(Multiplying Disciples)

"Ramai orang yang mempercayai Yesus datang sambil mengakui segala perbuatan jahat mereka yang lalu. Beberapa orang yang mengamalkan ilmu sihir mengumpulkan semua buku sihir mereka dan membakarnya di hadapan orang ramai. Semua buku sihir itu dianggar nilainya kira-kira lima puluh ribu keping wang perak. Demikianlah, firman Tuhan tersebar luas dan semakin berkuasa.”
(Kisah Para Rasul 19:18-20)
KPR diakhiri dengan satu kesaksian yang sangat berkuasa - dengan bagaimana Injil berkembang dan murid-murid dilipatgandakan. Semasa Paulus melayani di marketplace, ramia yang percaya kepada Yesus dan digerakkan untuk mengongsikan iman mereka yang baru. Inilah bahagian yang ke-5, melipatgandakan pemuridan.
Misi kita di marketplace tidak terhad kepada pertemuan peribadi dan transformasi individu. Ia adalah mengenai memuridkan orang lain, yang akan memuridkan orang lain. Kesan yang kita ada di marketplace, seharusnya menimbulkan kesan riak (far reaching), kerana orang lain menyaksikan kehidupan kita dan tertarik untuk mengikut Kristus.
Marilah kita bersungguh-sungguh memuridkan, melabur dalam kehidupan mereka yang kita temui di marketplace. Semasa kita berkongsi iman kita, membimbing orang lain, dan melengkapkan mereka dengan apa yang diperlukan, kita membantu pertumbuhan dan perkembangan kerajaan Tuhan. Melalui ketaatan kita, kesan misi di marketplace menjadi meluas dan transformatif.
Doa: Tuhan yang pengasih, bantulah kami supaya setia dalam melipatgandakan murid di marketplace. Berikan kami peluang untuk melabur ke dalam kehidupan orang lain, untuk membimbing dan melengkapkan mereka untuk mengikuti Yesus. Semoga kesaksian kami akan membawa kepada pelipatgandaan murid yang akan terus memberi kesan di marketplace untuk kemuliaan-Mu. Amen.
Comments