top of page

(7) Pendamai Manusia (Beatitudes)

Yang Diberkati (Beatitudes)


Pelajaran 7: Pendamai Manusia


Matius 5:9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.



Matius 5:1-11 (AVB)

1 Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Dia pun mula mengajar mereka:

3 "Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.

4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.

5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini.

6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan.

7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga.

8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah.

9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.

10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka.

11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya."


Matius 5:9 (AVB) Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.


Salah satu skill set kehidupan yang penting yang harus kita pelajari di marketplace ialah: Bagaimana untuk kita menyelesaikan konflik (ataupun conflict resolution)? Bagaimana mendamaikan perhubungan yang tegang (ataupun relationship restoration)?


Jikalau kita tidak belajar skillset ini, kita tidak akan aman di marketplace, dan juga hidup kita. Pekerjaan kita akan sengsara. Kerana manusia di dalam dunia ini adalah orang yang tidak sempurna. Dan konflik akan tentu berlaku, setiap hari di dalam hidup kita. Oleh itu, kita harus tahu bagaimana untuk mengendalikan konflik.


Masalahnya, walaupun skillset ini paling penting untuk kehidupan kita di dunia ini, tidak ada orang yang mengajar kita untuk menyelesaikan konflik di marketplace ataupun syarikat kita.


Tidak ada kelas/subjek yang mengajar bagaimana untuk menyelesaikan konflik di sekolah. Tidak ada ibu-bapa, yang mengajar anak-anak tentang bagaimana mengendalikan konflik di rumah.


5 langkah praktikal yang boleh kita lakukan apabila kita berhadapan dengan konflik:


#1: Kita memulakan langkah yang pertama.


Kita tidak menunggu orang lain untuk datang kepada kita di dalam konflik. Kita yang memulakan langkah pertama. (The first step)


Semasa kita berhadapan dengan konflik, kita boleh membelikan seseorang itu, secawan kopi atau teh tarik atau lunch/dinner dan makan bersama. Yesus, sendiri, mengambil langkah pertama menunjukan belas kasihan kepada kita.


Roma 5:8,10b (AVB) 8 Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. 10b kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Anak-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya!


Yesus memulakan langkah yang pertama. Kita boleh memulakan pengakuan kita terlebih dahulu, walaupun sakit dan kebanyakan salahnya adalah di pihak lain.


Kita tidak berfokus kepada mengapa kita terluka hati? Tetapi Kita fokus kepada penyembuhan perhubungan. Kita percaya jikalau kita melakukan ini, situasi yang tegang akan menjadi tenang.


Pembawa damai adalah orang yang memulakan langkah pertama, seperti Yesus.


#2: Kita berdoa untuk kebijaksanaan Tuhan.


Yakobus 1:5a Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka.


Tuhan bersedia memberikan kita hikmat yang datang daripada syurga. Tuhan akan memberikan kita kebijaksanaan untuk menentukan tempat yang sesuai, masa yang sesuai perkataan yang sesuai dan cara yang sesuai.


Amsal 25:11 Seperti buah epal emas bertata perak, demikianlah kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya.


Cara dan masa kita bertutur ada kuasanya. Oleh itu, adalah penting, untuk kita meminta kebijaksanaan Tuhan Untuk kita memberikan perkataan yang sesuai dan cara penyampaian yang sesuai dan dengan kasih sayang dan kesucian hati.


Hikmat kita bergantung kepada Tuhan di dalam kita mendamaikan manusia.


#3: Kita cuba memahami kesakitan dan perspektif orang lain.


Setiap orang akan mempunyai kesakitan hati di dalam setiap konflik. Orang yang di dalam kesakitan hati akan menyakiti orang lain. (hurt people will hurt people) Sebab itu, kita sebagai seorang pembawa damai haruslah “rise above the situation”. Kita naik ke atas situasi konflik, dan cuba memahami kesakitan dan perspektif orang lain.


Francis Assisi, pernah mengatakan “Seek to understand before you seek to be understood. Iaitu “kita harus cuba untuk memahami sebelum kita difahami.”


Filipi 2:4-5 (AVB) 4 Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. 5 Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus:


Kita harus mempunyai perspektif yang seimbang, bukan sahaja melihat dari perspektif diri kita sendiri, Tetapi juga melihat dari perspektif kesakitan hati orang lain.


Ya, ini bertentangan dengan pola pemikiran dunia yang mementingkan diri sendiri sahaja. Semua perkataan dunia bermula dengan aku, aku dan aku.


Mari kita, tukar cara penyelesaian kita. Kita seimbangkan perspektif kita di dalam konflik. Apabila kita melakukan ini, kita akan diberkati.


#4: Kita bercakap dengan penuh kasih sayang.


Efesus 4:15 Sebaliknya, kita sentiasa bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu Kristus.


Kebenaran sahaja, tidak cukup. Ia bukanlah sahaja mengenai apa yang kita katakan, tetapi bagaimana kita mengatakannya. Jikalau kita bercakap dengan cara yang menyinggung hati seseorang, walaupun benar, ia tidak akan diterima dengan baik.


Mereka akan menjadi “defensive”, menolak segala cadangan kita. Oleh sebab itu, Alkitab menyarankan kita bercakap benar, dan di dalam penuh kasih sayang.


#5: Kita memberikan fokus yang lebih kepada rekonsiliasi dan bukan sahaja resolusi. (Focus on reconciliation and not resolution)


Di marketplace, jikalau kita terlalu fokus kepada resolusi sahaja, kita tidak akan berjaya. Kerana adalah mustahil untuk mencari resolusi di dalam setiap perselisihan atau disagreement. Sebab semua orang adalah berbeza.


Tetapi, apabila kita mempunyai posisi hati yang fokusnya ialah kepada rekonsiliasi atau perdamaian, fokus perbincangan kita ialah untuk memperbaiki perhubungan.


Apabila perhubungan diperbaiki, yang lain akan diselesaikan, sama seperti apa yang Allah lakukan, mendamaikan kita kepada Allah melalui Yesus Kristus, terlebih dahulu, dan dengan itu, proses penyucian akan menurut sama.


Sebab itu, fokusnya ialah rekonsiliasi, lebih daripada resolusi.


Di dalam dunia yang banyak konflik ini, peperangan, perpecahan, pergaduhan, prejudis, racism, perkauman atau perpuakan dsb.


Perkara yang paling penting yang boleh kita lakukan di dalam dunia ini ialah untuk menjadi pembina jambatan dan bukan pembina dinding. Kita semua dipanggil untuk menjadi agen rekonsiliasi.


Orang yang mendamaikan manusia.


2 Kor 5:18 Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu.


Kita yang di damaikan dahulu kepada Allah melalui Kristus, telah diberikan tugas amanah yang mulia, iaitu menjadi agen perdamaian.


Inilah kunci berkat yang ke-7, kita menjadi orang yang mendamaikan manusia dan dengan itu, kita akan dipanggil anak-anak Allah.


DOA


Tuhan, kami minta pertolongan Tuhan untuk kami memiliki kebijaksanaan yang berasal dari syurga untuk menjadi orang yang mendamaikan manusia:


Supaya kami bersifat murni dan mencintai kedamaian

Supaya kami lemah lembut dan ramah-tamah.

Supaya kami mempunyai buah perbenaran yang hasilnya datang daripada benih kedamaian yang disemaikan oleh orang yang mencintai kedamaian.

Supaya kami setia melakukan amanah yang engkau berikan kepada kami, iaitu pelayanan perdamaian.

Inilah doa kami. Di dalam nama Yesus kami berdoa. Amen.


Soalan Renungan:


1. Bagaimana kita boleh menjadi pendamai manusia?


2. Pernahkah anda berada di dalam konflik yang sangat mencabar dan bagaimanakah respon anda? Kongsikan.


Elder Ann WK


bottom of page