top of page

Halangan-Halangan Mental Yang Menyebabkan Kita Tidak Mendengar Suara Tuhan

“Oleh itu, kikislah segala tabiat buruk dan kelakuan jahat. Kemudian terimalah firman yang disemaikan-Nya ke dalam hatimu dengan rendah hati, kerana firman itu dapat menyelamatkanmu.”

(‭‭Yakobus‬ ‭1‬:‭21‬ ‭AVB‬‬)





Kita semua tahu tentang bagaimana talipon bimbit kita mendapat signal dan kualiti yang berlainan di tempat dan masa yang berlainan. Sama juga dengan kita yang bekerja di Marketplace, kita juga harus belajar untuk meletakkan diri kita di posisi yang betul. Posisi adalah penting untuk kita mendapat signal yang baik.


Kadang-kadang kita tidak memberikan peluang untuk Tuhan berbicara dengan kita. Kita telah tetapkan di dalam fikiran kita apa yang mahu kita lakukan, contohnya. Kita mahu melakukan apa yang mahu kita lakukan dan tidak memberikan ruang untuk Tuhan berbicara apa yang harus kita lakukan. Hati kita, mungkin dikeraskan, dan mungkin kita tidak mahu mendengar suara Tuhan.


Apabila kita menutup minda kita, tentu sekali Tuhan tidak akan berbicara dengan kita. Minda kita adalah tempat di mana pertempuran rohani berlaku. Di minda kitalah, Iblis juga mahu berkuasa. Sebab itulah, Firman Tuhan adalah salah satu cara untuk kita menguatkan kubu pertanahan rohani kita, terutama sekali, kepada kita yang percaya.


Jikalau kita betul-betul mahu mendengar suara Tuhan, kita harus juga mengerti apa yang menghalang kita daripada mendengarnya. Ada 3 halangan mental yang menutup minda kita daripada mendengar pesanan Tuhan.


#1: Keangkuhan (Pride)


Jikalau kita berfikir bahawa kita tidak memerlukan Tuhan dan kita boleh mengendalikan pekerjaan kita di marketplace, kita mungkin tidak akan mendengar Tuhan berbicara. Keangkuhan kita dengan kemampuan kita, talenta kita, kebijaksanaan kita, pengalaman kita dsb, akan menghalang kita untuk terbuka untuk mendengar suara Tuhan. Seolah-olah, kita boleh melakukan segalanya dengan tenaga dan kepandaian kita sendiri. Kita tidak memerlukan pertolongan orang lain, terutama sekali Tuhan.


Tuhan, hanya boleh hadir di dalam hidup kita semasa hari Ahad di gereja tetapi, di tempat pekerjaan, kita tinggalkan Tuhan di rumah atau gereja. Mindset ini, haruslah diubah jikalau kita mahu Tuhan berbicara dengan kita semasa di tempat kerja kita. Mindset ini, harus diubah, jikalau kita memerlukan pertolongan Tuhan di marketplace.


Bagaimana kita menyingkirkan keangkuhan?

  • Kita mengaku keangkuhan kita (Amsal 16:18, Matius 23:12).

  • Kita fokus kepada keagungan Tuhan (Mazmur 95:6-7)

  • Melayani orang lain (Matius 23:11)

  • Bersyukur (1 Tesalonika 5:18)

  • Berdoa untuk kerendahan hati. (Yakobus 4:6)


#2: Ketakutan (Fear)


Banyak juga orang tidak dapat mendengar pesanan Tuhan kerana kita takut untuk mendengar suara Tuhan. Kita takut kerana apabila kita mendengar suara Tuhan atau kita merasakan arahan Tuhan, ia akan menjadikan kita sebagai seorang fanatik.


Tuhan bukanlah mahu kita menjadi fanatik agama. Malahan, Tuhan mahu bersama dengan kita.


“Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan. Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. Sebab kuk-Ku serba mudah, dan beban-Ku pun ringan."”

(‭‭Matius‬ ‭11‬:‭28‬-‭30‬ ‭AVB‬‬)


Konteks firman di atas adalah pekerjaan. Kuk adalah bahagian kayu diantara dua ekor lembu. Konteks ialah pekerjaan. Berkerja untuk membajak tanah. Dan kuk, adalah caranya satu ekor lembu yang berpengalaman mengajar dan membimbing seekor lembu yang satu lagi.


Di sini, tahun mahu membimbing kita di tempat pekerjaan dan hanyalah kita takut bimbingaNya di Marketplace.


Bagaimana menyingkirkan ketakutan ?

  • Mencari Tuhan dengan hati yang suci. (Mazmur 51:10-12)

  • Berpegang kepada kebaikan Tuhan (Mazmur 145:9)

  • Membaca Firman Tuhan

  • Doa untuk kita membezakan (discernment) (Yohanes 16:13)

  • Mencari nasihat dari orang yang beriman.


#3: Kepahitan


Apabila kita berpegang kepada kesakitan hati, rasa dendam atau kepahitan, kita tidak akan dapat mendengar suara Tuhan. Ini adalah kerana hati kita adalah di dalam situasi yang keras.


Kita kita sejuk dan akan menyebabkan kita defensif. Ini akan menghalang hati kita untuk menerima kasih Tuhan.


Mungkin kita telah disakiti orang lain di tempat pekerjaan kita. Kita harus melepaskan rasa dendam dan rasa benci kita, bukan untuk orang yang satu lagi itu, tetapi untuk diri kita sendiri. Kepahitan atau rasa dendam adalah luka yang dilakukan oleh diri kita sendiri. Maksudnya, kita membiarkan luka yang lepas untuk terus menjadikan hati kita pahit sampai ke hari ini. Kita harus melepaskannya, bukan kerana kita mahu orang lain meminta ampun kepada kita tetapi kerana kita harus teruskan dengan hidup kita yang sekarang dan masa hadapan.


“Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.”

(‭‭Efesus‬ ‭4‬:‭31‬-‭32‬ ‭AVB‬‬)


Singkirkanlah … bermaksud kita buangkan. Maksudnya kita melepaskan kepahitan, keberangan, kemarahan, pergaduhan dan umpatan. Ia tidak bergantung kepada orang yang menyakiti hati kita, tetapi bergantung kepada diri kita sendiri untuk melakukannya. Kita memerlukan pertolongan dan kekuatan Tuhan.


Bagaimana?

  • Kita memaafkan orang yang menyakiti hati kita (Matius 6:15)

  • Kita lepaskan (Filipi 3:13-14)

  • Kita bersyukur (1 Tesalonika 5:18)

  • Kita berdoa (Filipi 4:6-7)


Renungan :

  • Apakah langkah yang boleh kita ambil untuk mendengar suara Tuhan.

  • Apakah perubahan di dalam hidup kita yang boleh kita lakukan untuk melepaskan kepahitan, keberangan, kemarahan, pergaduhan dan umpatan.

  • Apakah kita mentaati apa yang dinyatakan Tuhan?

bottom of page