top of page

Akuilah Tuhan Sebagai Penyelamatmu


“…Berbahagialah bangsa yang mengakui TUHAN sebagai Allahnya; berbahagialah bangsa yang dipilih sebagai milik-Nya!..…” Mazmur 33:12


Pemazmur berkata kepada kita bahawa bangsa yang mengakui Tuhan sebagai Allahnya dan Tuhan memilih mereka sebagai milik-Nya, mereka dipanggil “…berbahagia..”. Mengapa pemazmur memanggil mereka sebagai “berbahagia..”?


Mereka dipanggil berbahagia atau diberkati oleh pemazmur kerana sewaktu mereka didalam keadaan yang sukar, Dia menolong mereka dengan segala yang mereka perlukan. Berbeza dengan mereka yang menjadi milik kepada “..baal..” yang tidak mendapat apa-apa sebab “..baal..” tidak boleh berkata-kata dan mendengar seruan mereka.


Itulah sebabnya pemazmur berkata mereka dipanggil “..berbahagia..” kerana Tuhan yang mereka percaya boleh mendengar seruan mereka dan tahu bagaimana memenuhi segala yang mereka perlukan setiap hari. Ianya sangat berbeza dengan “..baal..” tidak mampu mendengar dan tidak mampu membantu mereka. Sebab dia sendiri tidak boleh bergerak dan tidak berdaya.


Oleh itu apakah anda mahu dipanggil sebagai “..berbahagia..” hari ini? Pilihlah Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan penyelamat peribadimu. Dengan.bertobat dan percaya kepada Tuhan Yesus, sebab Dia boleh menolong dan membantu kita, sebab Dia mengenal hati kita.


Pemazmur berkata bahawa semua bangsa yang mengakui Allah sebagai Tuhan mereka dan diakui oleh Tuhan, adalah berahagia atau diberkati.


Doa: Bapa yang di surga, saya bersyukur kerana menerima Engkau sebagai Tuhan dan penyelamat hidup saya,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page