top of page

(1) Menyembah Dalam Roh Dan Kebenaran

20 Nenek moyang kami menyembah Allah di gunung ini, tetapi bangsa Tuan berkata tempat orang menyembah Allah hanya di Yerusalem." 21 Yesus berkata, "Hai perempuan, percayalah, akan sampai saatnya kamu menyembah Bapa bukan lagi di gunung ini atau di Yerusalem. 22 Kamu menyembah apa yang tidak kamu kenal; sebaliknya, kami menyembah apa yang kami kenal kerana penyelamatan datang daripada orang Yahudi. 23 Akan sampai saatnya, malah sudah pun sampai, penyembah sejati akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; kerana Bapa menghendaki penyembah yang sedemikian. 24 Allah itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran."

(Yohanes 4:20-24 AVB)




Kita sentiasa menggunakan perkataan seperti kesyukuran, pujian dan penyembahan (Thanksgiving, Praise & Worship di dalam Bahasa Inggeris.) Izinkan saya berikan sedikit pencerahan kepada ketiga-tiga ini. Saya akan menggunakan ilustrasi pelangi sebagai metafora. Warna-warna pelangi adalah tersendiri dan berbeza (distinct) tetapi mereka bersebati di antara satu sama lain. Maksudnya, warna mereka “blend” dengan satu sama lain. Tidak ada garis mutlak di antara warna-warna pelangi.


Sama juga dengan kesyukuran, pujian dan penyembahan. Ketiga-tiga ini adalah berbeza tetapi “blend” atau bersebati di antara satu sama lain.

  • Kesyukuran adalah berkenaan dengan kebaikan Tuhan.

  • Pujian adalah berkenaan dengan kebesaran Tuhan

  • Penyembahan adalah berkenaan dengan kesucian Tuhan.


  • Thanksgiving relates to God’s goodness.

  • Praise relates to God’s greatness

  • Worship relates to God’s holiness.


Penyembahan adalah berkenaan dengan sikap dalaman hati kita. Sikap dalaman hati kita (inward attitude of the heart) akan menyebabkan penyembahan kita diterima oleh Tuhan. Kondisi hati kita di dalam penyembahan adalah jelas apabila kita melihat bahagian Alkitab di Yohanes 4. Ia adalah berkenaan dengan perbualan di antara Yesus dan wanita Samaria. Yesus bertemu dengan wanita Samaria tersebut di perigi Yakub. Wanita tersebut berbicara tempat penyembahan samada di Yerusalem atau Samaria - sebagai pusat penyembahan. Apabila wanita Samaria tersebut berbicara tentang lokasi fizikal pusat penyembahan yang benar, Yesus menukar perbualan tersebut kepada arah yang lain.




Mari kita menarik perhatian kita kepada beberapa poin di dalam perbincangan di antara Yesus dan Wanita Samaria ini.


Pertama, perkataan Yesus kepada wanita tersebut adalah prophetik. Di dalam beberapa ratusan tahun selepas perbincangan ini, Bait Suci Yerusalem dimusnahkan dan dihancurkan dan adalah mustahil untuk orang Yahudi menyembah di sana.


Kedua, sebelum Bait Suci Yerusalem dimusnahkan, Tuhan telah memberikan alternatif kepada umat Israel untuk menyembahnya. Tuhan memindahkan keperluan untuk menyembah dari lokasi fizikal kepada kondisi rohani. Kondisi rohani yang Yesus nytakan ialah “menyembah dalam roh dan kebenaran”


Ketiga, Tuhan mencari penyembah yang sedemikian. Ini adalah bahagian Firman Tuhan yang exciting dan menakjubkan. Tuhan mencari mereka untuk menyembahNya. Yesus berkata “Akan sampai saatnya, malah sudah pun sampai, penyembah sejati akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; kerana Bapa menghendaki penyembah yang sedemikian. Allah itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.” Tuhan inginkan penyembah yang menyembah dalam roh dan kebenaran.


Di tempat pekerjaan kita, di marketplace, pekerjaan di dalam Ibrani ialah “Avodah”. Ya, "avodah" ialah perkataan Ibrani yang boleh diterjemahkan sebagai "worship" dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Ibrani, "avodah" membawa makna yang lebih luas yang merangkumi kedua-dua penyembahan dan kerja. Ia menandakan perkhidmatan, kerja, atau pengabdian kepada Tuhan. Ia menyerlahkan idea bahawa kerja kita, apabila dilakukan dengan hati yang melayani Tuhan, boleh menjadi satu ibadah.


Dalam konteks Perjanjian Lama, "avodah" sering digunakan untuk menggambarkan pelbagai tugas yang dilakukan oleh imam di Khemah Suci yang termasuk mempersembahkan korban, memimpin ibadat, dan melayani umat Tuhan. Ia juga merangkumi konsep berkhidmat kepada Tuhan dalam kehidupan seharian, menyedari bahawa tugas dan pekerjaan harian kita boleh menjadi persembahan ibadat apabila dilakukan dengan hati dan motif yang betul.


Jadi, "avodah" mengingatkan kita bahawa ibadah tidak terhad kepada upacara keagamaan atau perhimpunan semata-mata tetapi meluas ke semua aspek kehidupan kita. Ia merangkumi perkhidmatan kita kepada Tuhan, baik dalam ibadat formal mahupun dalam cara kita hidup dan bekerja di dunia. Ia adalah jemputan untuk melihat pekerjaan dan aktiviti harian kita sebagai peluang untuk menghormati dan memuliakan Tuhan, mendedikasikan mereka kepada pelayanan Tuhan.


Minggu mari kita sama, sama menjelajahi karakteristik seorang penyembah yang sejati dan bagaimana kita boleh praktikannya ke dalam kehidupan kita seharian, termasuk kita yang di marketplace atau termasuk hari-hari selain daripada hari Ahad.


Ibadah bukanlah hari Ahad sahaja. Malahan, boleh saya katakan bahawa ibadah yang sejati, ialah apabila kita di hari Isnin sampai ke hari Sabtu. Kita tidak mahu hanya kudus pada hari Ahad, dan kudis, pada hari-hari Isnin sampai ke Sabtu.


Penyembah yang sejati ialah penyembah yang menyembah di dalam roh dan kebenaran. Mari kita sama-sama renungkan bagaimana kita boleh menjadi penyembah yang sejati di Marketplace?




bottom of page