di bumi ini. Amin. Rev. Ali Langgit
- Bangkit
Oleh Saudari Anatasia Arine












