top of page

Abba Bapa

Feb 18, 2023
1 min read

Impak yang kita alami apabila kita melihat Tuhan sebagai Bapa adalah sangat berbeza. Kita tahu bahawa Dia ialah Tuhan, namun Dia juga rindu untuk dikenali dengan lebih dekat, kerana Dia bukan Tuhan yang jauh.


Apabila Tuhan menjadi Bapa kita, Dia mengangkat dan mendukung kita. Kita tidak perlu takut untuk menunjukkan parut dan luka, kehidupan yang pernah kacau-bilau, serta kekotoran masa lalu yang pernah kita lalui.


Apabila Tuhan ialah Bapa kita, kita diizinkan untuk berasa tidak berdaya di hadapan-Nya. Kita tidak perlu melalui proses kesakitan itu sendirian.


Apabila Tuhan ialah Bapa kita, kita tahu bahawa kita dijaga oleh-Nya. Kita tidak perlu lagi mencari dan mengejar kasih, lalu cuba memenuhinya dengan perkara-perkara dunia ini, kerana Dia terlebih dahulu mengasihi kita — bahkan lebih daripada kasih kita kepada-Nya.


Hai anak, mungkin selama ini engkau memproses kesakitanmu dalam diam dan menyembunyikannya daripada Tuhan serta orang lain. Namun ketahuilah, lukamu tidak akan dapat disembuhkan jika engkau terus menyembunyikannya.


Firman-Nya, “Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kaulakukan. Jauhkanlah cawan ini daripada-Ku. Namun demikian, bukanlah kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu yang terlaksana.” [Markus 14:36]


Yesus mengetahui hal ini: menyembunyikan kesakitan dan kepedihanmu bukanlah jawapannya. Sebaliknya, bawalah semuanya kepada Tuhan, Bapa yang menyembuhkan kehancuranmu dan mengubahkanmu menjadi baharu.


Jemimah Ramos

Sumber: Blooming While Waiting

Related Posts

See All
Kita ialah Umat Allah

“ Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Ef

 
 
 
Hidup Kita Harus Dijiwai oleh Kasih

“Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.” Efesus 5:2 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efes

 
 
 
Hiduplah Mengikut Teladan Yesus

“Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi.” Efesus 5:1 (AVB) Jemaat di Efesus telah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat serta menjadi anak-anak Allah yang dikas

 
 
 

Comments


bottom of page