top of page

Apakah Alkitab (Bible) Sudah Ditukar Atau Tercemar?



Sebagai permulaan, di bawah adalah beberapa kenyataan yang di dapati di dalam Bible.


Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku.” (‭‭Matius‬ ‭5:18‬ ‭AVB‬‬)


Firman Tuhan tidak akan luput. Segala yang ada di dalamnya akan terlaksana sepenuhnya hingga ke akhirnya.


“Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap." (‭‭Matius‬ ‭24:35‬ ‭AVB‬‬)


“Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.” (‭‭2 Timotius‬ ‭3:16‬ ‭AVB‬‬)


“Rumput layu dan bunga luruh, tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya." (‭‭Yesaya‬ ‭40:8‬ ‭AVB‬‬)


Kita perlu bertanya, “Apakah Tuhan kita berkuasa?”.


Jikalau Tuhan berkuasa “Apakah Dia mampu mempertahankan dan memelihara Firman-Nya”.


Tentu sekali Tuhan mampu ! Firman Tuhan jelas menyatakan bahawa Firman Tuhan (Bible) tidak akan luput. Tidak ada yang boleh menukarkan Firman Tuhan (Bible). Tidak ada yang ditukarkan. Hanya kata-kata sahaja.


Zabur dan Injil adalah sama dahulu dan sekarang.


Pada abad yang ke-7, 600 tahun selepas Kristus, Alkitab (Bible) adalah diterima sebagai yang benar.


Kita mungkin bertanya, apakah Alkitab telah ditukar dan dicemarkan selepas abad ke-7. Jawabnya ialah tidak sama sekali.


Kita harus menggunakan fakta untuk membahas kenyataan kita dan bukan dengan khabar angin.


Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk membandingkan Alkitab (Bible) yang ada dengan kita sekarang dengan Alkitab (Bible) yang telah ditulis masa yang lalu.


Kita akan mendapati Alkitab (Bible), lengkap sampai ke AD300. Kita akan dapat melihatnya di muzium di London, Vatican dsb.


Apabila kita membandingkan Alkitab (Bible) yang kita ada sekarang dengan yang lalu, tidak ada perbezaannya.


Tahukah kita, bahawa ada 25,000 salinan Perjanjian Baru (New Testaments) yang ditulis dengan tangan?


Ahli sejarah, akan membuat perbandingan dan akan membuat kesimpulan bahawa Alkitab (Bible) yang kita ada sekarang adalah tepat. Tidak ada yang ditukarkan.



Dead Sea Scroll



Di dalam penemuan terkini arkeologi, “the Dead Sea Scrolls” ada ditemui di gua Qumran, utara timur Dead Sea. Penyelidik telah membandingkan Alkitab (Bible) yang kita ada hari ini dengan apa yang mereka temui, dan semuanya kekal, hampir 100% sama.


Jangan biarkan sesiapa memberitahu kita bahawa Perjanjian Baru atau Bible telah diubah daripada tulisan asalnya. Itu tidak tepat dari segi sejarah.


Alkitab tidak diubah.


Bagaimana pula dengan Injil? Mengapa ada empat Injil ? Apakah ia berlainan daripada satu sama lain?


Ya benar, ada terdapat 4 Injil di dalam Alkitab (Bible) : Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Inilah buktinya bahawa Alkitab (Bible) tidak dipalsukan kerana ini adalah kisah tentang Yesus dari pandangan 4 orang yang berlainan. Setiap orang memberikan kenyataan yang sama tetapi dengan cara tulisan yang berlainan. Saksi-saksi Yesus adalah penting untuk menentukan samada kenyataan yang dinyatakan adalah benar - seperti di dalam mahkamah.


Sistem mahkamah, telah dari turun temurun, menggunakan saksi sebagai kaedah untuk menentukan sesuatu peristiwa benar atau palsu. Di dalam perjanjian lama, ada menyatakan bahawa kita memerlukan 2-3 saksi.


“Seorang saksi sahaja tidak cukup untuk mendakwa seseorang atas kesalahan atau dosa apa pun yang dilakukannya. Berdasarkan keterangan dua atau tiga orang saksi, sesuatu dakwaan akan diteguhkan.” (‭‭Ulangan‬ ‭19:15‬ ‭AVB‬‬)


Bukan sahaja, kita ada di sini, 4 saksi. Lebih daripada itu, Yakobus, Yudas, Petrus dsb. Semuanya menulis mengenai apa yang mereka lihat.


Bagaimana pula dengan pelbagai jenis terjemahan di dalam Alkitab (Bible)?


Alkitab (Bible) adalah ditulis di dalam bahasa Ibrani dan Yunani. Setiap terjemahan di dalam Alkitab (Bible) akan bermula daripada teks yang original.


Sesetengah Alkitab (Bible) adalah parafrasa, bukan terjemahan. Dan terjemahan tersebut akan dikenali sebagai parafrasa. Walau bagaimanapun, terjemahan hanyalah - menterjemah apa yang dinyatakan dalam teks Ibrani dan Yunani asal.


Tulisan Alkitab (Bible) Ibrani dan Yunani telah diterjemahkan ke dalam beribu-ribu bahasa. kenapa? Kerana Tuhan ingin setiap orang di dunia mengetahui berita baik tentang keselamatan.


Dan Alkitab (Bible) tidak sukar untuk diterjemahkan. Terdapat bahagian Alkitab yang bersifat puisi (Amsal, Kidung Agung, Mazmur). Tetapi inti Alkitab itu sendiri adalah bahasa yang sangat mudah yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.


Tidak ada sebab dan munasabah untuk kita tidak mempercayai Alkitab (Bible).


bottom of page