top of page

(3) Mempercayai Tuhan Akan Menepati Janji-Nya



“Aku tidak menjauh daripada perintah-Nya. Aku menyimpan khazanah firman-Nya lebih daripada makananku sehari-harian.”

(Ayub 23:12 AVB)


Adakah kita tahu bahawa mengakui keputus-asaan kita kepada Tuhan boleh menjadi pernyataan iman? Mempercayai Tuhan tetapi berasa putus asa pada masa yang sama, Daud menulis, “Aku percaya; maka aku berkata, "Aku ditimpa keazaban teruk." (Mazmur 116:10 AVB)


Ini kelihatan seperti ada percanggahan: Aku percaya kepada Tuhan, tetapi saya ditimpa keazabab teruk! Daud berterus terang dan ini sebenarnya menunjukkan iman yang mendalam.


  • Pertama, dia percaya kepada Tuhan.

  • Kedua, dia percaya Tuhan akan mendengar doanya.

  • Ketiga, dia percaya Tuhan akan membiarkan Daud menyatakan apa yang dia rasa dan Tuhan masih mengasihi Daud.


Tidak kira keadaan dan perasaan, kita berpegang kepada sifat Tuhan yang tidak berubah. Ingatkan diri kita tentang apa yang kita tahu benar tentang Tuhan selama-lamanya: Dia baik, dia mengasihi kita, dia bersama kita, dia tahu apa yang kita alami, Dia mengambil berat, dan Dia mempunyai rancangan yang baik untuk hidup kita. Ada seorang pernah berkata, "Jangan pernah meragui waktu kegelapan apa yang Tuhan katakan kepada kita waktu terang."


Apabila kehidupan Ayub hancur dan Tuhan diam, Ayub masih mencari sebab untuk memuji Tuhan. Kita boleh memuji Tuhan kerana alasan yang sama:


  • Dia baik dan penyayang. (Ayub 10:12)

  • Dia maha kuasa. ( Ayub 42:2; 37:5, 23 )

  • Dia melihat setiap butiran kehidupan anda. ( Ayub 23:10; 31:4 )

  • Dia mengawal (He is in control). ( Ayub 34:13 )

  • Dia mempunyai rancangan untuk hidup kita. (Ayub 23:14)

  • Dia akan menyelamatkan kita. (Ayub 19:25)


Semasa kekeringan rohani, bergantunglah dengan sabar pada janji-janji Tuhan, bukan emosi kita. Dan sedar bahawa dia membawa kita ke tahap kematangan yang lebih mendalam, kerana persahabatan yang berdasarkan emosi adalah cetek.


Jadi jangan diganggu oleh masalah. Keadaan tidak dapat mengubah sifat Tuhan. Rahmat Tuhan masih berkuasa penuh; dia tetap untuk kita, walaupun kita tidak merasakannya. Walau apa pun, Ayub berpegang teguh pada Firman Tuhan. Dia berkata, “Aku tidak menjauh daripada perintah-Nya. Aku menyimpan khazanah firman-Nya lebih daripada makananku sehari-harian.” (Ayub 23:12).


Sama juga dengan kita yang di marketplace. Kita belajar daripada Ayub. Kepercayaan kepada Firman Tuhan ini menyebabkan Ayub tetap setia walaupun tidak ada yang masuk akal dalam hidupnya. Imannya tetap kuat di tengah-tengah kesengsaraan, dan Tuhan menghormati dan memulihkan Ayub kerananya.


Amen.


bottom of page