top of page

(4) Pelaburan



Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-4, iaitu Prinsip Pelaburan. Dalam sesi yang lepas, kita diperingatkan tentang 2 cara bagaimana untuk kita mengerjakan wang.

  • Pertama, ialah menyimpan wang, yang telah kita pelajari di dalam sesi yang lepas.

  • Kedua ialah melabur wang kita. Inilah yang kita akan pelajari di dalam sesi ini.


Telah dicadangkan, prinsip minimum 10-10, iaitu

  • Kita memberikan 10% kepada Tuhan (Persepuluhan)

  • Kita menyimpan 10% untuk masa hadapan dan masa kecemasan.

  • Dan yang bakinya, Kita hidup dengan 80%. Kita menggunakan sebahagian daripada 80% ini untuk membuat pelaburan.


Ada yang mencadangkan yang lebih aggresif.

  • 20% daripada pendapatan disediakan untuk simpanan. (Termasuk akaun bersara, seperti EPF, wang kecemasan dsb).

  • 10%-20% daripada pendapatan untuk memberi kepada yang memerlukan, Persepuluhan dsb.

  • 10%-20% untuk pelaburan.

  • 50%-70% daripada pendapatan untuk kehidupan seperti rumah, makanan, kenderaan, hiburan.


Maksudnya, kita boleh menggunakan 10-20% atau daripada pendapatan kita untuk pelaburan. Tetapi, persoalan yang penting ialah, bolehkah kita hidup dengan 50% pendapatan kita ?


Di dalam Matius 25:16, yang telah kita hayati di dalam sesi yang lepas, hamba yang pertama, yang dipuji tuannya, memperniagakan wang tuannya dan mendapat keuntungan 100%.


Beberapa cara untuk kita melabur wang kita.


(1) Kita melaburkan wang kita ialah dengan memulakan perniagaan (business)


Di dalam situasi yang sekarang ini, mungkin Tuhan akan mengajar kita memulakan business yang kecil. Dan dari business yang kecil ini, jika kita lakukan dengan setia, ia akan bertambah dan bertambah.


Apa yang dinyatakan di sini ialah sebahagian daripada pendapatan kita haruslah dilaburkan untuk mendapat lebih pendapatan.


Maksudnya, kita mengerjakan wang yang kita ada. Lebih baik daripada membeli TV, perabut, handphone, kereta baru dsb .. walaupun semua itu tidak salah.


(2) Kita melaburkan di dalam "property market" (pasaran harta tanah)



Ini adalah berkenaan dengan seorang wanita yang berkarakter nobel Amsal 31.


Yang mempertimbangkan sewajar-wajarnya dan selepas itu membeli sebuah ladang dan mengerjakan ladang tersebut. (Dia menambah nilai kepada tanah ladang tersebut). Dengan usahanya, dia mendapat keuntungan.


(3) Kita melaburkan ke dalam saham dan financial instrument.



Cadangan yang ke-tiga ialah untuk kita melaburkan ke dalam saham dan financial instrument tetapi izinkan saya memberikan nasihat berhati-hati.


Pelaburan bukanlah perjudian dan spekulasi.


Setiap pelaburan haruslah ke dalam perniagaan yang memberikan pekerjaan kepada orang dan yang menjual “product dan services” yang memberikan nilai kepada masyarakat.


Dengan pelaburan saham dan financial instrument, kita harus menyediakan “boundry” (sempadan) di dalam kita membuat pilihan pelaburan saham dan financial instrument.


  • Pertama, kita harus membuat analisa dengan teliti bukan dengan membuat spekulasi dan perasaan.

  • Kedua, kita harus melaburkan di dalam pelbagai portfolio. (Put our eggs in more than one basket)

  • Ketiga, melihat dengan perspektif jangkamasa panjang dan bukan untuk mendapat keuntungan jangkamasa pendek.

  • Keempat, ialah untuk mengelakkan kesilapan, kita harus mencari nasihat daripada mereka yang bijak dan takut akan Tuhan.


(4) Kita melabur ke dalam kerajaan Allah yang berkekalan



Wang adalah alat yang digunakan Tuhan. Yesus, menyatakan di dalam Matius 6:20-21, supaya kita mengumpulkan harta di syurga. Ini bukan bermaksud untuk kita membeli kawan-kawan kita.


Apa yang Yesus maksudkan di sini, ialah untuk menggunakan wang kita untuk membawa orang kepada Kristus. Kehidupan kekal adalah melalui iman kepada Yesus Kristus. Dan dengan mereka beriman dengan Yesus, barulah kawan-kawan kita akan menyambut kita di tempat kediaman yang kekal, iaitu di syurga satu hari nanti. Inilah pelaburan kewangan yang terbaik yang boleh kita lakukan, di antara ke-empat-empat cadangan saya. Iaitu untuk kita melaburkan ke dalam pekerjaan misi.


Kita telah mempelajari prinsip yang ke#4, iaitu, prinsip pelaburan.


Elder Ann Wan Kuan

Comentários


bottom of page