Kita mulakan dengan siri yang baru, yang saya tajukkan “7 Prinsip Kewangan”, dan semua ini adalah berdasarkan dengan apa yang tertulis di dalam Firman Tuhan. Hidup kita di dunia adalah sementara, destini hidup kita adalah kepada hidup yang berkekalan dengan Tuhan. Tetapi, sementara kita di dunia, Tuhan telah memberikan kita prinsip-prinsip kewangan. Dan jikalau kita praktikan ke dalam kehidupan kita, saya yakin, kita akan hidup dengan kemenangan di dalam kewangan kita.
Kita sebagai seorang yang melayani di marketplace, haruslah membina dasar kewangan yang kukuh di dalam kehidupan kita, melalui “spiritual law of finances”. “undang-undang rohani kewangan”.
Berikut adalah beberapa alasan mengapa mempelajari prinsip kewangan adalah penting:
Pengurusan : kita belajar menjadi pengurus yang baik.
Kemurahan hati : kita menjadi seorang yang murah hati di dalam pemberian kita.
Menghindari ketamakan dan materialisme : Kita menjauhkan diri dari menjadi orang tamak dan materialistik.
Tanggungjawab : kita menjadi seorang yang bertanggungjawab di dalam pengurusan wang.
Perspetif kekelaan : Kita akan mempunyai perspektif "eternity". Hidup di dunia adalah ujian untuk kita diberikan tugas yang lebih besar.
Tahukah kita, Yesus berbicara lebih tentang hal-hal kewangan daripada tentang syurga dan neraka. Yesus juga menceritakan lebih banyak perumpamaan atau ibarat tentang wang daripada subjek-subjek yang lain.
Mari kita sama-sama pelajari, prinsip yang pertama ini iaitu "Prinsip Hak Milik."
Roma 11:36 (AVB) Segala-galanya daripada Dia, melalui Dia dan kepada Dia. Bagi Allah kemuliaan selama-lamanya.
Mazmur 24:1 (AVB) Bumi ini milik Tuhan dengan segala yang di dalamnya, dunia dan semua penghuninya;
Hagai 2:8 (AVB) Perak itu milik-Ku dan emas itu milik-Ku, demikianlah firman Tuhan alam semesta.
Inilah prinsip hak-milik. Semuanya yang kita ada adalah milik Tuhan dan kita hanyalah pengurus yang telah Tuhan percayakan kepada kita. Semuanya yang kita ada adalah milik Tuhan dan kita hanyalah pengurus yang telah Tuhan percayakan kepada kita.
Ini penting. Pola pemikiran ini radikal sekali. Jikalau kita tahu bahawa hakmilik yang kita ada adalah kepunyaan Allah. Segala yang lain akan menyusul dengan teratur. Segala keputusan kita akan bergantung kepada kebenaran ini, iaitu, hak-milik yang kita ada adalah Tuhan yang punya.
Bagaimana kita menguruskan wang yang dipercayakan Tuhan kepada kita, akan menentukan samada Tuhan akan memberikan kita kepercayaan yang lebih. Jikalau kita mahu menjadi pengikut Yesus yang benar, kita harus memindahkan hak milik harta kita kepada Tuhan.
Lukas 14:33 (AVB) Begitu juga sesiapa antara kamu yang tidak meninggalkan segala miliknya, tidak boleh menjadi murid-Ku.
Apabila kita menyatakan segala yang kita ada adalah milik Tuhan, oleh itu segala keputusan pembelanjaan wang adalah keputusan spiritual. – iaitu, keputusan rohani.
Maksudnya, kita tidak lagi bertanya kepada Tuhan, “Tuhan, apakah yang harus saya lakukan dengan duit saya”. Tetapi, kita akan berkata, “Tuhan apakah yang harus saya lakukan dengan duit Tuhan !” Jadi, jikalau kita mempunyai kefahaman ini, pembelanjaan dan penyimpanan wang adalah keputusan rohani. Maksudnya, setiap kali kita membeli segala sesuatu - makanan, kereta, rumah, pakaian, shopping dsb. Semua itu, adalah keputusan rohani yang harus kita berhati-hati sebagai pengurus yang baik, Sama tarafnya dengan pemberian kepada organisasi misi dan persepuluhan yang kita berikan kepada Tuhan ! Tanggung-jawab kita adalah untuk menguruskan wang yang diberikan dengan baik.
Tetapi keputusan yang paling bijak, ialah menyerahkan diri kita kepada Yesus Kristus yang memberikan kita kehidupan kekal. Ini berkenaan dengan hidup kita di akhirat satu hari nanti. Kita adalah milik Tuhan dan keselamatan adalah melalui Yesus Kristus.
Adalah juga penting bahawa, Tuhanlah yang memberikan kita kemampuan untuk memperolehi kekayaan.
“Sebaliknya, ingatlah Tuhan, Allahmu, kerana Dialah yang memberikan kepadamu kekuatan untuk memperoleh kekayaan itu, demi meneguhkan perjanjian yang telah Dia sumpah kepada nenek moyangmu, seperti pada hari ini.”
Ulangan 8:18 AVB
Kekayaan di dalam hidup kita datang begitu sahaja, tetapi kekayaan diperolehi melalui pekerjaan dan usaha kita. Dan kekuatan kita datang daripada Tuhan .. dan dengan itu, kita memperolehi kekayaan.
Sumber kekuatan adalah dari Tuhan, dan kekuatan yang datang daripada Tuhan memerlukan kita meresponi dan bertindak.
Adalah penting untuk kita, sebagai pelayan Tuhan di marketplace, mengetahui bahawa kapasiti kita sebagai seorang yang percaya, boleh ditambahkan.
Kita boleh melaburkan diri ke dalam pertubuhan peribadi (personal development) dengan membaca buku, menghadiri seminar, mendapat ijazah, MBA di dalam bahagian kepimpinan, kewangan, marketing, komunikasi dsb.
Kita boleh bertumbuh di dalam skill kita. Skill yang diperlukan bergantung kepada industri yang kita sedang atau akan libatkan diri. Contohnya, programming, data science, softskills, negotiation skills dsb.
Kita boleh menguatkan jaringan kita. (networking). Kita boleh network dengan mereka-mereka yang berjaya melalui events, industry groups dsb.
Kita boleh memupuk minda yang bertumbuh (growth mindset).
Kita boleh bertumbuh secara spiritual. Sangat penting untuk kita menjadi seorang pekerja yang "high performance".
Kesimpulan, idea pengurusan wang yang diamanahkan adalah penting. Seorang pengurus amanah adalah seseorang yang dipercayakan dengan kekayaan atau harta milik orang lain dan bertanggung jawab untuk menguruskan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan pemilik. Seorang pengurus bukanlah pemilik, ia hanya mengelola apa yang telah diberikan kepadanya. Sebagai pengurus (pengelola), kita bertanggung jawab atas harta yang Tuhan berikan kepada Anda. Tuhan memberikan kita wang, harta benda, dan benda material dan sebagainya. Kita bertanggung jawab untuk mengelolanya untuk kepentingan terbaik Tuhan (Matius 25:14-30). Sebagai pengelola wang Tuhan yang dipercayakan, kita harus menerapkan prinsip-prinsip pengurusan wang Tuhan.
Elder Ann Wan Kuan
Comments